Tulis sebuah rencana mengenai
peranan negara-negara dunia bagi mencegah penularan wabak penyakit-penyakit
tersebut.
Tajuk:
Tanggungjawab Negara-Negara Dunia Mencegah Penyakit Berbahaya
Penulis : Azaman
b. Zakaria
Sejak
akhir-akhir ini penyakit-penyakit seperti H1N1, SARS, selesema burung dan meningitis
atau radang otak telah melanda beberapa negara di dunia seperti Mexico, Amerika
Utara, Venezuela, China dan sebagainya. Hal ini amat membimbangkan penduduk
dunia kerana wabak penyakit tersebut telah merebak dengan begitu cepat sekali.
Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) telah merekodkan bahawa lebih 120 ribu
penduduk dunia telah dijangkiti wabak H1N1 dan bilangan kematian akibat
penyakit tersebut melebihi 1500 orang. Di Malaysia sahaja, bilangan kematian
yang dicatatkan oleh Kementerian Kesihatan akibat H1N1 setakat ini adalah
sebanyak 85 orang. Statistik ini menunjukkan bahawa wabak penyakit berbahaya
tersebut telah mengancam penduduk dunia. Keadaan akan menjadi lebih parah lagi
jika penularan penyakit ini tidak dikekang . Oleh itu, kerjasama sejagat amat
diperlukan bagi menyekat lebih banyak lagi kematian akibat wabak tersebut. Jadi,
negara-negara di dunia perlu bekerjasama dan memainkan peranan masing-masing
agar penularan wabak seperti H1N1, SARS, selesema burung dan meningitis dapat
dihalang.
Peranan yang
boleh dimainkan oleh negara-negara di dunia adalah dengan melakukan saringan
kesihatan kepada warga asing di pintu-pintu masuk sesebuah negara. Setiap warga
asing yang ingin masuk ke sesebuah negara perlu mengisytiharkan status
kesihatan mereka terlebih dahulu sebaik sahaja tiba di pintu-pintu masuk sama
ada di lapangan terbang, pelabuhan atau sempadan sesebuah negara. Pasukan
petugas kesihatan perlu membuat pemeriksaan kesihatan dengan teliti terhadap
warga asing yang tiba dengan menggunakan alat khas bagi mengesan suhu badan
mereka. Jika ada warga asing yang menunjukkan simpton-simpton seperti demam,
selesema dan batuk, mereka perlu diasingkan untuk dikuarantin di tempat yang
dikhaskan bagi tempoh tertentu. Pemeriksaan ini perlu dilakukan supaya mereka yang
membawa wabak penyakit seperti H1N1 dan selesema burung dapat dikenal pasti
lebih awal dan langkah pencegahan dapat diambil segera seperti menghantar
mereka ke klinik atau hospital jika keadaan mereka boleh membahayakan diri dan
orang lain. Jika hal ini dibuat dengan serta-merta, individu yang menunjukkan
simpton-simpton tadi tidak akan bercampur dengan orang lain yang sihat sekali
gus wabak penyakit tersebut dapat dihalang daripada merebak ke sesebuah negara.
Kerajaan sesebuah negara perlu bertindak tegas dalam hal ini kerana penularan
wabak penyakit ini mudah berlaku jika ada interaksi antara pembawa wabak dengan
orang lain yang sihat. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengingatkan negara-negara
dunia supaya membuat pemeriksaan yang ketat di pintu-pintu masuk sesebuah
negara bagi mencegah penularan wabak ini walaupun tindakan tersebut sedikit
sebanyak akan menjejaskan industri pelancongan sesebuah negara. Peringatan tersebut memang benar kerana ada
sesetengah negara memandang ringan terhadap wabak tersebut kerana bimbang sektor
pelancongan negara akan terjejas. Dalam hal ini kerajaan perlu mengutamakan
kesihatan penduduk terlebih dahulu kerana penawar bagi penyakit ini belum
ditemukan lagi. Jadi langkah pencegahan mampu mengelakkan penularan wabak H1N1,
SARS, selesema burung dan meningitis kerana mencegah lebih baik daripada
merawat.
Selain itu, negara-negara dunia sama ada negara
kaya atau miskin perlu mengadakan kerjasama antara satu sama lain bagi mencari
jalan untuk mengelakkan penularan wabak penyakit seperti H1N1, SARS, selesema
burung dan meningitis. Kerajaan sesebuah negara perlu menghantar saintis mereka
untuk membuat penyelidikan bagi mencari vaksin yang boleh mencegah penyakit-penyakit
tersebut. Setakat ini, pakar-pakar perubatan hanya memberikan penawar kepada
pesakit hanya untuk menguatkan antibodi badan mereka bagi melawan
penyakit-penyakit tersebut, tetapi penawar sebenar bagi mengubat
penyakit-penyakit ini belum lagi ditemukan. Jadi, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)
perlu menganjurkan pertemuan antara saintis seluruh dunia untuk menjana idea
bagi mencari penawar untuk merawat penyakit-penyakit berbahaya tersebut.
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki Moon semasa berucap
sempena Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu dua tahun lepas mengajak
ketua-ketua negara dunia supaya memainkan peranan yang lebih pragmatik bagi
menyediakan kesihatan yang terbaik kepada penduduk dunia. Beliau mengajak
negara-negara kaya di dunia membantu negara-negara miskin bagi menyediakan
kesihatan yang lebih baik kepada rakyat mereka. Saranan ini amat tepat
memandangkan negara-negara miskin di dunia tidak mampu untuk menyediakan
kemudahan kesihatan yang sempurna kepada rakyat mereka. Jadi negara-negara kaya
seperti Amerika Syarikat, Britain, Jepun, Perancis dan Rusia perlu membantu
mereka dengan menyediakan penawar bagi mencegah penularan wabak penyakit
tersebut. Jadi, sudah terang lagi bersuluh bahawa kerjasama antara negara di
dunia mampu mengekang penularan wabak penyakit seperti H1N1, SARS, selesema
burung dan radang otak yang kini telah menjadi ancaman kepada penduduk dunia. Setiap
usaha yang diambil pasti akan ada hasilnya jika dilakukan dengan bersungguh-sungguh
kerana di mana ada kemahuan di situ ada jalan.
thank you cikgu from warga SAKURA Kuching. :)
ReplyDeleteknp kesimpulan digabung skali dgn isi?
ReplyDeleteblh ke buat mcm tu dlm spm?
ReplyDeleteblh ke buat mcm tu dlm spm?
ReplyDeleteknp kesimpulan digabung skali dgn isi?
ReplyDelete