Penulis berpendapat langkah Kementerian Dalam Negeri (KDN) memutuskan untuk mengenakan perintah larangan dan mengharamkan buku Where Did I Come From tulisan Peter Mayle mengikut Seksyen 7 Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 adalah sangat wajar kerana buku tersebut mengandungi elemen-elemen yang mampu merosakkan moral masyarakat terutamanya generasi muda. Buku tersebut dikatakan mengandungi ilustrasi yang menunjukkan hubungan kelamin, posisi seks, grafik berunsur lucah dan penjelasan yang berbaur lucah adalah tidak sesuai untuk dibaca oleh kanak-kanak kerana mereka terdedah pada perlakuan yang tidak bermoral. Penulis hairan apabila bahan bacaan sebegini boleh dijual di kedai-kedai buku secara bebas sedangkan ada jabatan khusus di KDN yang membuat penyaringan sebelum dibenarkan dijual secara terbuka. Penulis berharap pihak berkuasa bawah KDN membuat pemantauan supaya larangan penjualan buku tersebut dipatuhi oleh kedai-kedai buku tempatan. Penulis juga berharap ibu bapa memainkan peranan dengan memastikan anak-anak mereka tidak membeli atau membaca buku sedemikian. Kita tidak mahu anak-anak diajar dengan didikan agama dan moral di sekolah tetapi ibu bapa membiarkan anak-anak mereka membaca bahan bacaan berunsur lucah di rumah. Kita tidak mahu generasi yang bakal mengambil alih kepemimpinan negara pada masa hadapan rosak dari segi moral dan akhlak. Jika hal tersebut terjadi, Wawasan 2020 yang mengikut acuan Malaysia tidak akan tercapai. MELENTUR BULUH BIARLAH DARIPADA REBUNGNYA.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ASPEK KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
ASPEK KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ASPEK KOMSAS PERNYATAAN HURAIAN PEMIKIRAN Semangat cinta...
-
Subjek merupakan konstituen dalam sesuatu ayat yang terdiri daripada satu perkataan atau beberapa perkataan yang berfungsi sebagai frasa na...
-
Soalan : Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, huraikan nilai kasih sayang yang terdapat dalam novel tersebut. Novel yang saya ka...
-
Soalan : Huraikan satu pengajaran tentang kerjasama yang terdapat dalam kedua-dua buah novel yang anda pelajari. Novel yang saya kaji ...
No comments:
Post a Comment