Sunday 12 February 2012

JENAYAH PELAJAR SEKOLAH: SALAH SIAPA...?


Penulis ingin memberi pendapat mengenai kes jenayah dalam kalangan remaja terutamanya pelajar sekolah. Menurut Supt. En. Idris b. Abd Ghafar merangkap Timbalan Ketua Polis Kota Bharu semasa merasmikan Majlis Pelantikan Barisan Kepimpinan Pelajar SM Sains Tengku Muhammad Faris Petra pada 12/2/2012, beliau menyatakan bahawa sepanjang tahun 2011, sebanyak 84 kes jenayah telah dilakukan oleh pelajar sekolah seperti mencuri motosikal, ragut, pecah rumah dan sebagainya. Pelajar yang terlibat dalam narkotik pula adalah seramai 306 orang meningkat berbanding tahun 2010. Penulis melihat angka sedemikian sungguh merisaukan kerana pelajar-pelajar ini merupakan modal insan yang akan menjadi pemangkin pada pembangunan negara pada masa hadapan. Pada penulis pelajar yang terlibat dalam perlakuan jenayah adalah berpunca daripada keruntuhan institusi kekeluargaan. Menurut kajian, sebanyak 70% daripada pelajar yang terlibat dalam demoralisasi akhlak adalah berpunca daripada keruntuhan institusi kekeluargaan seperti perbalahan ibu bapa dan perceraian mereka. Punca lain adalah sikap ibu bapa yang materialistik sehingga tidak mempunyai masa untuk memberi perhatian dan kasih sayang kepada anak-anak. Penulis melihat faktor ini mendorong pada perlakukan jenayah remaja terutama dalam kalangan pelajar. Anak-anak perlukan kasih sayang dan perhatian ibu bapa. Anak-anak adalah anugerah Illahi yang tidak ternilai harganya. 

No comments:

Post a Comment

ASPEK KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

ASPEK KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ASPEK KOMSAS PERNYATAAN HURAIAN PEMIKIRAN Semangat cinta...