Soalan
: Nyatakan dua peristiwa yang menyentuh perasaan pembaca. Jelaskan sebab-sebab
peristiwa tersebut menyentuh perasaan anda.
Berdasarkan
novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin, terdapat peristiwa yang menyentuh
perasaan saya sebagai pembaca novel tersebut.
Peristiwa
yang menyentuh perasaan saya adalah melalui peristiwa kasih sayang seorang ibu
terhadap anak. Peristiwa ini dapat dilihat melalui kesanggupan Dr. Raiha
meneruskan kandungan walaupun telah disuruh oleh suaminya Dr Sadiz supaya
menggugurkan kandungan tersebut setelah didapati cacat kerana akan menjatuhnya
maruahnya sebagai seorang doktor pakar bedah otak. Peristiwa ini begitu menyentuh
perasaan saya kerana saya kagum melihat Dr Raiha yang enggan menurut kemahuan
suaminya kerana anak yang dikandung itu adalah anugerah tuhan yang perlu
diterima dengan penuh kasih sayang walaupun didapati cacat.
Peristiwa
lain yang menyentuh perasaan saya ialah peristiwa pengorbanan seorang ibu dalam
memastikan anak mendapat rawatan sewajarnya. Peristiwa ini dapat dilihat
melalui ibu Unong Siron yang sanggup menjaga anaknya Unong Siron sepanjang
dirawat di Pusat Rawatan Pantai Kasih (PRPK). Ibu Unong Siron sanggup tidur di
atas lantai hospital tersebut semasa menjaga Unong Siron. Ibu Unong Siron juga
berani mempersoalkan kewibawaan Dr. Uwang merawat anaknya sehingga perlu
dibedah sebanyak lima kali oleh Dr. Uwang dan duit pampasan insuran anaknya
habis dibelanjakan untuk membiayai rawatan tersebut. Peristiwa ini menyentuh
perasaan saya kerana saya sedih dengan tindakan ibu Unong Siron yang sanggup
berkorban untuk memastikan anaknya sembuh semasa dirawat di PRPK.
Berdasarkan
novel Bimasakti Menari karya karya Sri Rahayu Mohd Yusof, terdapat peristiwa
yang menyentuh perasaan saya sebagai pembaca novel tersebut.
Peristiwa
yang menyentuh perasaan saya apabila membaca novel ini ialah peristiwa kesanggupan
seorang kawan mempertaruhkan dirinya demi menyelamatkan kawan yang dalam
kesusahan. Peristiwa ini dapat dilihat melalui kesanggupan Muhammad Taufik
mempertaruhkan nyawanya demi menyelamatkan Nurul Hafsa yang diculik oleh orang
suruhan Dato’ Johann Arlington-Majid. Muhammad Taufik sanggup berjumpa dengan
penculik di sebuah stesen minyak Petronas untuk memastikan Nurul Hafsa dapat
diselamatkan. Perisitwa ini menyentuh perasaan saya kerana saya kagum melihat
semangat setiakawan yang ditunjukkan oleh Muhammad Taufik yang sanggup berkorban
dengan mempertaruhkan dirinya demi menyelamatkan Nurul Hafsa yang telah
diculik.
Peristiwa
lain yang menyentuh perasaan saya ialah kegigihan golongan muda melestarikan
alam sekitar. Peristiwa ini dapat dilihat melalui usaha Nurul Hafsa, Muhammad
Taufik dan Budiman yang ingin mengembalikan kegelapan di Kuala Selangor dengan
merancang projek Kawasan Simpan Langit Gelap di Kuala Selangor agar
bintang-bintang dapat dilihat dan populasi kelip-kelip tidak pupus. Usaha
mereka ini telah mendapat tentang daripada dato’ Johann Arlington-Majid yang
berterusan mencari jalan untuk menggagalkan usaha mereka tetapi berkat
kegigihan mereka berjaya meyakinkan Menteri Besar dalam pembentangan projek
tersebut. Peristiwa ini menyentuh perasaan saya kerana saya kagum melihat
kesungguhan anak muda yang berjuang demi memastikan alam sekitar dapat
dilestarikan walaupun mendapat tentangan daripada pihak lawannya.
No comments:
Post a Comment