PENGIKUT

Friday, 20 April 2012

KARNIVAL 1 MURID 1 SUKAN FARIS PETRA


Hari ini, 21 April 2012 (Sabtu) merupakan hari persekolahan bagi SM Sains Tengku Muhammad Faris Petra bagi menggantikan cuti pada hari raya nanti. Pihak pengurusan sekolah merancang untuk mengadakan Karnival 1Murid 1Sukan peringkat sekolah. Maknanya hari ini semua guru dan pelajar berpakaian sukan bagi menjayakan program tersebut. Jawatankuasa pelajar yang terdiri daripada kapten rumah merancang beberapa jenis sukan untuk dipertandingkan seperti bola sepak, bola keranjang, bola baling, bola jaring, sepak takraw, bola tampar, ping pong dan badminton. Pertandingan yang dijalankan mengikut rumah akan bermula jam 8.00 pagi dan berakhir jam 12.00 tengah hari.

No comments:

Post a Comment