Liga Perdana Inggeris (EPL) sudah semakin hampir ke penghujungnya. Sepanjang bulan Mac perebutan kejuaraan EPL sangat sengit antara dua gergasi iaitu Manchester United mengekori rapat Manchester City yang gah di persada liga sejak awal saingan lagi. Kini nampaknya kejuaraan EPL dalam genggaman United yang telah mendahului City 5 mata. Ketika baki saingan hanya tinggal tujuh perlawanan lagi untuk ditamatkan, United tampak mempunyai kelebihan ke atas jiran mereka itu dan mampu melebarkan jurang itu kepada 8 mata jika dapat menewaskan pasukan yang berada di zon penyingkiran iaitu Queens Park Rangers (QPR) esok. Sekarang ini, keadaan nampak tidak menyebelahi City apabila pemain penyerang mereka Sergio Aguero mengalami kecederaan manakala Mario Balotelli pula asyik mencetuskan masalah sama ada dalam atau luar padang. Senario ini nampak mencemaskan pengurus mereka, Roberto Manciny apabila menganggap kecederaan yang dialami oleh Aguero sebagai 'bodoh' dan ingin 'menumbuk' Balotelli jika dia bermain dengannya. Walau bagaimanapun, United tidak boleh terlalu yakin dan mereka perlu mengekalkan kekuatan mental dalam menghadapi saat-saat genting seperti ini. Kejuaraan EPL dalam genggaman anda.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Assalamualaikum. Saya akan kemas kini blog ini dengan bahan bahasa Melayu SPM format baharu KSSM
-
Subjek merupakan konstituen dalam sesuatu ayat yang terdiri daripada satu perkataan atau beberapa perkataan yang berfungsi sebagai frasa na...
-
Soalan : Huraikan perwatakan bagi watak utama dalam novel yang telah anda kaji. Contoh jawapan: Novel yang saya kaji ialah novel Sutera D...
-
Soalan : Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, jelaskan nilai keberanian yang terdapat dalam novel tersebut. Novel yang saya kaji i...
No comments:
Post a Comment