Thursday 16 February 2012

10 WASIAT RASULULLAH KEPADA PUTERINYA..



10 wasiat Rasulullah kepada puterinya 

(Khas Untuk Kaum Hawa Di Luar Sana.... Hayatilah..... )


Fathimah binti Rasulillah. Sepuluh wasiat yang beliau sampaikan merupakan mutiara yang termahal nilainya bila kemudian dimiliki oleh setiap isetri solehah. Wasiat tersebut adalah:

1. Ya Fathimah, kepada wanita yang membuat tepung atau mengaulkan menggunakan tangannya sendiri untuk suami dan anak-anaknya, Allah pasti akan memberikan kebaikan baginya dari setiap biji gandum dan meningkatkan darjat wanita itu.

2. Ya Fathimah, kepada wanita yang berkeringat(berpeluh) ketika menumbuk tepung untuk suami dan anak-anaknya, nescaya Allah menjauhkan dirinya dari neraka dengan tujuh tabir pemisah.

3. Ya Fathimah, seorang yang meminyak kan rambut anak-anaknya lalu menyisirnya dan mencuci pakaiannya, maka Allah akan menetapkan pahala baginya seperti pahala memberi makan seribu orang yang kelaparan dan memberi pakaian seribu orang yang telanjang.

4. Ya Fathimah, tiadalah wanita yang dapat menahan sikap buruk tetangganya, Jika ada, maka Allah tidak akan menahannya dari minum telaga kautsar pada hari kiamat nanti.

5. Ya Fathimah, yang lebih utama dari seluruh keutamaan di atas adalah keredhaan suami terhadap isteri. Andai kata suamimu tidak redha kepadamu, maka aku tidak akan mendoakanmu. Ketahuilah wahai Fathimah, kemarahan suami adalah kemurkaan Allah.

6. Ya Fathimah, apabila wanita mengandung, maka malaikat memohonkan ampunan baginya, dan Allah menetapkan baginya setiap hari seribu kebaikan serta melebur seribu keburukan. Ketika wanita merasa sakit akan melahirkan, Allah menetapkan pahala baginya sama dengan pahala para pejuang di jalan Allah(Syahid). Jika dia melahirkan kandungannya, maka bersihlah dosa-dosanya seperti ketika dia dilahirkan dari kandungan ibunya. Bila meninggal ketika melahirkan, maka dia tidak akan membawa dosa sedikitpun. Di dalam kubur akan mendapat taman nan indah yang merupakan bahagian dari taman syurga. Dan Allah memberikan pahala kepadanya sama dengan pahala seribu orang yang melaksanakan ibadah haji dan umrah, dan seribu malaikat memohonkan ampunan baginya hingga hari kiamat.

7. Ya Fathimah, tiadalah wanita yang melayani suami selama sehari semalam dengan rasa senang serta ikhlas, Kerana Allah mengampuni dosa-dosanya serta memakaikan pakaian padanya di hari kiamat berupa pakaian yang serba hijau, dan menetapkan baginya setiap rambut pada tubuhnya seribu kebaikan. Dan Allah memberikan kepadanya pahala seratus kali beribadah haji dan umrah.

8. Ya Fathimah, tiadalah wanita yang tersenyum di hadapan suami, Jika ada, Allah memandangnya dengan pandangan penuh kasih.

9. Ya Fathimah, tiadalah wanita yang membentangkan alas tidur untuk suami dengan rasa senang hati, Jika ada, para malaikat yang memanggil dari langit menyeru wanita itu agar menyaksikan pahala amalnya, dan Allah mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan yang akan datang.

10. Ya Fathimah, tiadalah wanita yang menyapu minyak di kepala suami dan menyisirkan nya, meminyak jangut dan memotong misai suaminya, serta memotong kukunya. Percayalah, Allah memberi minuman arak yang dikemas indah kepadanya yang didatangkan dari sungai2 di syurga. Allah mempermudah sakaratul-maut baginya, serta kuburnya menjadi bahagian dari taman syurga. Dan Allah menetapkan baginya bebas dari seksa neraka serta dapat melintasi shirathal-mustaqim dengan selamat.


Begitu indah menjadi wanita, dengan kelembutan dan kasihnya dapat mengubah dunia
Jadilah dirimu menjadi wanita solehah, agar negeri menjadi indah, kerana dirimu adalah tiang negeri ini. Maka amat mudah lah jua pahala & kasih sayang Allah berikan kepadamu wahai wanita.... Ingatlah, Syurga menantimu wahai wanita solehah...

(SUMBER : FB MOHD IBRISHAM JALALUDDIN)

No comments:

Post a Comment

ASPEK KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

ASPEK KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ASPEK KOMSAS PERNYATAAN HURAIAN PEMIKIRAN Semangat cinta...