Monday 30 April 2012

KERTAS KERJA JARINGAN SBT DENGAN SK TANJUNG JENERA



KERTAS KERJA
PROGRAM JARINGAN SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI (SBT) DENGAN
SEKOLAH KEBANGSAAN TANJONG JENERA UNTUK MENINGKATKAN PENCAPAIAN UPSR 2012

1.0             PENDAHULUAN

Pada bulan Februari 2011, Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra (SMSTMFP) telah diiktiraf sebagai salah sebuah Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) bagi kohort kedua. SBT ditakrifkan sebagai sekolah yang mempunyai etos, watak, identiti tersendiri dan unik serta menyerlah dalam semua aspek pendidikan. Fokus SBT adalah kepada lima bidang utama iaitu bidang kurikulum, kokurikulum dan koakademik, sahsiah dan kepimpinan, khidmat komuniti dan sekolah angkat serta pengantarabangsaan. SBT sebagai penanda aras kecemerlangan pendidikan akan menjadi contoh dan teladan kepada semua sekolah di negara ini terutamanya sekolah kebangsaan. Salah satu sub NKRA sekolah berprestasi tinggi ialah membantu sekolah sekitar yang mempunyai pencapaian rendah supaya meningkatkan pencapaian akademik. Sehubungan dengan itu, Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra akan dipertanggungjawabkan untuk meningkatkan pencapaian akademik di sekolah kebangsaan iaitu Sekolah Kebangsaan Tanjong Jenera, Bachok Kelantan.

2.0             MATLAMAT

2.1 Meningkatkan gred purata sekolah (GPS) dan peratus kelulusan sekolah.
2.2 Meningkatkan bilangan pelajar yang mendapat 5A dalam UPSR 2012
2.3 Meningkatkan peratus pelajar lulus semua mata pelajaran
2.4 Melonjakkan prestasi sekolah di peringkat PPD Bachok
2.5 Memantapkan kemahiran menjawab soalan peperiksaan UPSR
2.6 Meningkatkan motivasi murid untuk menghadapi UPSR tahun 2012
2.7 Memberi peluang kepada pelajar melakukan aktiviti kemasyarakatan

3.0             OBJEKTIF

3.1 Meningkatkan motivasi murid untuk menghadapi UPSR tahun 2012
3.2 Memantapkan kemahiran menjawab soalan peperiksaan UPSR dengan lebih berkesan dan mantap
3.3 Memantapkan penguasaan pengetahuan secara mendalam dan spesifik bagi semua mata pelajaran
3.4 Meningkatkan lagi semangat belajar secara bekerjasama dalam kumpulan
3.5 Meningkatkan kesungguhan murid untuk berjaya dalam UPSR tahun 2012
3.6 Memberi peluang kepada pelajar berhubung dengan masyarakat luar
3.7 Meningkatkan keyakinan diri apabila berhadapan dengan masyarakat luar
3.8 Mendedahkan kepada pelajar tentang aktiviti kemasyarakatan


4.0             KUMPULAN SASARAN

4.1 Semua murid tahun 5 SK Tanjong Jenera                  : 55 orang
4.2 Semua pelajar tingkatan 4 Lambda SMSTMFP          : 25 orang


5.0             TARIKH/ HARI

 9 NOVEMBER 2011 (RABU)


6.0             TEMPAT PROGRAM

SK Tanjong Jenera, Bachok, Kelantan

7.0             PENGISIAN PROGRAM

7.1 Ceramah Motivasi
7.2 Latihan Dalam Kumpulan (LDK)


8.0             AHLI JAWATANKUASA

Pengerusi                          : Tn. Hj. Shaffie b. Awang
bersama                              Pengetua SM Sains Tengku Muhammad Faris Petra

                                            En. Azhari b. Ismail
                                            Guru Besar SK Tanjong Jenera

Timbalan Pengerusi           : Tn. Hj. Mukhatar b. Mohd Noor
bersama                              PK SMSTMFP

                                            Pn. Hjh. Rohana bt. Ismail
                                          : PK SK Tanjong Jenera

Naib Pengerusi 1               : En. Ahmad b. Tajab
                                            PK HEM SMSTMFP

                                            Pn. Hjh. Ramlah bt. Yaacob
                                            PK HEM SK Tanjong Jenera

Naib Pengerusi 2               : Pn. Wan Atikah bt. Wan Abdullah
                                            PK Kokurikulum SMSTMFP

                                            En. Mohd Daud Salleh
                                            PK Kokurikulum SK Tanjong Jenera

Penyelaras                        : En. Aris Pazilah b. Harun

Setiausaha                       : En. Azaman b. Zakaria

AJK                                    : En. Anuar b. Mohd Noor
                                          : Pn. Wan Faezah bt. Wan Ab Ghani
                                          : En. Mohd Sabri b. Hamat
                                          : En. Zaini b. Mohamad
                                          : En. Wan Mohd Saidi Jaafar
                                          : Pn. Nik Sakinah Ismail
 
9.0             ANGGARAN PERBELANJAAN

Sumber – peruntukan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT)

BIL
PERKARA
AMAUN (RM)
JUMLAH
1
Bayaran makan dan minum pelajar SMSTMFP
25 orang X RM6.00 X 1 hari
RM150.00
2
Bayaran makan dan minum murid SK Tanjong Jenera
55 orang X RM6.00 X 1 hari
RM330.00
3
Bayaran makan guru (SMSTMFP dan SK Tanjong Jenera)
5 orang X RM6.00 X 1 hari
RM30.00
4
Banner
1 unit X RM200.00
RM200.00

5
Bayaran penceramah
1 orang X RM200.00
RM200.00
6
Fotostat bahan
55 salinan X RM2.00
RM110.00

7
Fail peserta
55 orang X RM1.00

RM55.00
JUMLAH
RM1075.00


10.0       TENTATIF PROGRAM

9 NOVEMBER 2011 (RABU)

7.00 – 8.00 pagi              - Bertolak dari SMSTMFP ke SK Tanjong Jenera
8.30 – 9.00 pagi              - Majlis perasmian
9.00 – 10.30 pagi            - Ceramah motivasi oleh YM Raja Zulkifli B. Raja Omar
                                            Kaunselor SMK Kubang Kerian 2
10.30 – 11.00 pagi          - Minum pagi
11.00 – 12.00 tgh           - Latihan Dalam Kumpulan (LDK)
                                            Keseronokan Belajar di SBP
12.00  – 1.00 ptg             - Latihan Dalam Kumpulan (LDK)
                                            Bina Matlamat Diri dan  Bina Keyakinan Diri
1.00 ptg                            - Majlis Penutup dan Penilaian Program
                                            Bertolak pulang dari SK Tanjong Jenera ke SMSTMFP






   Disediakan oleh;                                                             Disahkan oleh;



(AZAMAN BIN ZAKARIA)                                                (HJ. SHAFFIE BIN AWANG)
Setiausaha program                                                    Pengetua SMSTMFP

No comments:

Post a Comment

ASPEK KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

ASPEK KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ASPEK KOMSAS PERNYATAAN HURAIAN PEMIKIRAN Semangat cinta...