Thursday, 2 February 2012

MU KALAHKAN STOKE...

United buat City semakin tertekan


JAVIER Hernandez meraikan jaringannya ketika aksi Liga Perdana Inggeris di antara Manchester United dan Stoke City di Old Trafford, semalam. Perlawanan berakhir United menang 2-0. - REUTERS


LONDON - Dua penalti membantu Manchester United sama 54 mata dengan pendahulu liga, Manchester City selepas mengalahkan Stoke 2-0 semalam.
Dalam masa yang sama, jaringan bekas pemain United, Darron Gibson menyebabkan City tunduk 1-0 di Everton.
Pemain tengah Ireland, Gibson meninggalkan United untuk berpindah ke Goodison Park pada awal bulan lalu dan jaringannya bukan saja memberi sumbangan besar kepada pasukan barunya, malah kepada bekas kelabnya juga.
United kini berkongsi 54 mata dengan City, namun skuad Alex Ferguson di tangga kedua kerana perbezaan gol. City memiliki kelebihan enam gol berbanding United.
Tottenham yang menumpaskan Wigan Athletic 3-1 di White Hart Lane, mengekori di tangga ketiga dengan lima mata di belakang, manakala Chelsea kekal di tangga keempat.
Kelebihan mata yang dimiliki semakin mengecil selepas Chelsea seri 1-1 dengan Swansea, membolehkan Liverpool merapatkan jurang kepada empat mata di belakang hasil kemenangan 3-0 ke atas Wolves.
Dalam saingan di Old Trafford, United diselamatkan menerusi dua penalti yang disempurnakan Javier Hernandez dan Dimitar Berbatov.

(Sumber : Utusan Online - 2/2/2012)

No comments:

Post a Comment

ASPEK KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

ASPEK KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ASPEK KOMSAS PERNYATAAN HURAIAN PEMIKIRAN Semangat cinta...