Soalan
: Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, huraikan nilai kasih sayang yang
terdapat dalam novel tersebut.
Novel
yang saya kaji ialah novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin dan novel Bimasakti
Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusof. Kedua-dua buah novel ini mempunyai nilai
kasih sayang.
Dalam
novel Pantai Kasih, nilai kasih sayang yang terdapat dalam novel ini ialah
nilai kasih sayang seorang ibu terhadap anak. Nilai ini dapat dilihat melalui
Dr. Raiha yang enggan menggugurkan kandungan walaupun disuruh oleh suaminya Dr.
Sadiz kerana amat menyayangi anak yang dikandungnya itu walaupun didapati
cacat.
Selain
itu, nilai kasih sayang seorang ayah terhadap anak juga terdapat dalam novel
ini. Buktinya ialah bapa Dr Raiha meyayangi anaknya itu apabila dia tidak mahu
Dr Raiha mengahwini Dr Sadiz kerana Dr Sadiz tidak sesuai dengan Dr Raiha dan
umur Dr Sadiz hampir sebaya dengannya.
Dalam
novel Bimasakti Menari pula, nilai kasih sayang yang terdapat dalam novel ini
ialah nilai kasih sayang golongan muda terhadap alam sekitar. Nilai ini dapat
dibuktikan melalui Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik begitu meyayangi alam
sekitar apabila berusaha menjayakan projek Kawasan Simpan Langit Gelap bagi
mengembalikan semula kegelapan di Kuala Selangor agar bintang-bintang dapat
dilihat kembali.
Selain
itu, nilai kasih sayang seorang ayah terhadap anak juga terdapat dalam novel
ini. Buktinya ialah Tan Sri Muhaimin sentiasa memenuhi permintaan anaknya
Muhammad Taufik serta menjaga anaknya
itu dengan penuh kasih sayang setelah bercerai dengan isterinya Puan Maryam
Wickham.
Terima kasih sgt membantu cikgu
ReplyDeleteTerima kasih cikgu
ReplyDelete