Sunday 29 March 2020

TEKNIK MENJAWAB SOALAN NOVEL SPM


Soalan : Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, huraikan perwatakan watak utama dalam novel tersebut.

Novel yang saya kaji ialah novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin. Watak utama novel tersebut ialah Dr. Raiha. Terdapat pelbagai perwatakan Dr. Raiha dalam novel ini.

Perwatakan Dr. Raiha ialah dia seorang yang penyayang. Buktinya ialah Dr. Raiha enggan menggugurkan kandungannya apabila disuruh oleh suaminya Dr. Sadiz kerana dia sangat menyayangi anak yang dikandung itu walaupun telah didapati cacat.

Selain itu, Dr. Raiha juga seorang yang bertanggungjawab. Buktinya ialah Dr. Raiha menerima tugas melakukan pembedahan ke atas Unong Siron daripada Dr. Uwang dengan penuh tanggungjawab walaupun tugasan itu diterima pada saat-saat akhir dan mempunyai risiko.

Akhir sekali, Dr. Raiha seorang yang gigih. Sebagai contoh, Dr. Raiha telah membuat penelitian terhadap Sinar-X tulang sendi pinggul beberapa kali untuk memastikan pembedahan kali keenam itu berjaya dan Unong Siron kembali sembuh. Dr. Raiha juga datang ke hospital pada waktu untuk memastikan Unong Siron tiada apa-apa komplikasi selepas pembedahan.


&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&


Novel yang saya kaji ialah novel Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusof. Watak utama novel tersebut ialah Nurul Hafsa. Terdapat pelbagai perwatakan Nurul Hafsa dalam novel ini.

Nurul Hafsa ialah seorang yang cinta akan alam sekitar. Buktinya ialah Nurul Hafsa bersama-sama dengan Muhammad Taufik dan Budiman berusaha melestarikan alam sekitar di Kuala Selangor dengan memperkenalkan projek Kawasan Simpan Langit Gelap supaya dapat mengembalikan semula kegelapan di Kuala Selangor agar bintang-bintang dapat dilihat.

Nurul Hafsa juga seorang yang bijaksana. Perwatakan ini dapat dibuktikan melalui kebijaksanaan Nurul Hafsa mematahkan hujah-hujah Dato’ Johann Arlington-Majid semasa membentangkan projek Kawasan Simpan Langit Gelap di hadapan Menteri Besar. Kebijasanaan Nurul Hafsa itu telah membuatkan Dato’ Johann terdiam.

Akhir sekali, Nurul Hafsa seorang yang amanah. Buktinya ialah Nurul Hafsa tetap meneruskan usaha melestarikan alam sekitar kerana janjinya kepada Muhammad Taufik yang terlantar di hospital. Amanah yang dipikul itu telah dilaksanakan oleh Nurul Hafsa dengan memastikan projek Kawasan Simpan Langit Gelap dapat dilaksanakan di Kuala Selangor.

No comments:

Post a Comment

ASPEK KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

ASPEK KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ASPEK KOMSAS PERNYATAAN HURAIAN PEMIKIRAN Semangat cinta...