Tuesday 31 March 2020

TEKNIK MENJAWAB SOALAN NOVEL SPM


Soalan : Berdasarkan novel yang anda pelajari, jelaskan klimaks dan peristiwa yang membawa kepada kesudahan cerita berdasarkan novel tersebut.

Novel yang saya pelajari ialah novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin. Peristiwa pada peringkat klimaks dalam novel ini ialah semasa Dr Uwang terlibat dalam kemalangan dengan merempuh tembok Pusat Rawatan Pantai Kasih (PRPK). Dr Uwang parah dalam kemalangan tersebut. Dr Uwang terbayang-bayang keadaan perbuatannya yang salah terhadap pesakit yang dirawatnya.

Peristiwa yang membawa kepada kesudahan cerita dalam novel ini ialah Felicia Landosi memberitahu perkara sebenar kepada Dr Raiha bahawa dia terlibat dalam kejadian kebakaran kereta porshe Dr Sadiz sehingga meragut nyawa anak kesayangan Dr Raiha iaitu Rohayu. Felecia Landosi memohon maaf kepada Dr Raiha atas kejadian tersebut.

Peristiwa lain yang membawa kepada kesudahan cerita ialah Dr Raiha telah memaafkan Felicia Landosi yang telah insaf akan perbuatannya sehingga meragut nyawa anak Dr Raiha. Dr Raiha tidak berdendam kepada Felicia Landosi sebaliknya reda dengan apa yang berlaku.




TEKNIK MENJAWAB SOALAN NOVEL SPM


Soalan : Huraikan peristiwa dalam bahagian permulaan novel yang menarik minat anda dalam sebuah novel yang anda pelajari.

Novel yang saya pelajari ialah novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin. Terdapat beberapa peristiwa yang menarik minat saya dalam bahagian permulaan novel yang saya pelajari ini.

Pada bahagian permulaan novel, peristiwa yang menarik minat saya ialah semasa Dr Raiha bersimpati dengan nasib Unong Siron yang telah dibedah oleh Dr Uwang sebanyak lima kali tetapi masih belum sembuh. Peristiwa ini menarik minat saya untuk mengetahui sebab Unong Siron terpaksa menjalani pembedahan tulang sendi pinggul sebanyak lima kali tetapi masih belum sembuh. Saya juga ingin mengetahui nasib Unong Siron sama ada akan sembuh atau tidak pada penghujung cerita novel ini.

Peristiwa yang menarik minat saya pada bahagian permulaan novel ini juga memaparkan peristiwa Felicia Landosi yang menyelinap ruang farmasi Pusat Rawatan Pantai Kasih (PRPK) untuk mengambil ubat batuk dan meminumnya. Peristiwa ini menarik minat saya untuk mengetahui tujuan Felicia Landosi minum ubat batuk bagi menghilangkan tekanan yang dihadapinya. Saya ingin mengetahui punca tekanan yang dialami oleh Felicia Landosi sehingga mengambil jalan singkat untuk mengatasi masalah tersebut dengan minum ubat batuk.


&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&


Novel yang saya pelajari ialah novel Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusof. Terdapat beberapa peristiwa yang menarik minat saya dalam bahagian permulaan novel yang saya pelajari ini.

Pada bahagian permulaan novel, peristiwa yang menarik minat saya ialah peristiwa sekumpulan kanak-kanak dari Sekolah rendah Kichihimahigashi, Hiroshima Jepun duduk di kerusi di atas platform melengkung mengelilingi kubah balai cerap yang terletak di lereng Bukit Melawati, Kuala Selangor. Kanak-kanak ini kecewa kerana tidak dapat melihat bintang-bintang di langit semasa lawatan tersebut. Peristiwa ini menarik minat saya kerana saya ingin mengetahui sebab kanak-kanak dari jepun tersebut tidak dapat melihat bintang-bintang di langit apabila mencerap di balai Cerap Sultan Salahuddin sedangkan Kuala Selangor terkenal dengan bintang-bintang yang dapat dilihat melalui balai cerap tersebut.

Peristiwa lain yang terdapat pada bahagian permulaan novel ini juga ialah peristiwa semasa Nurul Hafsa yang bekerja sebagai pegawai sains di Balai Cerap Sultan Salahuddin berjanji kepada kanak-kanak dari Jepun yang kecewa tidak dapat melihat bintang-bintang di langit. Nurul Hafsa berjanji untuk mengembalikan semula kegelapan langit di Kuala Selangor agar bintang-bintang dapat dilihat semula. Peristiwa pada peringkat permulaan ini menarik minat kerana saya ingin mengetahui cara yang akan dilakukan oleh Nurul Hafsa yang berjanji untuk mengembalikan semula kegelapan langit di Kuala Selangor. Saya juga ingin mentehaui sama ada cara tersebut berjaya atau tidak dalam usaha Nurul Hafsa melestarikan alam sekitar.





TEKNIK MENJAWAB SOALAN NOVEL SPM


Soalan : Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan dua peristiwa pertentangan antara watak dalam novel tersebut.

Novel yang saya kaji ialah novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin dan novel Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusof. Kedua-dua buah novel ini mempunyai peristiwa yang menunjukkan pertentangan antara watak.

Dalam novel Pantai Kasih pertentangan antara watak mengenai cara merawat pesakit terdapat dalam novel ini.  Pertentangan antara watak ini dapat dilihat melalui Dr Raiha yang mempersoalkan tugas yang telah dilakukan oleh Dr Uwang semasa pembedahan tulang sendi pinggul ke atas Unong Siron yang tidak sembuh walaupun setelah lima kali dibedah. Dr Uwang tidak puas hati terhadap Dr Raiha yang seolah-olah mempertikaikan kewibawaannya kerana pembedahan yang dilakukan ke atas Unong Siron itu telah dibuat sebaik mungkin. Peristiwa ini menunjukkan pertentangan antara watak  dalam hal merawat pesakit.

Seterusnya, pertentangan antara watak yang lain ialah pertentangan dalam menentukan kerjaya masa depan. Pertentangan antara watak ini dapat dilihat melalui ayah Dr Raiha yang tidak bersetuju Dr Raiha memutuskan untuk belajar dalam bidang perubatan kerana ayah Dr Raiha melihat kerjaya sebagai doktor akan mengurangkan masa Dr Raiha terhadap keluarga apabila berkahwin nanti. Dr Raiha enggan menurut kemahuan ayahnya, sebaliknya belajar bersungguh-sungguh dalam bidang perubatan dan akhirnya Dr Raiha menjadi seorang doktor pakar bedah di Pusat Rawatan Pantai Kasih. Peristiwa ini menunjukkan pertentangan antara watak dalam hal menentukan kerjaya pada masa depan.

Dalam novel Bimasakti Menari pula, pertentangan  antara watak ialah pertentangan dalam hal menegakkan kebenaran. Pertentangan antara ini dapat dilihat semasa pembentangan projek Kawasan Simpan Langit Gelap oleh Nurul Hafsa di hadapan Menteri Besar. Nurul Hafsa mencadangkan supaya lampu full cut off perlu digunakan untuk mengurangkan kecerahan langit di Kuala Selangor. Dato’ Johann Arlington-Majid tidak bersetuju dengan cadangan Nurul Hafsa untuk menggunakan lampu tersebut kerana tindakan itu akan menjejaskan perniagaannya sebagai pembekal lampu sedia ada di Kuala Selangor. Mereka telah berdebat untuk menegakkan kebenaran masing-masing dan akhirnya, idea Nurul Hafsa disokong oleh Menteri Besar. Peristiwa ini menunjukkan pertentangan antara watak dalam hal menegakkan kebenaran untuk melestarikan alam sekitar.

Seterusnya, pertentangan antara watak yang lain ialah pertentangan mengenai usaha mengembalikan kecerahan langit untuk melestarikan alam sekitar. Pertentangan antara watak ini dapat dilihat apabila Nurul Hafsa berjanji kepada rombongan kanak-kanak dari Jepun yang diketuai oleh Puan Waryam Wickham apabila rombongan tersebut kecewa kerana tidak dapat melihat bintang-bintang di langit setelah berkunjung ke Balai Cerap Sultan Salahuddin. Puan Maryam Wickham menyatakan bahawa usaha yang akan dilakukan oleh Nurul Hafsa itu adalah cabaran yang amat besar kepada seorang manusia seperti Nurul Hafsa untuk menggerakkan bintang-bintang dilangit. Nurul Hafsa berazam untuk mengembalikan semula kecerahan langit di Kuala Selangor. Peristiwa ini menunjukkan pertentangan antara watak dalam isu untuk mengembalikan semula kecerahan langit demi memastikan alam sekitar dapat dilestarikan.



TEKNIK MENJAWAB SOALAN NOVEL SPM


Soalan : Bandingkan, iaitu dari segi persamaan dan perbezaan satu latar masyarakat dalam dua buah novel yang telah anda pelajari.

Novel yang saya pelajari ialah novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin dan novel Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusof. Terdapat latar masyarakat yang sama dan berbeza dalam kedua-dua buah novel tersebut.

Latar masyarakat yang sama dalam kedua-dua buah novel yang saya kaji ialah masyarakat yang penyayang. Dalam novel Pantai Kasih, masyarakat yang penyayang dapat dilihat melalui tindakan Dr Raiha yang enggan menggugurkan kandungan ketika diminta oleh suaminya Dr Sadiz apabila mendapati anak yang dikandung itu cacat kerana Dr Raiha sangat sayang akan anak yang dikandung itu walaupun dia tahu anak itu akan dilahirkan dalam keadaan cacat nanti.

Dalam novel Bimasakti Menari pula, masyarakat yang penyayang dapat dilihat apabila Puan Maryam Wickham telah memutuskan untuk membawa pulang anaknya Muhammad Taufik ke Otago kerana sayangkan anaknya itu setelah melihat Muhammad Taufik cedera dipukul. Puan Maryam Wickham ingin menjaga anaknya sendiri kerana bimbang akan keselamatan Muhammad Taufik.

Latar masyarakat yang berbeza dalam kedua-dua buah novel yang saya pelajari ialah masyarakat yang mementingkan keuntungan. Dalam novel Pantai Kasih, latar masyarakat ini dapat dilihat apabila Dr Uwang sanggup menggunakan alat ganti murah dan tidak berkualiti ketika melakukan pembedahan tulang sendi pinggul ke atas Unong Siron demi mengaut keuntungan dalam perniagaan.

Dalam novel Bimasakti menari pula, latar masyarakat yang cinta akan alam sekitar terdapat dalam novel tersebut. Buktinya ialah Muhammad Taufik telah meminta supaya ayahnya Tan Sri Muhaimin membeli tanah seluas 50 hektar di tepi Sungai Kuantan untuk memastikan populasi dan habitat kelip-kelip dapat dikekalkan di Kuala Selangor.


TEKNIK MENJAWAB SOALAN NOVEL SPM


Soalan : Berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari, jelaskan dua peristiwa yang memberi kesan terhadap perasaan anda.

Novel yang saya pelajari ialah novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin. Terdapat pelbagai peristiwa yang dapat memberi kesan terhadap perasaan saya apabila membaca novel ini.

Peristiwa yang memberi kesan kepada perasaan saya ialah peristiwa seorang ibu yang tetap mempertahankan hak untuk meneruskan kandungan daripada digugurkan. Peristiwa ini dapat dilihat apabila Dr Raiha tetap dengan pendiriannya untuk meneruskan kandungan walaupun telah diminta oleh suaminya supaya menggugurkan kandungan tersebut setelah didapati cacat kerana dia amat menyayangi anak yang dikandung itu walaupun tahu akan dilahirkan dalam keadaan cacat. Peristiwa ini memberi kesan kepada saya iaitu saya kagum melihat kesungguhan seorang ibu yang sanggup tidak mempedulikan permintaaan suami demi melihat anak yang dikandung itu dapat dilahirkan.

Peristiwa lain yang memberi kesan kepada perasaan saya ialah peristiwa seorang doktor menerima tanggungjawab untuk merawat pesakit. Peristiwa ini dapat dilihat apabila Dr Raiha sanggup menerima tugasan daripada Dr Uwang supaya melakukan pembedahan tulang sendi pinggul ke atas Unong Siron yang telah mengalami infeksi akibat pembedahan terdahulu walaupun tugasan itu telah diterima pada saat akhir. Peristiwa ini memberi kesan kepada saya iaitu saya bangga dengan seorang doktor yang sanggup menerima tugasan pada saat akhir dan yang berisiko kerana ingin memastikan pesakitnya sembuh semula.


&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&


Novel yang saya pelajari ialah novel Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusof. Terdapat pelbagai peristiwa yang dapat memberi kesan terhadap perasaan saya apabila membaca novel ini.

Peristiwa yang memberi kesan kepada perasaan saya ialah peristiwa anak muda yang berusaha untuk melestarikan alam sekitar. Peristiwa ini dapat dilihat melalui Nurul Hafsa, Muhammad Taufik dan Budiman yang gigih berusaha untuk memastikan projek Kawasan Simpan Langit Gelap di Kuala Selangor dapat dilaksanakan agar bintang-bintang dapat dilihat semula. Projek ini mendapat tentangan daripada Dato’ Johann Arlington-Majid semasa Nurul Hafsa membentangkannya di hadapan Menteri Besar. Peristiwa ini memberi kesan terhadap perasaan saya iaitu saya bangga melihat kegigihan anak muda yang berusaha untuk memgembalikan semula kecerahan langit walaupun pelbagai cabaran terpaksa ditempuh kerana keazaman mereka untuk melestarikan alam sekitar.

Peristiwa lain yang memberi kesan kepada perasaan saya ialah peristiwa sifat setiakwan dalam persahabatan. Peristiwa ini dapat dilihat melalui Muhammad Taufik dalam perjalanan pulang dari hospital telah meminta supaya ayahnya berhenti di stesen minyak petronas. Muhammad Taufik telah berjumpa dengan penculik yang mengunggu di stesen minyak itu dan terus manaiki van yang dipandu oleh penculik yang telah menculik Nurul Hafsa. Muhammad Taufik sanggup menggantikan dirinya walaupun masih dalam keadaan lemah kerana ingin menyelamatkan rakannya Nurul Hafsa. Peristiwa ini memberi kesan terhadap perasaan saya iaitu saya kagum melihat pengorbanan seorang rakan untuk menyelamatkan rakan lain yang ditimpa kesusahan.


TEKNIK MENJAWAB SOALAN NOVEL SPM


Soalan : Huraikan pertentangan pendapat antara watak utama dengan satu watak lain dalam dua buah novel yang anda pelajari.

Novel yang saya pelajari ialah novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin dan novel Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusof. Watak utama dalam novel Pantai Kasih ialah Dr Raiha dan watak utama dalam novel Bimasakti Menari ialah Nurull Hafsa. Kedua-dua watak utama ini menghadapi konflik dengan satu watak lain dalam kedua-dua buah novel tersebut.

Dalam novel Pantai Kasih, pertentangan pendapat antara watak utama dengan satu watak lain ialah pertentangan pendapat dalam hal merawat pesakit. Pertentangan pendapat ini dapat dilihat melalui Dr Raiha yang mempersoalkan tugas yang telah dilakukan oleh Dr Uwang semasa pembedahan tulang sendi pinggul ke atas Unong Siron yang tidak sembuh walaupun setelah lima kali dibedah. Dr Uwang tidak puas hati terhadap Dr Raiha yang seolah-olah mempertikaikan kewibawaannya kerana pembedahan yang dilakukan ke atas Unong Siron itu telah dibuat sebaik mungkin. Peristiwa ini menunjukkan pertentangan pendapat antara watau utama dengan satu watak lain dalam hal merawat pesakit.

Seterusnya, pertentangan pendapat antara watak utama dengan satu watak lain ialah pertentangan pendapat dalam menentukan kerjaya masa depan. Pertentangan pendapat ini dapat dilihat melalui ayah Dr Raiha yang tidak bersetuju Dr Raiha memutuskan untuk belajar dalam bidang perubatan kerana ayah Dr Raiha melihat kerjaya sebagai doktor akan mengurangkan masa Dr Raiha terhadap keluarga apabila berkahwin nanti. Dr Raiha enggan menurut kemahuan ayahnya, sebaliknya belajar bersungguh-sungguh dalam bidang perubatan dan akhirnya Dr Raiha menjadi seorang doktor pakar bedah di Pusat Rawatan Pantai Kasih. Peristiwa ini menunjukkan pertentangan pendapat antara watak utama dengan satu watak lain dalam dalm menentukan kerjaya pada masa depan.

Dalam novel Bimasakti Menari pula, pertentangan pendapat antara watak utama dengan satu watak lain ialah pertentangan pendapat dalam hal menegakkan kebenaran. Pertentangan pendapat ini dapat dilihat semasa pembentangan projek Kawasan Simpan Langit Gelap oleh Nurul Hafsa di hadapan Menteri Besar. Nurul Hafsa mencadangkan supaya lampu full cut off perlu digunakan untuk mengurangkan kecerahan langit di Kuala Selangor. Dato’ Johann Arlington-Majid tidak bersetuju dengan cadangan Nurul Hafsa untuk menggunakan lampu tersebut kerana tindakan itu akan menjejaskan perniagaannya sebagai pembekal lampu sedia ada di Kuala Selangor. Mereka telah berdebat untuk menegakkan kebenaran masing-masing dan akhirnya, idea Nurul Hafsa disokong oleh Menteri Besar. Peristiwa ini menunjukkan pertentangan pendapat antara watak utama dengan satu watak lain dalam hal menegakkan kebenaran untuk melestarikan alam sekitar.

Seterusnya, pertentangan pendapat antara watak utama dengan satu watak lain ialah pertentangan pendapat mengenai usaha mengembalikan kecerahan langit untuk melestarikan alam sekitar. Pertentangan pendapat ini dapat dilihat apabila Nurul Hafsa berjanji kepada rombongan kanak-kanak dari Jepun yang diketuai oleh Puan Waryam Wickham apabila rombongan tersebut kecewa kerana tidak dapat melihat bintang-bintang di langit setelah berkunjung ke Balai Cerap Sultan Salahuddin. Puan Maryam Wickham menyatakan bahawa usaha yang akan dilakukan oleh Nurul Hafsa itu adalah cabaran yang amat besar kepada seorang manusia seperti Nurul Hafsa untuk menggerakkan bintang-bintang dilangit. Nurul Hafsa berazam untuk mengembalikan semula kecerahan langit di Kuala Selangor. Peristiwa ini menunjukkan pertentangan pendapat antara watak utama dengan satu watak lain dalam isu untuk mengembalikan semula kecerahan langit demi memastikan alam sekitar dapat dilestarikan.



TEKNIK MENJAWAB SOALAN NOVEL SPM


Soalan : Jelaskan dua peristiwa yang menggambarkan nilai tanggungjawab dalam sebuah novel yang anda pelajari.

Novel yang saya pelajari ialah novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin. Terdapat peristiwa yang menggambarkan nilai tanggungjawab dalam novel tersebut.

Peristiwa yang menggambarkan nilai tanggungjawab ialah peristiwa  tanggungjawab seorang ibu terhadap anaknya. Nilai tanggungjawab ini dapat dilihat melalui Dr Raiha yang ingin meneruskan kandungannya walaupun suaminya Dr Sadiz meminta supaya Dr Raiha menggugurkan kandungan tersebut setelah mendapati anak tersebut cacat. Dr Raiha enggan menurut kemahuan suaminya dan tetap hendak meneruskan kandungan tersebut walaupun dia tahu anak yang bakal dilahirkan nanti cacat. Peristiwa ini menunjukkan nilai tanggungjawab seorang ibu untuk memastikan anak yang dikandungnya itu dapat dilahirkan.

Peristiwa yang menggambarkan nailai tanggungjawab yang lain ialah peristiwa tanggungjawab seorang doktor terhadap pesakitnya. Nilai tanggungjawab ini dapat dilihat melalui Dr Raiha yang menerima tugasan daripada Dr Uwang untuk melakukan pembedahan tulang sendi pinggul ke atas Unong Siron kerana dia merasakan tugas tersebut menjadi tanggungjawab kepadanya untuk mengurangkan penderitaan yang ditanggung oleh Unong Siron walaupun tugasan itu diterima pada saat akhir dan berisiko. Peristiwa ini menunjukkan nilai tanggungjawab seorang doktor untuk memastikan pembedahan yang akan dilakukannya berjaya serta pesakit yang dirawatnya akan sembuh.


&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&


Novel yang saya pelajari ialah novel Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusof. Terdapat peristiwa yang menggambarkan nilai tanggungjawab dalam novel tersebut.

Peristiwa yang menggambarkan nilai tanggungjawab dalam novel yang saya pelajari ini ialah peristiwa tanggungjawab anak muda melestarikan alam sekitar. Nilai tanggungjawab ini dapat dilihat melalui Nurul Hafsa, Muhammad Taufik dan Budiman yang gigih berusaha untuk memastikan projek Kawasan Simpan Langit Gelap di Kuala Selangor dapat mengembalikan semula kegelapan langit agar pengunjung dapat melihat bintang-bintang semula di Kuala Selangor. Peristiwa ini menunjukkan nilai tanggungjawab anak muda yang gigih berusaha untuk melestarikan alam sekitar.

Peristiwa yang menggambarkan nilai tanggungjawab yang lain ialah peristiwa tanggungjawab pekerja terhadap tugas yang diamanahkan. Nilai tanggungjawab ini dapat dilihat melalui Nurul Hafsa yang menerima kunjungan kanak-kanak dari Jepun pada hari pertama dia bekerja di Balai Cerap Sultan Salahuddin sebagai pegawai sains telah melaksanakan tanggungjawabnya dengan melayan kunjungan tersebut sebaik mungkin walaupun rombongan tersebut kecewa kerana tidak dapat melihat bintang-bintang di langit. Peristiwa ini menunjukkan nilai tanggungjawab seorang kakitangan yang bertugas melayan rombongan dengan baik walaupun matlamat mereka untuk melihat bintang-bintang tidak kesampaian.



TEKNIK MENJAWAB SOALAN NOVEL SPM


Soalan : Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua latar tempat yang terdapat dalam novel tersebut.

Novel yang saya pelajari ialah novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin. Terdapat banyak latar tempat dalam novel tersebut.

Latar tempat dalam novel ini ialah Pusat Rawatan Pantai Kasih (PRPK). PRPK merupakan sebuah hospital swasta tempat Dr Uwang, Dr Raiha, Dr Muhammad dan Felicia Landosi bekerja di situ. PRPK telah dibangunkan oleh Dr Uwang daripada sebuah pusat perubatan kecil sehingga menjadi sebuah pusat perubatan yang eksklusif dan dikunjungi oleh pelbagai lapisan masyarakat untuk mendapatkan rawatan di situ.

Latar tempat seterusnya ialah bilik bedah PRPK. Di bilik bedah inilah tempat Unong Siron dibedah sebanyak lima kali oleh Dr Uwang tetapi masih belum sembuh akibat infeksi pada tulang sendi pinggulnya. Dr Raiha mengambil alih tugas melakukan pembedahan ke atas Unong Siron kali keenam di bilik bedah tersebut.


&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&


Novel yang saya pelajari ialah novel Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusof. Terdapat banyak latar tempat dalam novel tersebut.

Latar tempat dalam novel ini ialah Balai Cerap Sultan Salahuddin. Pada hari pertama Nurul Hafsa bekerja sebagai pegawai sains di Balai Cerap Sultan Salahuddin, dia menerima kunjungan kanak-kanak dari Jepun yang diketuai oleh Puan Maryam Wickham. Nurul Hafsa berjanji untuk mengembalikan kegelapan langit di Kuala Selangor apabila rombongan tersebut gagal melihat bintang-bintang di langit.

Latar tempat seterusnya ialah stesen minyak Petronas. Dalam perjalanan pulang dari hospital, Muhammad Taufik meminta supaya ayahnya berhenti di stesen minyak Petronas untuk berjumpa dengan penculik Nurul Hafsa yang menunggu di situ. Muhammad Taufik berjumpa dengan penculik itu dan menaiki van yang telah menunggu di stesen minyak tersebut.


TEKNIK MENJAWAB SOALAN NOVEL SPM


Soalan : Huraikan dua peristiwa menarik dalam satu novel yang telah anda pelajari.

Novel yang saya pelajari ialah Pantai Kasih karya Azmah Nordin. Novel ini mengandungi banyak peristiwa menarik.

Peristiwa menarik yang terdapat dalam novel Pantai Kasih ialah peristiwa ketika seorang doktor merawat pesakitnya. Dr Raiha menerima tugasan melakukan pembedahan ke atas Unong Siron dengan penuh tanggungjawab apabila meneliti Sinar-X beberapa kali untuk memastikan pembedahan kali keenam ini berjaya. Peristiwa ini menarik kerana kita dapat melihat seorang doktor dapat merasai penderitaan yang ditanggung oleh pesakitnya menyebabkan dia berusaha dengan gigih untuk melakukan pembedahan sebaik mungkin agar pembedahan itu berjaya memulihkan penderitaan pesakitnya.

Peristiwa menarik yang lain ialah peristiwa seorang ibu yang bersungguh-sungguh mempertahankan hak anaknya. Peristiwa ini dapat dilihat melalui Dr Raiha yang bersungguh-sungguh mempertahankan anak yang dikandung apabila suaminya Dr Sadiz meminta supaya kandungan itu digugurkan setelah didapati anak itu cacat. Peristiwa ini menarik kerana kita dapat lihat seorang ibu yang sanggup mempertahankan kandungan daripada digugurkan kerana dia sangat menyayangi anak itu walaupun dia mengetahui bahawa anak itu akan  dilahirkan dalam keadaan cacat.


&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&


Novel yang saya pelajari ialah Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusof. Novel ini mengandungi banyak peristiwa menarik.

Peristiwa menarik yang terdapat dalam novel Bimasakti Menari ialah peristiwa kegigihan anak muda melestarikan alam sekitar. Peristiwa ini dapat digambarkan melalui Nurul Hafsa, Muhammad Taufik dan Budiman yang gigih berusaha untuk memastikan projek Kawasan Simpan Langit Gelap berjaya dilaksanakan di Kuala Selangor bagi mengembalikan kegelapan agar bintang-bintang dapat dilihat semula. Peristiwa ini sangat menarik kerana kita dapat melihat kegigihan anak muda yang berusaha untuk melestarikan alam sekitar walaupun pelbagai cabaran terpaksa ditempuh bagi merealisasikan projek tersebut.

Peristiwa menarik yang lain ialah peristiwa setiakawan yang ditunjukkan dalam persahabatan. Peristiwa ini dapat dilihat apabila Muhammad Taufik yang dalam perjalanan pulang dari hospital telah meminta supaya ayahnya berhenti di stesen minyak Petronas untuk berjumpa dengan penculik yang menunggu di situ demi memastikan rakannya Nurul Hafsa yang telah diculik sebelum itu berjaya diselamatkan. Peristiwa ini menarik kerana kita dapat melihat pengorbanan yang sanggup dilakukan oleh rakan demi memastikan rakannya dapat diselamatkan walaupun tindakan tersebut akan membahayakan dirinya sendiri.


TEKNIK MENJAWAB SOALAN NOVEL SPM


Soalan : Berdasarkan novel yang anda pelajari, jelaskan dua nilai kemanusiaan yang terdapat pada watak sampingan novel tersebut.

Novel yang saya pelajari ialah novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin. Watak sampingan dalam novel ini ialah Felecia Landosi.

Nilai kemanusiaan yang terdapat pada Felicia Landosi ialah  nilai berterus terang. Buktinya ialah, Felicia Landosi berterus terang dengan Dr Raiha dengan memberitahu bahawa dia terlibat dalam kejadian kebakaran kereta porshe Dr Sadiz sehingga mengorbankan Rohayu anak kesayangan Dr. Raiha.

Selain itu, nilai kemanusiaan yang ditunjukkan oleh Felecia Landosi ialah nilai tanggungjawab. Buktinya dia melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan apabila melayan pesakit VIP dengan layanan yang mesra.


&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&


Novel yang saya pelajari ialah novel Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusof. Watak sampingan dalam novel ini ialah Muhammad Taufik.

Nilai kemanusiaan yang terdapat pada Muhammad Taufik ialah nilai kasih sayang. Buktinya ialah Muhammad Taufik meyayangi Nurul Hafsa dan meluahkan perasaannya untuk melamar Nurul Hafsa sebagai isterinya.

Nilai kemanusiaan yang lain ialah nilai cinta akan alam sekitar. Sebagai contoh, Muhammad Taufik berusaha mengekalkan populasi dan habitat kelip-kelip dengan meminta ayahnya Tan Sri Muhaimin membeli tanah seluas 50 hektar di tepi Sungai Kuantan.


TEKNIK MENJAWAB SOALAN NOVEL SPM


Soalan : Huraikan empat persoalan yang terdapat dalam novel yang telah anda pelajari.

Berdasarkan novel yang telah saya pelajari Pantai Kasih karya Azmah Nordin, terdapat beberapa persoalan dalam novel tersebut.

Persoalan kasih sayang seorang ibu terhadap anak terdapat dalam novel ini. Buktinya ialah Dr. Raiha enggan menggugurkan kandungan apabila disuruh oleh suaminya Dr Sadiz kerana sangat sayangkan anak yang dikandung itu walaupun telah didapati cacat.

Persoalan tanggungjawab seorang doktor terhadap pesakit juga terdapat dalam novel Pantai Kasih. Sebagai contoh, Dr Raiha menerima tugasan yang diminta oleh Dr Uwang supaya melakukan pembedahan ke atas Unong Siron walaupun tugasan itu berisiko dan diterima pada saa-saat akhir kerana Dr Raiha merasakan dia bertanggungjawab untuk memulihkan pederitaan yang ditanggung oleh Unong Siron.

Selain itu, persoalan sikap mementingkan keuntungan dalam perniagaan juga terdapat dalam novel ini. Persoalan ini dapat dilihat melalui tindakan Dr Uwang yang menggunakan alat ganti murah dan tidak berkualiti apabila melakukan pembedahan tulang sendi punggul Unong Siron sebanyak 5 kali kerana mementingkan keuntungan dan Unong Siron masih tidak sembuh.


&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&


Berdasarkan novel yang telah saya pelajari Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusof, terdapat beberapa persoalan dalam novel tersebut.

Persoalan semangat cinta akan alam sekitar terdapat dalam novel tersebut. Buktinya ialah Muhammad Taufik telah meminta ayahnya Tan Sri Muhaimin membeli tanah seluas 50 hektar di tepi Sungai Kuantan untuk memastikan habitat kelip-kelip terpelihara dan tidak pupus. Tindakan Muhammad Taufik membina rumah prototaip teknoalam yang mesra alam juga membuktikan  semangat cinta akan alam sekitar terdapat dalam novel ini.

Selain itu, persoalan semangat setiakawan dalam persahabatan juga terdapat dalam novel ini. Buktinya ialah Nurul Hafsa dan Budiman bergegas ke tempat kejadian Muhammad Taufik dipukul oleh orang yang tidak dikenali kerana ingin membantu Muhammad Taufik. Peristiwa Muhammad Taufik sanggup berjumpa dengan penculik di stesen minyak Petronas walaupun Muhammad Taufik baru keluar dari hospital demi memastikan Nurul Hafsa dapat diselamatkan juga membuktikan semangat setiakawan dalam persahabatan terdapat dalam novel ini

Seterusnya, persoalan tangungjawab terhadap tugas yang diamanahkan juga terdapat dalam novel Bimasakti Menari. Buktinya ialah Nurul Hafsa menerima tugas melayan kunjungan rombongan pelajar sekolah dari Jepun pada hari pertama dia bekerja di Balai Cerap Sultan Salahuddin. Nurul Hafsa dapat melaksanakan tugas yang diamanahkan itu dengan baik kerana dia merupakan lepasan Universiti di Jordan dalam bidang ilmu falak.

TEKNIK MENJAWAB SOALAN NOVEL SPM


Soalan : Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan persoalan kasih sayang yang terdapat dalam novel tersebut.

Novel yang saya pelajari ialah novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin. Persoalan kasih sayang terdapat dalam novel tersebut.

Persoalan kasih sayang seorang ibu terhadap anak terdapat dalam novel Pantai Kasih. Persoalan ini dapat dilihat melalui tindakan Dr Raiha yang begitu menyayangi anaknya Rohayu walaupun dilahirkan dalam keadaan cacat. Dr Raiha sanggup melarikan anaknya apabila suaminya Dr Sadiz ingin menghantar Rohayu ke pusat rawatan khas kerana tidka sanggup berpisah dengan anaknya.

Selain itu, persoalan kasih sayang seorang bapa terhadap anak juga terdapat dalam novel ini. Buktinya ialah ayah Dr Raiha tidak bersetuju dengan keputusan Dr Raiha ingin berkahwin dengan Dr Sadiz kerana Dr Sadiz seorang duda beranak dua dan usianya sebaya dengan ayahnya. Tindakan ayah Dr Raiha ini adalah untuk masa depan Dr Raiha kerana ayahnya ingin melihat Dr Raiha hidup bahagia.


&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&


Novel yang saya pelajari ialah novel BImasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusof. Persoalan kasih sayang terdapat dalam novel tersebut.

Persoalan kasih sayang seorang ayah terhadap anak terdapat dalam novel Bimasakti Menari. Persoalan ini dapat dilihat melalui kasih sayang Tan Sri Muhaimin terhadap anaknya Muhammad Taufik setelah Tan Sri Muhaimin bercerai dengan Puan Maryam Wickham. Tan Sri Muhaimin menjaga Muhammad Taufik dengan penuh kasih sayang dan menyediakan segala keperluan Muhammad Taufik.

Seterusnya, persoalan kasih sayang seorang ibu terdapat anak juga terdapat dalam novel Bimasakti Menari. Persoalan ini dapat dilihat apabila Puan Maryam Wickham membuat keputusan untuk membawa Muhammad Taufik pulang ke Otago, Jepun kerana bimbang akan keselamatan Muhammad Taufik setelah dia cedera dipukul oleh orang upahan Dato’ Johann Arlington-Majid.


TEKNIK MENJAWAB SOALAN NOVEL SPM


Soalan : Huraikan satu persoalan kegigihan dalam dua buah novel yang anda kaji.

Novel yang saya kaji ialah novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin dan novel Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusof. Kedua-dua buah novel ini mempunyai persoalan kegigihan.

Dalam novel Pantai Kasih, persoalan kegigihan membangunkan pusat rawatan terdapat dalam novel ini. Persoalan kegigihan ini dapat dilihat melalui usaha Dr Uwang yang gigih membangunkan Pusat Rawatan Pantai Kasih (PRPK) daripada sebuah pusat rawatan yang kecil sehingga menjadi sebuah pusat rawatan swasta yang eksklusif.

Selain itu, persoalan kegigihan seorang doktor merawat pesakit juga terdapat dalam novel Pantai Kasih. Buktinya ialah Dr Raiha gigih merawat Unong Siron dengan meneliti Sinar-X tulang sendi pinggul Unong Siron beberapa kali untuk memastikan pembedahan yang akan dilakukannya ke atas Unong Siron kali keenam itu akan berjaya. Dr Raiha juga datang ke hospital semula pada waktu malam untuk melihat Unong Siron setelah selesai pembedahan.

Dalam novel Bimasakti Menari pula, persoalan kegigihan dalam melestarikan alam sekitar terdapat dalam novel ini. Buktinya ialah kegigihan Nurul Hafsa, Muhammad Taufik dan Budiman berusaha untuk melestarikan alam sekitar dengan memperkenalkan projek Kawasan Simpan Langit Gelap di Kuala Selangor agar bintang-bintang dapat dilihat dengan mata kasar semula.

Selain itu, persoalan kegigihan dalam melaksanakan tugas juga terdapat dalam novel ini. Contohnya ialah Nurul Hafsa gigih berusaha untuk memastikan pembentangan projek Kawasan Simpan Langit Gelap dapat dilakukan dihadapan Menteri Besar. Nurul  Hafsa berusaha dengan gigih agar pembentangan itu nanti dapat meyakinkan Menteri Besar sekali gus projek tersebut dapat dilaksanakan di Kuala Selangor.


TEKNIK MENJAWAB SOALAN NOVEL SPM


Soalan : Huraikan perwatakan satu watak sampingan dalam sebuah novel yang anda kaji.

Novel yang saya kaji ialah novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin. Watak sampingan yang saya kaji dalam novel ini ialah Dr. Uwang. Terdapat pelbagai perwatakan Dr Uwang dalam novel Pantai Kasih.

Dr Uwang adalah seorang yang gigih. Buktinya ialah Dr Uwang gigih membangunkan sebuah pusat rawatan yang kecil  menjadi sebuah pusat rawatan swasta eksklusif yang dinamakan Pusat Rawatan Pantai Kasih (PRPK). Pusat rawatan ini telah terkenal dan menjadi perhatian pelbagai lapisan masyarakat yang datang untuk mendapatkan rawatan.

Selain itu, Dr Uwang juga seorang yang mementingkan keuntungan dalam perniagaan. Buktinya ialah Dr Uwang telah menggunakan alat ganti tulang sendi pinggul yang murah dan tidak berkualiti apabila melakukan pembedahan ke atas Unong Siron. Dr Uwang telah menggunakan alat ganti tersebut kerana harganya murah tanpa mengambil kira risiko yang akan dialami oleh pesakitnya. Kesannya ialah Unong Siron terpaksa dibedah sebanyak lima kali kerana telah mengalami infeksi.

Seterusnya, Dr Uwang juga seorang yang tidak dapat menerima teguran. Contohnya ialah Dr Uwang tidak berpuas hati dengan Dr Raiha yang dilihatnya cuba mempertikaikan kewibawaannya sebagai doktor pakar bedah yang terkenal semasa melaksanakan tugas  melakukan pembedahan tulang sendi pinggul ke atas Unong Siron. Dr Uwang seolah-olah tercabar dengan pertikaian yang dilakukan oleh Dr Raiha terhadap kewibawaannya sebagai doktor pakar dan pemilik PRPK.


&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&


Novel yang saya kaji ialah novel Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusof. Watak sampingan yang saya kaji dalam novel ini ialah Muhammad Taufik. Terdapat pelbagai perwatakan Muhammad Taufik dalam novel Bimasakti Menari

Perwatakan Muhammad Taufik ialah beliau seorang yang cinta akan alam sekitar. Buktinya ialah Muhammad Taufik telah mendirikan rumah prototaip yang mesra alam.. Muhammad Taufik telah membina rumah mesra alam ini adalah untuk menyampaikan mesej dan kesedaran kepada manusia supaya kembali bergantung kepada alam semula jadi. Muhammad Taufik masih menggunakan penulenan air untuk diminum dan memasak sebagai langkah berjaga-jaga dan rumah itu bersedia untuk tidak menggunakan bekalan air komuniti sepenuhnya.

Selain itu, Muhammad Taufik juga seorang yang setiakawan. Buktinya ialah Muhammad Taufik berusaha menyelamatkan Nurul Hafsa yang diculik oleh orang upahan Dato’ Johann Arlington-Majid dengan mempertaruhkan dirinya agar Nurul Hafsa dapat diselamatkan. Muhammad Taufik sanggup berjumpa dengan penculik di stesen minyak Petronas walaupun dia baru keluar dari hospital kerana sifat setiakawan yang ada dalam dirinya.

Seterusnya, Muhammad Taufik juga seorang yang penyayang. Buktinya ialah dia menyayangi Nurul Hafsa dan melamar Nurul Hafsa untuk dijadikan isterinya.


TEKNIK MENJAWAB SOALAN NOVEL SPM


Soalan : Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan cara watak utama mengatasi konflik yang dihadapinya.

Novel yang saya pelajari ialah novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin. Watak utama dalam novel ini ialah Dr. Raiha. Terdapat pelbagai konflik yang dialami oleh watak utama dalam novel ini.

Konflik yang dialami oleh watak utama ialah konflik beliau dengan suami. Dr. Raiha telah berkonflik dengan suaminya Dr Sadiz apabila Dr Sadiz meminta supaya isterinya itu menggugurkan kandungan yang didapati cacat kerana tidak mahu nama baiknya sebagai doktor pakar bedah otak tercalar akibat memiliki anak yang cacat. Cara Dr Raiha mengatasi konflik dengan suaminya itu adalah dengan tidak mematuhi suruhan suaminya sebaliknya bertegas untuk meneruskan kandungan tersebut kerana anak itu adalah kurniaan Illahi yang perlu disayangi walaupun akan dilahirkan dalam keadaan cacat.

Konflik lain yang dialami oleh watak utama ialah konflik beliau dengan bapa. Dr Raiha berkonflik dengan bapanya apabila bapanya tidak bersetuju Dr Raiha ingin mengahwini Dr Sadiz kerana Dr Sadiz seorang duda beranak dua dan usianya sebaya dengan ayahnya. Cara Dr Raiha mengatasi konflik dengan bapanya adalah dengan tidak mempedulikan apa yang dikatakan oleh bapanya sebaliknya Dr Raiha meneruskan perkahwinan dengan Dr Sadiz sehingga melahirkan seorang anak bernama Rohayu. Dr Raiha juga berkonflik dengan bapanya apabila bapanya tidak mahu Dr Raiha menceburi bidang kedoktoran kerana Dr Raiha tidak dapat memberikan tumpuan pada urusan rumah tangga akibat sibuk. Perkara ini pernah berlaku kepada ayah Dr Raiha apabila isterinya seorang jururawat tidak dapat menumpukan perhatian kepada urusan keluarga. Cara Dr Raiha mengatasi konflik ini adalah dengan meneruskan pengajian dalam bidang kedoktoran sehingga Dr Raiha menjadi seorang pakar bedah di Pusat Rawatan Pantai Kasih.

Seterusnya watak utama dalam novel ini juga berkonflik dengan majikan. Konflik ini dapat dilihat apabila Dr Uwang tidak puas hati terhadap Dr Raiha kerana Dr Raiha seolah-olah mempertikaikan kewibawaannya yang  melakukan rawatan ke atas tulang sendi pinggul Unong Siron sebanyak 5 kali tetapi masih belum sembuh. Cara Dr Raiha mengatasi konflik dengan Dr Uwang adalah dengan cara menerima tugasan yang diberikan oleh Dr Uwang supaya membuat pembedahan kali keenam ke atas Unong Siron walaupun tugasan itu diterimanya pada saat-saat akhir dan berisiko kerana tulang sendi pinggul Unong Siron telah mengalami infeksi. Dr Raiha sanggup menerima tugasan itu demi mengurangkan penderitaan yang ditanggung oleh Unong Siron.

Selain itu, watak utama juga berkonflik dengan pekerja bawahannya. Dalam hal ini Dr Raiha berkonflik dengan jururawat Felecia Landosi yang melayan ibu Unong Siron dengan kasar sebaliknya melayan pesakit VIP dengan cukup mesra. Felicia Landosi juga menggelarkan ibu Unong Siron sebagai sapi tua. Cara Dr Raiha mengatasi konflik dengan Felecia Landosi adalah dengan menegur Felecia Landosi supaya melayan ibu Unong Siron dengan baik dan tidak membeza-bezakan layanan antara pesakit. Dr Raiha tidak mahu Felicia Landosi bersikap kurang ajar terhadap ibu Unong Siron.


&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&


Novel yang saya pelajari ialah novel Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusof. Watak utama dalam novel ini ialah Nurul Hafsa. Terdapat pelbagai konflik yang dialami oleh watak utama dalam novel ini.

Konflik yang dialami oleh watak utama ialah konflik beliau dengan ahli perniagaan. Nurul Hafsa berkonflik dengan Dato’ Johann Arlington-Majid apabila Dato Johann Arlington-Majid cuba menggagalkan pembentangan projek Kawasan Simpan Langit Gelap di hadapan Menteri Besar. Cara Nurul Hafsa mengatasi konflik ini adalah dengan cara mengemukakan hujah-hujah yang bernas mengenai tahap pencahayaan dan lampu yang sesuai untuk mengembalikan semula bintang-bintang agar dapat dilihat dengan mata kasar di Kuala Selangor sehingga Dato’ Johann terdiam.

Konflik seterusnya ialah konflik watak utama dengan rombongan pelancong. Nurul Hafsa berkonflik dengan rombongan pelajar-pelajar dari Jepun yang diketuai oleh guru pengiring iaitu Puan Maryam Wickham datang ke Balai Cerap Sultan Salahuddin untuk mencerap bintang-bintang. Nurul Hafsa yang baru bekerja di situ telah melayan rombongan tersebut tetapi mereka hampa kerana tidak dapat mencerap bintang-bintang dengan mata kasar. Nurul Hafsa mengatasi konflik tersebut dengan berjanji kepada rombongan tersebut bahawa dia akan memastikan bintang-bintang di Kuala Selangor dapat dilihat dengan mata kasar suatu hari nanti.



Sunday 29 March 2020

TEKNIK MENJAWAB SOALAN NOVEL SPM


Soalan : Berdasarkan novel yang telah anda pelajari, jelaskan tema novel tersebut.

Novel yang telah saya pelajari ialah novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin. Tema novel ini ialah ketabahan seorang wanita menghadapi kehidupan yang sukar akibat peristiwa lampau yang menghantui hidupnya.

Tema ini dapat dilihat melalui peristiwa Dr Raiha yang sering terbayang-bayang akan anaknya Rohayu yang mati dalam tragedi kebakaran kereta Porshe Dr Sadiz di tepi rumah tumpangan. Bayangan anaknya itu menghantui Dr Raiha setiap hari tetapi dia tetap tabah menjalani kehidupan seharian walaupun peristiwa tersebut begitu menyedihkannya kerana Rohayu merupakan anak yang sangat disayangi walaupun dilahirkan dalam keadaan cacat.

Selain itu, Dr Raiha juga  tabah menghadapi konflik rumah tangga dengan suaminya Dr Sadiz yang bersikap angkuh dan kejam apabila menyuruhnya menggugurkan kandungan yang didapati cacat kerana tidak mahu nama baiknya sebagai doktor pakar bedah otak tercalar. Dr. Raiha tabah menghadapi situasi tersebut dan enggan menurut kemahuan suaminya, sebalik nya ingin meneruskan kandungan itu sehingga anaknya dilahirkan.

Seterusnya, Dr Raiha juga digambarkan seorang yang tabah semasa melakukan pembedahan tulang sendi pinggul kali keenam ke atas Unong Siron yang mengalami infeksi akibat pembedahan yang dilakukan oleh Dr Uwang sebanyak lima kali sebelum ini  tidak berjaya. Dr. Raiha sanggup menerima tugasan tersebut daripada Dr Uwang walaupun diterima pada saat akhir kerana memikirkan kesakitan yang ditanggung oleh Unong Siron. Walaupun berisiko tetapi Dr Raiha tabah menghadapi situasi tersebut dan pembedahan dapat dilakukannya dengan baik.


&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&


Novel yang telah saya pelajari ialah novel Bimasakti Menari oleh Sri Rahayu Mohd Yusof. Tema novel ini ialah  kegigihan golongan muda yang berusaha melestarikan alam sekitar.

Kegigihan golongan muda ini dapat dilihat melalui Nurul Hafsa yang gigih berusaha untuk mengembalikan semula bintang-bintang di Kuala Selangor agar dapat dilihat  dengan mata kasar. Nurul Hafsa bersama-sama dengan Muhammad Taufik merancang projek Kawasan Simpan Langit Gelap untuk mencapai hasrat mereka itu. Projek ini adalah bertujuan untuk memastikan skala langit di kelas 8 berada pada kelas 1 dengan mengurangkan cahaya yang menutup deria manusia untuk melihat bintang pada waktu malam di Kuala Selangor.

Selain itu, Muhammad Taufik juga gigih berusaha mengembalikan semula populasi kelip-kelip di Kampung Kuantan yang semakin hilang. Muhammad Taufik telah meminta ayahnya Tan Sri Muhaimin membeli 50 hektar tanah di sepanjang sungai Kampung Kuantan terus ke Kampung Api-Api. Tanah tersebut dibeli untuk dijadikan habitat kelip-kelip yang semakin berkurangan. Usaha Muhammad Taufik ini dapat membantu memulihkan kembali kelip-kelip di Kampung Kuantan.

Selain itu, Muhammad Taufik juga berusaha melestarikan alam sekitar dengan mengusahakan Projek Rumah Ikhtiar Teknoalam. Muhammad Taufik telah membina rumah yang berkonsepkan kediaman mesra alam untuk menyampaikan mesej dan menanam kesedaran kepada manusia supaya kembali bergantung kepada alam semula jadi. Muhammad Taufik masih menggunakan penulenan air untuk diminum dan memasak sebagai langkah berjaga-jaga dan rumah itu bersedia untuk tidak menggunakan bekalan air komuniti sepenuhnya.



TEKNIK MENJAWAB SOALAN NOVEL SPM


Soalan : Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, huraikan persoalan ketabahan yang terdapat dalam kedua-dua buah novel tersebut.

Novel yang saya kaji ialah novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin dan novel Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusof. Persoalan ketabahan terdapat dalam kedua-dua buah novel yang saya kaji ini.

Dalam novel Pantai Kasih, persoalan ketabahan menghadapi konflik rumah tangga dengan suami terdapat dalam novel ini. Buktinya ialah Dr. Raiha sangat tabah menghadapi konflik rumah tangga dengan suaminya Dr Sadiz yang bersikap angkuh dan kejam apabila menyuruhnya menggugurkan kandungan yang didapati cacat kerana tidak mahu nama baiknya sebagai doktor pakar bedah otak tercalar. Dr. Raiha tabah menghadapi situasi tersebut dan enggan menurut kemahuan suaminya, sebalik nya ingin meneruskan kandungan itu sehingga anaknya dilahirkan.

Seterusnya persoalan ketabahan seorang ibu menghadapi kehidupan tanpa anak tersayang juga terdapat dalam novel ini. Buktinya ialah Dr Raiha sering terbayang akan anaknya Rohayu yang mati dalam tragedi kebakaran kereta Porshe Dr Sadiz di tepi rumah tumpangan. Bayangan anaknya itu menghantui Dr Raiha tetapi dia tetap tabah menjalani kehidupan seharian walaupun peristiwa tersebut begitu menyedihkannya.

Dalam novel Bimasakti Menari pula, persoalan ketabahan dalam usaha melestarikan alam sekitar terdapat dalam novel ini. Ketabahan ini dapat dilihat melalui Nurul Hafsa yang berjanji untuk meneruskan perjuangan melestarikan alam sekitar dengan berjanji kepada Muhammad Taufik yang terlantar di hospital akibat dipukul oleh orang upahan Dato’ Johann Arlington-Majid. Peristiwa yang menimpa Muhammad Taufik tidak menggugat usaha Nurul Hafsa sebaliknya dia tetap tabah untuk memastikan Projek Kawasan Simpan Langit Gelap di Kuala Selangor dapat dijayakan.

Selain itu, persoalan ketabahan menghadapi ancaman untuk menggagalkan sesuatu projek juga terdapat dalam novel ini. Buktinya ialah Nurul Hafsa begitu tabah apabila berhadapan dengan Dato’ Johann Arlington-Majid yang sentiasa berusaha untuk menggagalkan projek Kawasan Simpan Langit gelap di Kuala Selangor semasa membentangkan projek tersebut di hadapan Menteri Besar. Hujah-hujah yang diberikan oleh Nurul Hafsa selepas beberapa kali dibantah oleh Dato’ Johann telah menyebabkan Dato’ Johann terdiam.



TEKNIK MENJAWAB SOALAN NOVEL SPM


Soalan : Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, huraikan nilai kasih sayang yang terdapat dalam novel tersebut.

Novel yang saya kaji ialah novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin dan novel Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusof. Kedua-dua buah novel ini mempunyai nilai kasih sayang.

Dalam novel Pantai Kasih, nilai kasih sayang yang terdapat dalam novel ini ialah nilai kasih sayang seorang ibu terhadap anak. Nilai ini dapat dilihat melalui Dr. Raiha yang enggan menggugurkan kandungan walaupun disuruh oleh suaminya Dr. Sadiz kerana amat menyayangi anak yang dikandungnya itu walaupun didapati cacat.

Selain itu, nilai kasih sayang seorang ayah terhadap anak juga terdapat dalam novel ini. Buktinya ialah bapa Dr Raiha meyayangi anaknya itu apabila dia tidak mahu Dr Raiha mengahwini Dr Sadiz kerana Dr Sadiz tidak sesuai dengan Dr Raiha dan umur Dr Sadiz hampir sebaya dengannya.

Dalam novel Bimasakti Menari pula, nilai kasih sayang yang terdapat dalam novel ini ialah nilai kasih sayang golongan muda terhadap alam sekitar. Nilai ini dapat dibuktikan melalui Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik begitu meyayangi alam sekitar apabila berusaha menjayakan projek Kawasan Simpan Langit Gelap bagi mengembalikan semula kegelapan di Kuala Selangor agar bintang-bintang dapat dilihat kembali.

Selain itu, nilai kasih sayang seorang ayah terhadap anak juga terdapat dalam novel ini. Buktinya ialah Tan Sri Muhaimin sentiasa memenuhi permintaan anaknya Muhammad Taufik  serta menjaga anaknya itu dengan penuh kasih sayang setelah bercerai dengan isterinya Puan Maryam Wickham.


TEKNIK MENJAWAB SOALAN NOVEL SPM


Soalan : Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, huraikan perwatakan watak utama dalam novel tersebut.

Novel yang saya kaji ialah novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin. Watak utama novel tersebut ialah Dr. Raiha. Terdapat pelbagai perwatakan Dr. Raiha dalam novel ini.

Perwatakan Dr. Raiha ialah dia seorang yang penyayang. Buktinya ialah Dr. Raiha enggan menggugurkan kandungannya apabila disuruh oleh suaminya Dr. Sadiz kerana dia sangat menyayangi anak yang dikandung itu walaupun telah didapati cacat.

Selain itu, Dr. Raiha juga seorang yang bertanggungjawab. Buktinya ialah Dr. Raiha menerima tugas melakukan pembedahan ke atas Unong Siron daripada Dr. Uwang dengan penuh tanggungjawab walaupun tugasan itu diterima pada saat-saat akhir dan mempunyai risiko.

Akhir sekali, Dr. Raiha seorang yang gigih. Sebagai contoh, Dr. Raiha telah membuat penelitian terhadap Sinar-X tulang sendi pinggul beberapa kali untuk memastikan pembedahan kali keenam itu berjaya dan Unong Siron kembali sembuh. Dr. Raiha juga datang ke hospital pada waktu untuk memastikan Unong Siron tiada apa-apa komplikasi selepas pembedahan.


&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&


Novel yang saya kaji ialah novel Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusof. Watak utama novel tersebut ialah Nurul Hafsa. Terdapat pelbagai perwatakan Nurul Hafsa dalam novel ini.

Nurul Hafsa ialah seorang yang cinta akan alam sekitar. Buktinya ialah Nurul Hafsa bersama-sama dengan Muhammad Taufik dan Budiman berusaha melestarikan alam sekitar di Kuala Selangor dengan memperkenalkan projek Kawasan Simpan Langit Gelap supaya dapat mengembalikan semula kegelapan di Kuala Selangor agar bintang-bintang dapat dilihat.

Nurul Hafsa juga seorang yang bijaksana. Perwatakan ini dapat dibuktikan melalui kebijaksanaan Nurul Hafsa mematahkan hujah-hujah Dato’ Johann Arlington-Majid semasa membentangkan projek Kawasan Simpan Langit Gelap di hadapan Menteri Besar. Kebijasanaan Nurul Hafsa itu telah membuatkan Dato’ Johann terdiam.

Akhir sekali, Nurul Hafsa seorang yang amanah. Buktinya ialah Nurul Hafsa tetap meneruskan usaha melestarikan alam sekitar kerana janjinya kepada Muhammad Taufik yang terlantar di hospital. Amanah yang dipikul itu telah dilaksanakan oleh Nurul Hafsa dengan memastikan projek Kawasan Simpan Langit Gelap dapat dilaksanakan di Kuala Selangor.

TEKNIK MENJAWAB SOALAN NOVEL SPM


Soalan : Jelaskan pengajaran daripada sebuah novel yang telah anda kaji.

Berdasarkan novel yang telah saya kaji iaitu Pantai Kasih karya Azmah Nordin, terdapat pelbagai pengajaran yang boleh dijadikan pedoman.

Pengajaran pertama yang dapat diambil ialah kita hendaklah bijak membuat keputusan agar masalah dapat diselesaikan dengan baik. Sebagai contoh, ibu Unong Siron bijak membuat keputusan ketika dia cuba menyelesaikan satu konflik apabila seorang pemuda yang menyamar sebagai doktor menceroboh Pusat Rawatan Pantai Kasih (PRPK) dan menjadikan Felisia Landosi sebagai tawanan di bilik bedah PRPK. Ibu Unong Siron mencadangkan supaya pemuda itu merawat anaknya menyebabkan pemuda itu melepaskan Felicia Landosi. Kebijaksanaan ibu Unong Siron itu mampu mengelakkan kejadian buruk berlaku kepada Felicia Landosi.

Pengajaran seterusnya ialah kita hendaklah menyayangi anak walaupun didapati cacat kerana anak merupakan anugerah yang tidak ternilai. Pengajaran ini dapat dilihat melalui peristiwa Dr. Raiha enggan menggugurkan kandungan apabila disuruh oleh suaminya Dr. Sadiz setelah didapati anak yang dikandung itu cacat. Dr. Raiha tetap dengan keputusannya hendak meneruskan kandungan tersebut kerana dia sangat menyayangi anak yang dikandung itu walaupun telah didapati cacat.

Pengajaran lain ialah kita hendaklah menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab agar masalah tidak akan timbul kemudian hari. Buktinya ialah Dr. Raiha menerima tugas melakukan pembedahan ke atas Unong Siron daripada Dr Uwang pada saat-saat akhir dengan penuh tanggungjawab walaupun tugasan itu berisiko kepadanya. Dr. Raiha membuat penelitian dan pemerhatian yang mendalam terhadap Sinar-X tulang sendi pinggul Unong Siron untuk memastikan pembedahan kali keenam itu akan berjaya. Sikap Dr. Raiha yang bertanggungjawab itu wajar dijadikan pedoman oleh pembaca.


&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&


Berdasarkan novel yang telah saya kaji iaitu Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusof , terdapat pelbagai pengajaran yang boleh dijadikan pedoman.

Pengajaran yang terdapat dalam novel Bimasakti Menari ialah kita hendaklah berusaha melestarikan alam sekitar agar keindahan alam dapat dikekalkan. Sebagai contohnya, Nurul Hafsa, Muhammad Taufik dan Budiman sama-sama berusaha melestarikan alam sekitar. Mereka memperkenalkan projek Kawasan Simpan Langit Gelap di Kuala Selangor agar kecerahan langit dapat dikurangkan untuk memastikan bintang-bintang dapat dilihat. Walaupun pelbagai cabaran daripada Dato. Johann Arlington-Majid yang berusaha untuk menggagalkan projek tersebut, tetapi kegigihan mereka untuk melestarikan alam sekitar dapat meyakinkan Menteri Besar semasa Nurul Hafsa membentangkan projek tersebut.

Pengajaran seterusnya ialah kita hendaklah amanah ketika melakukan sesuatu pekerjaan agar tugas itu dapat dilaksanakan dengan baik. Sebagai contoh, Nurul Hafsa telah bekerja sebagai pegawai sains di Balai Cerap Sultan Salahuddin. Nurul Hafsa telah menjalankan amanah yang diberikan kepadanya dengan melayan kunjungan rombongan 15 orang pelajar dan 3 orang guru dari Jepun walaupun rombongan tersebut tidak dapat melihat bintang-bintang di langit. Nurul Hafsa berjanji untuk mengembalikan semula bintang-bintang di Kuala Selangor kepada Puan Mariam Wickham yang merupakan guru pengiring rombongan tersebut.

Akhir sekali pengajaran yang terdapat dalam novel ini ialah kita hendaklah setiakawan dalam persahabatan agar hubungan tersebut berkekalan. Sebagai contohnya, Nurul Hafsa bergegas ke tempat kejadian Muhammad Taufik dipukul oleh orang upahan Dato’ Johann Arlington-Majid untuk memastikan keadaan Muhammad Taufik. Nurul Hafsa juga berjanji kepada Muhammad Taufik untuk meneruskan usaha mereka melestarikan alam sekitar sekiranya berlaku perkara buruk kepada Muhammad Taufik. Sifat setiakawan yang ada dalam diri mereka menyebabkan hubungan mereka menjadi rapat dan saling membantu antara satu sama lain.




TEKNIK MENJAWAB SOALAN NOVEL SPM


Soalan : Nyatakan dua peristiwa yang menyentuh perasaan pembaca. Jelaskan sebab-sebab peristiwa tersebut menyentuh perasaan anda.

Berdasarkan novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin, terdapat peristiwa yang menyentuh perasaan saya sebagai pembaca novel tersebut.

Peristiwa yang menyentuh perasaan saya adalah melalui peristiwa kasih sayang seorang ibu terhadap anak. Peristiwa ini dapat dilihat melalui kesanggupan Dr. Raiha meneruskan kandungan walaupun telah disuruh oleh suaminya Dr Sadiz supaya menggugurkan kandungan tersebut setelah didapati cacat kerana akan menjatuhnya maruahnya sebagai seorang doktor pakar bedah otak. Peristiwa ini begitu menyentuh perasaan saya kerana saya kagum melihat Dr Raiha yang enggan menurut kemahuan suaminya kerana anak yang dikandung itu adalah anugerah tuhan yang perlu diterima dengan penuh kasih sayang walaupun didapati cacat.

Peristiwa lain yang menyentuh perasaan saya ialah peristiwa pengorbanan seorang ibu dalam memastikan anak mendapat rawatan sewajarnya. Peristiwa ini dapat dilihat melalui ibu Unong Siron yang sanggup menjaga anaknya Unong Siron sepanjang dirawat di Pusat Rawatan Pantai Kasih (PRPK). Ibu Unong Siron sanggup tidur di atas lantai hospital tersebut semasa menjaga Unong Siron. Ibu Unong Siron juga berani mempersoalkan kewibawaan Dr. Uwang merawat anaknya sehingga perlu dibedah sebanyak lima kali oleh Dr. Uwang dan duit pampasan insuran anaknya habis dibelanjakan untuk membiayai rawatan tersebut. Peristiwa ini menyentuh perasaan saya kerana saya sedih dengan tindakan ibu Unong Siron yang sanggup berkorban untuk memastikan anaknya sembuh semasa dirawat di PRPK.


&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&


Berdasarkan novel Bimasakti Menari karya karya Sri Rahayu Mohd Yusof, terdapat peristiwa yang menyentuh perasaan saya sebagai pembaca novel tersebut.

Peristiwa yang menyentuh perasaan saya apabila membaca novel ini ialah peristiwa kesanggupan seorang kawan mempertaruhkan dirinya demi menyelamatkan kawan yang dalam kesusahan. Peristiwa ini dapat dilihat melalui kesanggupan Muhammad Taufik mempertaruhkan nyawanya demi menyelamatkan Nurul Hafsa yang diculik oleh orang suruhan Dato’ Johann Arlington-Majid. Muhammad Taufik sanggup berjumpa dengan penculik di sebuah stesen minyak Petronas untuk memastikan Nurul Hafsa dapat diselamatkan. Perisitwa ini menyentuh perasaan saya kerana saya kagum melihat semangat setiakawan yang ditunjukkan oleh Muhammad Taufik yang sanggup berkorban dengan mempertaruhkan dirinya demi menyelamatkan Nurul Hafsa yang telah diculik.

Peristiwa lain yang menyentuh perasaan saya ialah kegigihan golongan muda melestarikan alam sekitar. Peristiwa ini dapat dilihat melalui usaha Nurul Hafsa, Muhammad Taufik dan Budiman yang ingin mengembalikan kegelapan di Kuala Selangor dengan merancang projek Kawasan Simpan Langit Gelap di Kuala Selangor agar bintang-bintang dapat dilihat dan populasi kelip-kelip tidak pupus. Usaha mereka ini telah mendapat tentang daripada dato’ Johann Arlington-Majid yang berterusan mencari jalan untuk menggagalkan usaha mereka tetapi berkat kegigihan mereka berjaya meyakinkan Menteri Besar dalam pembentangan projek tersebut. Peristiwa ini menyentuh perasaan saya kerana saya kagum melihat kesungguhan anak muda yang berjuang demi memastikan alam sekitar dapat dilestarikan walaupun mendapat tentangan daripada pihak lawannya.




TEKNIK MENJAWAB SOALAN NOVEL SPM


Soalan : Nyatakan dua peristiwa yang menyentuh perasaan pembaca. Jelaskan sebab-sebab peristiwa tersebut menyentuh perasaan anda.

Berdasarkan novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin, terdapat peristiwa yang menyentuh perasaan saya sebagai pembaca novel tersebut.

Peristiwa yang menyentuh perasaan saya adalah melalui peristiwa kasih sayang seorang ibu terhadap anak. Peristiwa ini dapat dilihat melalui kesanggupan Dr. Raiha meneruskan kandungan walaupun telah disuruh oleh suaminya Dr Sadiz supaya menggugurkan kandungan tersebut setelah didapati cacat kerana akan menjatuhnya maruahnya sebagai seorang doktor pakar bedah otak. Peristiwa ini begitu menyentuh perasaan saya kerana saya kagum melihat Dr Raiha yang enggan menurut kemahuan suaminya kerana anak yang dikandung itu adalah anugerah tuhan yang perlu diterima dengan penuh kasih sayang walaupun didapati cacat.

Peristiwa lain yang menyentuh perasaan saya ialah peristiwa pengorbanan seorang ibu dalam memastikan anak mendapat rawatan sewajarnya. Peristiwa ini dapat dilihat melalui ibu Unong Siron yang sanggup menjaga anaknya Unong Siron sepanjang dirawat di Pusat Rawatan Pantai Kasih (PRPK). Ibu Unong Siron sanggup tidur di atas lantai hospital tersebut semasa menjaga Unong Siron. Ibu Unong Siron juga berani mempersoalkan kewibawaan Dr. Uwang merawat anaknya sehingga perlu dibedah sebanyak lima kali oleh Dr. Uwang dan duit pampasan insuran anaknya habis dibelanjakan untuk membiayai rawatan tersebut. Peristiwa ini menyentuh perasaan saya kerana saya sedih dengan tindakan ibu Unong Siron yang sanggup berkorban untuk memastikan anaknya sembuh semasa dirawat di PRPK.


%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%

Berdasarkan novel Bimasakti Menari karya karya Sri Rahayu Mohd Yusof, terdapat peristiwa yang menyentuh perasaan saya sebagai pembaca novel tersebut.

Peristiwa yang menyentuh perasaan saya apabila membaca novel ini ialah peristiwa kesanggupan seorang kawan mempertaruhkan dirinya demi menyelamatkan kawan yang dalam kesusahan. Peristiwa ini dapat dilihat melalui kesanggupan Muhammad Taufik mempertaruhkan nyawanya demi menyelamatkan Nurul Hafsa yang diculik oleh orang suruhan Dato’ Johann Arlington-Majid. Muhammad Taufik sanggup berjumpa dengan penculik di sebuah stesen minyak Petronas untuk memastikan Nurul Hafsa dapat diselamatkan. Perisitwa ini menyentuh perasaan saya kerana saya kagum melihat semangat setiakawan yang ditunjukkan oleh Muhammad Taufik yang sanggup berkorban dengan mempertaruhkan dirinya demi menyelamatkan Nurul Hafsa yang telah diculik.

Peristiwa lain yang menyentuh perasaan saya ialah kegigihan golongan muda melestarikan alam sekitar. Peristiwa ini dapat dilihat melalui usaha Nurul Hafsa, Muhammad Taufik dan Budiman yang ingin mengembalikan kegelapan di Kuala Selangor dengan merancang projek Kawasan Simpan Langit Gelap di Kuala Selangor agar bintang-bintang dapat dilihat dan populasi kelip-kelip tidak pupus. Usaha mereka ini telah mendapat tentang daripada dato’ Johann Arlington-Majid yang berterusan mencari jalan untuk menggagalkan usaha mereka tetapi berkat kegigihan mereka berjaya meyakinkan Menteri Besar dalam pembentangan projek tersebut. Peristiwa ini menyentuh perasaan saya kerana saya kagum melihat kesungguhan anak muda yang berjuang demi memastikan alam sekitar dapat dilestarikan walaupun mendapat tentangan daripada pihak lawannya.




ASPEK KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

ASPEK KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ASPEK KOMSAS PERNYATAAN HURAIAN PEMIKIRAN Semangat cinta...