Tuesday 7 February 2012

KUNJUNGAN MUHIBAH KEPIMPINAN BAHARU ALUMNI.....

BARISAN KEPIMPINAN BAHARU ALUMNI FARIS PETRA

Barisan kepimpinan baharu Alumni terdiri daripada Ybhg Dato' Dr. Mohd Kaisan (YDP), En. Ir Mat kamil Awang (Timb YDP), En. Abd Rahman, En. Helmie, En. Norazman Mahmood, En. Mohd Tarmizi Kasim, Pn. Nik Fauziah, En. Abd Aziz dan En. Rusli Alias.


Pada 6/2/2012 (Isnin) warga Farisian berasa bertuah kerana barisan kepimpinan baharu ALUMNI telah berkunjung ke Faris Petra untuk memulakan kembali hubungan mereka dengan pihak sekolah yang agak sepi sekejap bagi menyemarakkan semula moto KEMBALI BERBAKTI di kampus hijau Faris Petra. Rombongan seramai 8 orang telah disambut dengan tangan terbuka oleh ayahanda Pengetua. Mereka berbincang untuk mengadakan beberapa program di Faris Petra seperti menaja 12 orang pelajar miskin sebanyak RM1000.00 sebulan, membangunkan tanah kosong yang terletak di luar pagar sekolah untuk menjana pendapatan kepada sekolah, mengadakan beberapa siri ceramah kerjaya kepada pelajar, tinggal di asrama sekolah untuk mengembalikan semula kenangan lalu (24 Mac 2012) dan program-program lain yang memang banyak memberikan manfaat kepada warga Farisian. Barisan kepimpinan alumni baharu ini begitu bersemangat sekali dan mereka ingin menjadikan program-program yang dirancang sebagai acara tahunan. Warga Farisian mengucapkan jutaan terima kasih kepada kepimpinan baharu ALUMNI Faris Petra. 

(Foto dipetik daripada Faris-Petra.com)

No comments:

Post a Comment

ASPEK KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

ASPEK KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ASPEK KOMSAS PERNYATAAN HURAIAN PEMIKIRAN Semangat cinta...