Soalan
: Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan persoalan kasih sayang
yang terdapat dalam novel tersebut.
Novel
yang saya pelajari ialah novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin. Persoalan kasih
sayang terdapat dalam novel tersebut.
Persoalan
kasih sayang seorang ibu terhadap anak terdapat dalam novel Pantai Kasih.
Persoalan ini dapat dilihat melalui tindakan Dr Raiha yang begitu menyayangi
anaknya Rohayu walaupun dilahirkan dalam keadaan cacat. Dr Raiha sanggup
melarikan anaknya apabila suaminya Dr Sadiz ingin menghantar Rohayu ke pusat
rawatan khas kerana tidka sanggup berpisah dengan anaknya.
Selain
itu, persoalan kasih sayang seorang bapa terhadap anak juga terdapat dalam
novel ini. Buktinya ialah ayah Dr Raiha tidak bersetuju dengan keputusan Dr
Raiha ingin berkahwin dengan Dr Sadiz kerana Dr Sadiz seorang duda beranak dua
dan usianya sebaya dengan ayahnya. Tindakan ayah Dr Raiha ini adalah untuk masa
depan Dr Raiha kerana ayahnya ingin melihat Dr Raiha hidup bahagia.
Novel
yang saya pelajari ialah novel BImasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusof.
Persoalan kasih sayang terdapat dalam novel tersebut.
Persoalan
kasih sayang seorang ayah terhadap anak terdapat dalam novel Bimasakti Menari.
Persoalan ini dapat dilihat melalui kasih sayang Tan Sri Muhaimin terhadap
anaknya Muhammad Taufik setelah Tan Sri Muhaimin bercerai dengan Puan Maryam
Wickham. Tan Sri Muhaimin menjaga Muhammad Taufik dengan penuh kasih sayang dan
menyediakan segala keperluan Muhammad Taufik.
Seterusnya,
persoalan kasih sayang seorang ibu terdapat anak juga terdapat dalam novel
Bimasakti Menari. Persoalan ini dapat dilihat apabila Puan Maryam Wickham
membuat keputusan untuk membawa Muhammad Taufik pulang ke Otago, Jepun kerana
bimbang akan keselamatan Muhammad Taufik setelah dia cedera dipukul oleh orang
upahan Dato’ Johann Arlington-Majid.
saya mohon share n guna bahan tuan ye...terima kasih......
ReplyDelete