Soalan
: Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, jelaskan dua peristiwa yang dapat
dikaitkan dengan persoalan maruah.
Berdasarkan
novel Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusof yang saya kaji, terdapat
beberapa peristiwa yang boleh dikaitkan dengan persoalan maruah.
Persoalan
maruah yang pertama ialah persoalan maruah seorang pekerja. Persoalan ini dapat
dilihat melalui Nurul Hafsa yang bekerja sebagai pegawai sains di Balai Cerap
Sultan Salahuddin. Nurul Hafsa telah berjanji kepada rombongan pelajar Jepun
yang berkunjung ke Balai Cerap Sultan Salahuddin untuk mengembalikan semula
bintang-bintang di Kuala Selangor supaya dapat dilihat oleh mata kasar. Puan
Wickham menyatakan bahawa janji yang telah diucapkan oleh Nurul Hafsa merupakan
satu cabaran kerana amat sukar bagi seorang manusia hendak menggerakkan
bintang-bintang seorang diri. Lantaran itu, Nurul Hafsa terus mempertahankan
maruahnya sebagai seorang pegawai kerajaan dengan memberitahu wanita tersebut
bahawa bintang-bintang tidak perlu dikembalikan tetapi perlu mengurangkan
cahaya untuk melihat bintang di Kuala Selangor.
Persoalan
maruah yang seterusnya ialah persoalan maruah diri. Contohnya, Nurul Hafsa
telah mempertahankan pendiriannya semasa membentangkan cadangannya untuk
mengurangkan jumlah watt bagi setiap lampu low cut off. Lampu yang dicadangkan
oleh Nurul Hafsa ini telah dibantah sekeras-kerasnya oleh Dato’ Johann
Arlington-Majid atas alasan lampu-lampu itu tidak menarik. Nurul Hafsa tidak
berputus asa dan terus mempertahankan maruah dirinya untuk menegakkan
cadangannya meneruskan projek tersebut sehingga Dato’ Johann terdiam.
&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&
Berdasarkan
novel Pantai Kasih karya Azman Nordin yang saya kaji, terdapat beberapa
peristiwa yang boleh dikaitkan dengan persoalan maruah.
Persoalan
maruah seorang ibu terdapat dalam novel ini. Persoalan ini dapat dilihat
apabila ibu Unong Siron mempertahankan maruahnya sebagai seorang ibu kepada pesakit Unong Siron iaitu anaknya
dengan mempertikaikan kewibawaan Dr. Uwang yang telan menjalankan pembedahan
tulang sendi pinggul ke atas anaknya sebanyak lima kali tetapi tidak juga sembuh.
Selain bayaran rawatan yang mahal, ibu Unong Siron juga menggelarkan Dr. Uwang
seorang mata duitan kerana pekerjaan Dr. Uwang yang mementingkan wang dan
keuntungan ketika menjalankan tugasnya. Peristiwa ini membuktikan ibu Unong
Siron telah bertindak mempertahankan maruah dirinya sebagai seorang ibu kepada
pesakit demi mendapatkan pembelaan yang sewajarnya.
Selain
itu, persoalan maruah sebagai seorang wanita juga terdapat dalam novel ini.
Persoalan ini dapat dilihat apabila ayah Dr. Raiha mengatakan bahawa seorang
wanita tidak sesuai bekerja sebagai seorang doktor kerana suami dan anak-anak
Dr. raiha nanti tidak akan mendapat perhatian secukupnya daripada Dr. Raiha.
Walau bagaimanapun Dr. Raiha telah membuktikan bahawa seorang wanita juga mampu
menjadi seorang doktor apabila beliau telah menjadi doktor pakar bedah di
sebuah pusat rawatan swasta yang terkemuka. Peristiwa ini membuktikan Dr. Raiha
telah mempertahankan maruah dirinya sebagai seorang wanita yang berjaya dalam
bidang yang diceburinya.
No comments:
Post a Comment