Tuesday 31 March 2020

TEKNIK MENJAWAB SOALAN NOVEL SPM


Soalan : Bandingkan, iaitu dari segi persamaan dan perbezaan satu latar masyarakat dalam dua buah novel yang telah anda pelajari.

Novel yang saya pelajari ialah novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin dan novel Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusof. Terdapat latar masyarakat yang sama dan berbeza dalam kedua-dua buah novel tersebut.

Latar masyarakat yang sama dalam kedua-dua buah novel yang saya kaji ialah masyarakat yang penyayang. Dalam novel Pantai Kasih, masyarakat yang penyayang dapat dilihat melalui tindakan Dr Raiha yang enggan menggugurkan kandungan ketika diminta oleh suaminya Dr Sadiz apabila mendapati anak yang dikandung itu cacat kerana Dr Raiha sangat sayang akan anak yang dikandung itu walaupun dia tahu anak itu akan dilahirkan dalam keadaan cacat nanti.

Dalam novel Bimasakti Menari pula, masyarakat yang penyayang dapat dilihat apabila Puan Maryam Wickham telah memutuskan untuk membawa pulang anaknya Muhammad Taufik ke Otago kerana sayangkan anaknya itu setelah melihat Muhammad Taufik cedera dipukul. Puan Maryam Wickham ingin menjaga anaknya sendiri kerana bimbang akan keselamatan Muhammad Taufik.

Latar masyarakat yang berbeza dalam kedua-dua buah novel yang saya pelajari ialah masyarakat yang mementingkan keuntungan. Dalam novel Pantai Kasih, latar masyarakat ini dapat dilihat apabila Dr Uwang sanggup menggunakan alat ganti murah dan tidak berkualiti ketika melakukan pembedahan tulang sendi pinggul ke atas Unong Siron demi mengaut keuntungan dalam perniagaan.

Dalam novel Bimasakti menari pula, latar masyarakat yang cinta akan alam sekitar terdapat dalam novel tersebut. Buktinya ialah Muhammad Taufik telah meminta supaya ayahnya Tan Sri Muhaimin membeli tanah seluas 50 hektar di tepi Sungai Kuantan untuk memastikan populasi dan habitat kelip-kelip dapat dikekalkan di Kuala Selangor.


No comments:

Post a Comment

ASPEK KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

ASPEK KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ASPEK KOMSAS PERNYATAAN HURAIAN PEMIKIRAN Semangat cinta...