ASPEK KOMSAS
GURINDAM BEBERAPA PETUA HIDUP
ASPEK KOMSAS
|
PERNYATAAN
|
HURAIAN
|
TEMA
|
Nilai-nilai murni yang dapat dijadikan pegangan dalam
kehidupan seharian
|
Gurindam ini banyak memaparkan nilai murni seperti baik
hati, tolong menolong, setiakawan, dermawan, budiman, pemurah dan
hormat-menghormati untuk dijadikan pegangan dalam kehidupan keharian
|
PERSOALAN
|
Berfikir terlebih dahulu sebelum berkata-kata
Mengelakkan diri daripada perbalahan
Menuntut ilmu dengan sempurna
Memilih rakan dengan teliti
Memiliki sifat-sifat yang baik dalam diri
Membuat jasa kepada seseorang
Mengelakkan diri daripada perbuatan khianat
|
Berkata-kata sebelum berfikir akan menyebabkan
perbalahan
Seseorang yang gemar berbalah akan menyebabkan hidupnya
berdukcita
Jika ilmu yang dituntut tidak sempurna nescaya ilmu itu
tidak dapat dimanfaatkan
Rakan yang sama sifat perlu dipilih kerana mereka akan
bersama-sama kita
Seseorang yang berbudi akan dimuliakan
Seseorang yang membuat jasa akan dikenang sepanjang
masa
Sesiapa yang berbuat khianat akan dilaknat oleh Tuhan
|
GAYA BAHASA
|
Peribahasa
Metafora
Simile
Kata-kata klasik
Kata pinjaman Arab
|
Telunjuk lurus kelenkeng berkait
Taman pergaulan
Perkataan tajam jika dilepas ibarat beringin, racun dan
upas
Upas
Tuhan, laknat
|
NILAI
|
Baik hati
Kerajinan
Tolong-menolong
Rasional
Hormat-menghormati
Setiakawan
Mengenang jasa
|
Seseorang yang berbudi akan dimuliakan
Jika ilmu yang dituntut tidak sempurna nescaya ilmu itu
tidak dapat dimanfaatkan
Seseorang yang berbudi akan dimuliakan
Berfikir terlebih dahulu sebelum berkata-kata untuk
mengelakkan perbalahan
Sesiapa yang berbuat khianat akan dilaknat oleh Tuhan
Rakan yang sama sifat perlu dipilih kerana mereka akan
bersama-sama kita
Seseorang yang membuat jasa akan dikenang sepanjang
masa
|
PENGAJARAN
|
Kita hendaklah berfikir terlebih dahulu sebelum
berkata-kata untuk mengelakkan persengketaan.
Kita hendaklah mengelakkan diri daripada perbalahan
supaya jiwa kita menjadi tenang
Kita hendaklah menuntut ilmu dengan sempurna supaya
ilmu tersebut dapat dimanfaatkan.
Kita hendaklah berhati-hati ketika memilih rakan kerana
rakan akan menentukan peribadi kita.
Kita hendaklah berbuat baik kepada seseorang supaya
orang akan datang mendekati kita apabila ditimpa kesusahan.
Kita hendaklah berbuat jasa kepada seseorang supaya
diri kita akan dimuliakan.
Kita jangan melakukan perbuatan khianat kerana Tuhan
akan melaknat kita nanti.
|
Berkata-kata sebelum berfikir akan menyebabkan
perbalahan
Seseorang yang gemar berbalah akan menyebabkan hidupnya
berdukcita
Jika ilmu yang dituntut tidak sempurna nescaya ilmu itu
tidak dapat dimanfaatkan
Rakan yang sama sifat perlu dipilih kerana mereka akan
bersama-sama kita
Seseorang yang berbudi akan dimuliakan
Seseorang yang membuat jasa akan dikenang sepanjang
masa
Sesiapa yang berbuat khianat akan dilaknat oleh Tuhan
|
BENTUK
|
Rangkap
Bilangan baris serangkap
Bilangan patah perkataan sebaris
Bilangan suku kata sebaris
Rima akhir
|
18 rangkap
2 baris serangkap
4 – 6 patah perkataan sebaris
8 – 12 suku kata sebaris
aa
|
No comments:
Post a Comment