Thursday 12 April 2012

RAGBI 10 SEBELAH ANTARABANGSA DI FARIS PETRA...



Tanggal 12 April 2012, mesyuarat penyelarasan Karnival 1Murid 1Sukan Sekolah Berasrama Penuh telah berlangsung di Faris Petra bermula 10 pagi hingga 1.00 petang bertempat di Bilik Gerakan. Sempena karnival tersebut, Faris Petra telah diberi tanggungjawab pada tahun ini untuk menjadi tuan rumah bagi Kejohanan Ragbi 10 Sebelah peringkat antarabangsa yang akan berlangsung pada 11 - 15 Julai 2012. Semua peserta yang terdiri daripada 59 buah Sekolah Berasrama Penuh seluruh negara akan berkampung di bumi Faris Petra sepanjang karnival tersebut. Kejohanan kali ini turut dimeriahkan dengan kehadiran pasukan ragbi dari Thailand, Singapura, Brunei dan Indonesia yang merupakan julung kali penyertaan pasukan antarabangsa. Mesyuarat yang turut dihadiri En. Hamzani Suein, Ketua Unit Kokurikulum Bahagian Sekolah Berasrama Penuh Dan Sekolah Kecemerlangan itu telah dapat menyelaras serta menyelesaikan beberapa perkara yang menjadi hambatan dalam menjayakan kejohanan tersebut. Penulis mengharapkan kejohanan ini akan berlangsung dengan jayanya di bumi Faris Petra. 

No comments:

Post a Comment

ASPEK KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

ASPEK KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ASPEK KOMSAS PERNYATAAN HURAIAN PEMIKIRAN Semangat cinta...