Penulis terpanggil untuk menyatakan sokongan kepada Tan Sri Annuar Musa yang telah digantung dua tahun setengah daripada menjalankan tugas sebagai Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), berkuat kuasa serta-merta setelah didapati bersalah membuat kenyataan media tanpa izin dan melanggar arahan mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif (EXCO), 4 Februari 2012 yang lalu. Penulis bersimpati dengan nasib Tan Sri Annuar Musa yang banyak memainkan peranan membangunkan bola sepak negeri Kelantan dan Malaysia. Apa yang penulis tidak faham mengenai hukuman tersebut ialah Tan Sri Annuar Musa tidak boleh membuat rayuan atas hukuman yang dikenakan. Maknanya Tan Sri Annuar Musa tidak dapat membela diri dan keadilan telah dinafikan. Penulis dan ramai lagi peminat bolasepak Kelantan sentiasa berada di belakang Tan Sri. Teruskan perjuangan Tan Sri merealisasikan stadium baharu di Kelantan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Assalamualaikum. Saya akan kemas kini blog ini dengan bahan bahasa Melayu SPM format baharu KSSM
-
Subjek merupakan konstituen dalam sesuatu ayat yang terdiri daripada satu perkataan atau beberapa perkataan yang berfungsi sebagai frasa na...
-
Soalan : Huraikan perwatakan bagi watak utama dalam novel yang telah anda kaji. Contoh jawapan: Novel yang saya kaji ialah novel Sutera D...
-
Soalan : Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, jelaskan nilai keberanian yang terdapat dalam novel tersebut. Novel yang saya kaji i...
No comments:
Post a Comment