PROSA TRADISIONAL : DUA GELIGA HIKMAT
SINOPSIS
Mengisahkan seorang anak raja bernama Inderaputera yang mengembara sehingga berjumpa dengan Tasik Semendera Jin yang amat luas. Pasir di sekeliling tasik daripada emas urai dan batunya daripada permata yang sangat indah. Inderaputera berasa amat takjub. Semasa Inderaputera berjalan di tepi tasik, Inderaputera mendengar suara memberi nasihat agar dia berhati-hati tetapi tiada manusia yang kelihatan. Inderaputera menuju ke sepohon pokok dan dilihatnya banyak mayat yang bergelimpangan. Suara itu datang daripada mayat-mayat tersebut. Mayat tersebut memberitahu Inderaputera bahawa ada raksasa di tasik itu namun Inderaputera tidak gentar. Tidak lama kemudian keluarlah raksasa daripada tasik itu. Inderaputera pura-pura tidur. Apabila raksasa ingin menindih Inderaputera, dia bingkas bangun dan mencengkam rambut raksasa. Raksasa merayu agar Inderaputera melepaskannya dan sanggup memenuhi setiap permintaan Inderaputera. raksasa telah memberikan batu geliga Mayan Bedi kepada Inderaputera. Batu geliga itu boleh digunakan untuk menghasilkan angin, ombak, kilat atau petir dengan cara menyeru nama raksasa itu. Inderaputera telah melepaskan rambut raksasa itu. Inderaputera menyatakan bahawa dia ingin pergi ke Berma Sakti. Raksasa memberitahu di situ tempat seorang puteri yang cantik iaitu Tuan Puteri Seri Ratna Gemala Nehran dan dayang-dayangnya datang mandi. Raksasa berpesan agar Inderaputera menyorokkan baju tuan puteri semasa tuan puteri sedang mandi. Inderaputera melakukan perkara yang disuruh oleh raksasa. Tuan Puteri merayu agar Inderaputera memulangkan bajunya. Inderaputera meminta Tuan Puteri bersumpah sebelum dia memulangkan baju tersebut. Inderaputera meminta Tuan Puteri memberikan gemala hikmat yang ada di mahligai tuan puteri. Tuan Puteri berjanji akan memberikan gemala hikmat itu dan meminta Inderaputera datang ke mahligainya. Istana tuan puteri dikawal rapi oleh seekor harimau, seekor badak, seekor naga, seekor garuda dan seekor raksasa yang sangat hebat. Inderaputera berjaya mengatasi semua halangan itu dan berjaya sampai ke mahligai Tuan Puteri Seri Ratna Gemala Nehran. Seperti yang dijanjikan, tuan puteri telah memberikan batu gemala hikmat kepada Inderaputera.
ASPEK-ASPEK KOMSAS DALAM DUA GELIGA HIKMAT
ITEM | PERNYATAAN | HURAIAN |
Tema | Pengembaraan seorang anak raja untuk mencari sesuatu | Inderaputera sedang mengembara dan menghadapi segala rintangan untuk sampai ke Berma Sakti bagi mendapatkan batu gemala hikmat. Inderaputera menggunakan akal dan kekuatan yang ada padanya untuk menewaskan musuh yang berupa haiwan yang menjaga istana tuan puteri yang memiliki geliga hikmat |
Persoalan | Persoalan berani menghadapi cabaran/ musuh | Inderaputera seorang yang berani kerana berjaya menewaskan gajah, harimau, badak, naga, geruda dan raksasa sebelum memasuki mahligai tuan puteri |
Persoalan kebijaksanaan bagi mencapai hasrat | Inderaputera berpura-pura tidur apabila raksasa ingin menindihnya dan pada masa yang sama bingkas bangun lalu mencengkam rambut raksasa | |
Persoalan berpegang pada janji | Raksasa/ peri menunaikan janji kepada Inderaputera untuk memberikan geliga hikmat apabila Inderaputera melepaskan rambutnya | |
Persoalan keistimewaan/ kelebihan anak raja | Inderaputera digambarkan seorang anak raja yang memiliki kepahlawanan kerana berjaya menewaskan raksana/peri dan haiwan yang menjaga mahligai puteri | |
Nilai | Keberanian | Inderaputera berani berhadapan dengan raksasa walaupun telah diberi amaran oleh mayat |
Kebijasanaan | Inderaputera menyorok pakaian tuan puteri kerana ingin berjumpa dengan tuan puteri | |
Menepati janji | Tuan puteri menyerahkan gemala hikmat seperti yang dijanjikan kepada Inderaputera | |
Baik hati | Peri mencadangkan supaya Inderaputera bersembunyi ketika tuan puteri sedang mandi ditasik | |
Pengajaran | Kita hendaklah berani ketika berhadapan dengan situasi yang sukar supaya matlamat tercapai | Inderaputera berani berhadapan dengan gajah, harimau, badak, naga, raksasa yang menjaga mahligai tuan puteri kerana ingin memasuki mahligai tersebut |
Kita hendaklah menggunakan kebijaksanaan ketika berhadapan dengan situasi yang mencabar | Inderaputera mengambil serta menyorok baju tuan puteri agar dapat bertemu dengan tuan puteri | |
Kita hendaklah berpegang pada janji | Peri menyerahkan geliga hikmat apabila Inderaputera melepaskan rambutnya | |
Kita hendaklah melayan tetamu dengan baik | Peri melayan Inderaputera dengan baik ketika Inderaputera datang ke rumahnya |
WATAK Inderaputera | PERWATAKAN | HURAIAN | |
Ayahandanya bernama Maharaja Bikrama Puspa dan bondanya Puteri Jamjam Ratna Dewi, memiliki paras rupa yang sangat elok | |||
Bijaksana | Inderaputera telah menyorok baju Tuan Puteri Seri Ratna Gemala Nehran agar dia dapat bertemu dengan Tuan Puteri | ||
Berani | Inderaputera bukan sahaja tidak takut dengan peri yang berada di dalam tasik tetapi juga tangkas mencengkam rambut peri itu | ||
Berpegang pada janji | Inderaputera telah melepaskan rambut peri apabila peri memberikan geliga hikmat kepadanya | ||
WATAK Tuan Puteri Seri Ratna Gemala Nehran | Ayahandanya Maharaja Syah Tokan, tunang kepada Raja Mengerna Lela Dewa, memiliki rupas paras yang amat cantik | ||
Berpegang pada janji | Tuan Puteri telah menyerahkan gemala hikmat kepada Inderaputera seperti yang dijanjikannya | ||
Bijaksana | Tuan puteri dapat merasakan bahawa Inderaputera yang mengambil pakaiannya | ||
Pemalu | Tuan Puteri malu apabila dayang memintanya bertanya sendiri kepada Inderaputera tentang pakaian | ||
LATAR MASA | PERNYATAAN | HURAIAN |
Waktu fajar | Tuan puteri datang ke tepi tasik untuk kali ke tujuh | |
Waktu malam | Tuan Puteri Seri Ratna Gemala Nehran mengenakan baju antakesuma dan akaian yang sangat cantik | |
Tengah malam | Inderaputera duduk bersembunyi di tepi tasik menunggu kedatangan Tuan Puteri Ratna Gemala Nehran | |
LATAR TEMPAT | Tasik | Tempat tinggal peri/nenek/raksasa |
Mahligai | Tempat tinggal Tuan Puteri | |
Balai Rangga Puspa Berahi | Tempat yang disediakan oleh tuan puteri kepada Inderaputera untuk beradu | |
LATAR MASYARAKAT | Masyarakat feudal | Masyarakat yang mengamalkan sistem pemerintahan beraja |
Masyarakat yang berani | Inderaputera berani menentang binatang yang menjaga mahligai tuan puteri | |
Masyarakat yang menepati janji | Peri menyerahkan geliga hikmat kepada Inderaputera seperti yang dijanjikan | |
Masyarakat yang bijaksana | Inderaputera mengambil dan menyorok pakaian tuan puteri kerana ingin berjumpa dengan tuan puteri |
terima kasih cikgu.
ReplyDeleteTerima kasih cikgu. Blog cikgu banyak membantu saya. :) PNW
ReplyDeletesame2..
Deleteok . singgah lagi ye lain kali
DeleteApakah keistimewaan pada Tuan Puteri seri ratna gemala nehran?
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete