Penulis terpanggil untuk melontarkan idea tentang prestasi pasukan kebangsaan Harimau Malaya kita. Tulisan ini dibuat atas keprihatinan penulis terhadap nasib yang menimpa Tan Sri Annuar Musa yang telah dijatuhkan hukuman dua setengah tahun dalam FAM dan KAFA. Pada penulis walaupun isu ini sudah lama dan seolah-olah telah dilupakan tetapi sebagai anak jati Kelantan penulis masih menghargai jasa Tan Sri Annuar Musa yang telah menaikkan semula imej pasukan Kelantan di peringkat nasional dan antarabangsa. Sumbangan beliau tidak dapat dinafikan kecuali mereka yang tidak memahami jasa dan pengorbanan Tan Sri. Apa yang menjadi minat penulis untuk melontarkan idea di sini adalah 'ranking' pasukan kebangsaan terus merudum. Kita nampak bahawa prestasi pasukan kebangsaan semakin merosot kerana terus jatuh daripada kedudukan ke-148 tahun lalu kepada kedudukan ke-156 tahun ini. Penulis barasa pelik kerana setiausaha Agung FAM masih menganggap kedudukan 'ranking' terkini pasukan negara tidak perlu dibimbangkan. Penulis menganggap pemikiran sedemikian tidak tepat kerana penulis masih ingat sasaran pihak pengurusan FAM adalah untuk melihat Malaysia layak ke pertandingan Piala Dunia pada tahun 2014. Maknanya masih ada dua tahun lagi pasukan negara perlu membuat persiapan bagi melayakkan diri bertanding di peringkat Piala Dunia.
Jika 'rangking' ke-156 menjadi ukuran, penulis merasakan masa semakin suntuk buat pasukan negara. Lagipun mana ada pasukan Eropah yang berminat untuk melawan Malaysia kerana mereka akan mencari pasukan yang 'ranking' lebih baik daripada mereka. Mereka akan merancang perlawanan persahabatan untuk membaiki 'ranking' mereka. Hal ini berbeza dengan pasukan negara kerana merancang pertemuan dengan pasukan senegara seperti negeri Sarawak dalam perlawanan persahabatan. Maknanya perlawanan tersebut tidak mengubah 'ranking' pasukan kebangsaan. Kita perlu menempatkan diri pada kedudukan ke-100 dunia terlebih dahulu jika ingin melawan pasukan Eropah dalam perlawanan persahabatan. Jika kedudukan kita pada tahap sekarang maka hasrat untuk melihat pasukan negara bermain di Piala Dunia akan berkubur. Penulis mohon supaya pengurusan FAM bersifat telus dan menerima kritikan kerana setiap kritikan yang diberi adalah untuk kebaikan negara. Jika pasukan kita mara ke Piala Dunia maka Malaysia juga yang akan dikenali.
No comments:
Post a Comment