Thursday 2 February 2012

PELAJAR MAUT DIPANAH PETIR...

Pelajar maut dipanah petir selepas latihan memanah


KUALA KANGSAR 1 Feb. - Seorang pelajar tergamam apabila melihat seorang rakannya maut akibat dipanah petir selepas selesai menjalani latihan memanah di padang Sekolah Kebangsaan (SK) Raja Perempuan Muzwin, di sini petang semalam.
Muhammad Izhar Jamaluddin, 10, antara lapan murid yang sedang berehat di tepi padang berkenaan berkata, sampai bila-bila pun dia tidak dapat melupakan kejadian pukul 5.30 petang itu yang meragut nyawa Muhammad Syafiq Mohd. Tajul Ariffin, 11.
Menceritakan detik-detik cemas tersebut, Mohd. Izhar berkata, dalam keadaan hujan renyai-renyai, semua ahli pasukan memanah sedang bersiap untuk bersurai, manakala mangsa pula sedang menyusun peralatan memanah di bawah sebatang pokok, kira-kira tiga meter dari rakan-rakannya.
"Tiba-tiba saya perasan ada cahaya kuning sepantas kilat diiringi dentuman kuat yang menyebabkan kami semua terpelanting. Selepas itu, kami melihat Syafiq terbaring di bawah pokok.
"Saya sendiri takut melihat kaki saya pucat dan apabila guru lain mencurahkan air bagi menanggalkan kasut yang terkoyak bersama stokin melekat, ia mengeluarkan bunyi macam sedang dimasak," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini hari ini.

(Sumber : Utusan Online - 2/2/2012)

No comments:

Post a Comment

ASPEK KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

ASPEK KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ASPEK KOMSAS PERNYATAAN HURAIAN PEMIKIRAN Semangat cinta...