Saturday 4 February 2012

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL FARIS PETRA

















Pada 5/2/2012 (Ahad), Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra telah menganjurkan sambutan Maulidur Rasul bertemakan Kesederhanaan Asas Perpaduan Ummah. Majlis bermula dengan taklimat di Lapangan Roll Call pada jam 8.30 pagi. Perarakan bermula selepas itu dengan diketuai oleh ayahanda Pengetua dan barisan guru diikuti oleh Rumah Rahman, Rumah Razak, Rumah Mahathir dan Rumah Hussein. Semua pelajar memakai pakaian bertemakan Rumah masing-masing. Perarakan keluar mengelilingi taman perumahan berhampiran dengan sekolah dan masuk semula ke Masjid Semesta. Majlis diteruskan dengan ceramah Maulidur Rasul yang disampaikan oleh Ust. Osman b. Mat Zin, Imam Masjid As-Salam Pengkalan Chepa. Majlis bersurai tepat jam 11.30 pagi. Tahniah kepada warga farisian yang menjayakan majlis kebesaran Islam tersebut. 

No comments:

Post a Comment

ASPEK KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

ASPEK KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ASPEK KOMSAS PERNYATAAN HURAIAN PEMIKIRAN Semangat cinta...