Monday, 23 April 2012

WACANA ATAU WAHANA....?

 KEKELIRUAN KATA DAN MAKNA


Wacana - bermaksud  1. keseluruhan tutur kata yang merupakan suatu kesatuan, ucapan pertuturan atau percakapan. 2. Kesatuan fikiran yang utuh sama ada dalam bentuk lisan atau tulisan.

Contoh ayat:

i. Hari ini, kita dapat menyaksikan betapa sukarnya untuk mengumpulkan khalayak bagi tujuan memeriahkan dan menjayakan wacana ilmu.

ii. Kita merindui dunia kritikan sastera yang dibajai oleh pengetahuan tentang teori dan wacana sastera yang mendalam, dan pembacaan karya sastera yang banyak.


Wahana - bermaksud saluran atau perantaraan yang memungkinkan sesuatu dilakukan, disampaikan atau dicapai.

Contoh ayat:

i. Media massa menjadi wahana penting dalam menyampaikan maklumat dan berita penting.

ii. Lukisan kartun sering digunakan orang sebagai wahana propaganda.


(Sumber : Dewan Bahasa dan Pustaka)

No comments:

Post a Comment

ASPEK KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

ASPEK KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ASPEK KOMSAS PERNYATAAN HURAIAN PEMIKIRAN Semangat cinta...