Tuesday 7 February 2012

RASUAH BOLA SEPAK NEGARA : DIMANAKAH PUNCANYA...?


Penulis ingin mengemukakan pendapat mengenai gejala rasuah yang menular kembali dalam kancah bola sepak negara. Penulis masih ingat lagi ketika gejala rasuah mula-mula muncul dalam Liga Semi Pro Malaysia sekitar tahun 1990-an dahulu. Ketika itu ramai pemain telah dikenakan tindakan yang tegas oleh FAM sehingga perbuatan rasuah sepi selepas hukuman tersebut. Kini, setelah 16 tahun, gejala rasuah muncul kembali dalam kancah bola sepak Malaysia di mana seramai 18 orang pemain piala presiden Negeri sembilan, T-Team dan MP Muar serta seorang jurulatih Piala Presiden Negeri Sembilan telah dikenal pasti terlibat dalah gejala tersebut. Penulis difahamkan bahawa semua pemain dan jurulatih terlibat akan dikenakan penggantungan dua hingga lima tahun daripada menyertai pertandingan anjuran FAM. Hukuman tersebut pada pandangan penulis tidak mampu untuk membendung gejala rasuah dalam bola sepak negara. Penulis berpendapat semua pemain dan jurulatih terlibat perlu diharamkan terus daripada bermain bola sepak walaupun mereka sangat berbakat. Penulis melihat bahawa hukuman yang sangat tegas mampu untuk menakutkan pemain-pemain yang merancang untuk mengatur perlawanan sekali gus berupaya mengekang penularan gejala rasuah dalam bola sepak negara. Pemain-pemain yang melakukan amalan terkutuk tersebut sebenarnya bukan berpunca daripada gaji yang tidak cukup tetapi sifat tamak yang menguasai diri merekalah yang membuatkan mereka tergamak menerima tawaran yang dibuat oleh bookie. Penulis merasakan gaji yang dibayar oleh pasukan negeri sudah cukup tinggi dan mampu untuk menyara kehidupan pemain, kecuali mereka mengamalkan gaya hidup mewah. FAM jangan berlembut lagi dan elakkan daripada memberi muka kepada pemain-pemain yang mengamalkan rasuah. Biarlah bakat yang ada hilang asalkan rasuah dalam kancah bola sepak negara dapat dibanteras hingga ke akar umbi. 

No comments:

Post a Comment

ASPEK KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

ASPEK KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ASPEK KOMSAS PERNYATAAN HURAIAN PEMIKIRAN Semangat cinta...