Lihat gambar di bawah dengan teliti.
Huraikan pendapat anda tentang kebaikan makan bersama-sama keluarga. Panjangnya
huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.
KEBAIKAN MAKAN BERSAMA-SAMA KELUARGA
·
Memupuk nilai murni
·
Mengeratkan hubungan kekeluargaan
·
Berkongsi cerita dan pengalaman
Meniti arus
globalisasi yang pantas berubah dan berkembang ini, kita sering melihat di
dada-dada akhbar, menonton di kaca televisyen serta mendengar di corong-corong
radio berkaitan dengan amalan makan bersama-sama keluarga yang sudah kurang
diamalkan oleh masyarakat kini. Rancangan Wanita Hari Ini yang pernah bersiaran
melalui saluran TV3 pernah memaparkan dokumentari berkaitan dengan kehidupan
seorang nenek tua yang mengamalkan amalan makan bersama-sama dengan 30 orang
ahli keluarganya di dalam sebuah rumah yang sama. Nenek itu sangat berpegang
pada prinsip Rumahku Syurgaku, iaitu keluarga adalah harga yang paling penting
berbanding segala perkara yang wujud di muka bumi ini. Persoalannya, apakah kebaikan
amalan makan bersama-sama keluarga kepada ahli keluarga? Saya akan kupas
persoalan ini dalam perenggan yang seterusnya.
Kebaikan yang utama
daripada amalan makan bersama-sama keluarga adalah dapat mengeratkan hubungan
kekeluargaan dalam sesebuah keluarga. Hubungan yang akrab antara orang yang
tinggal sebumbung amat vital dalam mewujudkan keharmonian sesebuah keluarga.
Sebagai analoginya, apabila ahli keluarga makan bersama-sama, mereka tidak
dibenarkan berdiri untuk mengambil makanan yang jauh daripada kerusinya. Jadi
ahli keluarga itu akan meminta pertolongan daripada ahli keluarga yang lain
supaya menghulurkan lauk yang diingininya. Kesannya, adab ketika makan ini akan melahirkan nilai
tolong-menolong yang akhirnya akan mengeratkan lagi hubungan antara ahli
keluarga tersebut. Walaupun amalan ini agak sukar untuk diamalkan dalam situasi
kehidupan masa ini tetapi amalan ini wajar diteruskan oleh sesebuah keluarga
kerana dapat mewujudkan keakraban dalam keluarga. Jika hal ini biasa dilakukan,
nescaya ahli keluarga akan terbiasa kerana alah bisa tegal biasa. Jadi,
benarlah bahawa hubungan kekeluargaan dapat dieratkan apabila ahli keluarga
makan bersama-sama.
Di samping itu,
kebaikan makan bersama-sama keluarga yang lain ialah ahli keluarga khususnya
anak-anak dapat berkongsi cerita dan pengalaman masing-masing. Dalam konteks
ini, cerita yang dapat dikongsikan ialah peristiwa yang pernah dilalui oleh
ahli keluarga suatu masa dahulu. Mereka juga boleh berkongsi kisah yang pernah
dialami oleh orang lain ataupun menceritakan perancangan keluarga untuk
dilakukan pada masa akan datang. Misalnya, anak-anak berpeluang untuk berkongsi
kronologi peristiwa yang berlaku sepanjang waktu persekolahan pada hari
tersebut ketika sedang makan malam dengan ahli keluarga yang lain. Sekiranya
ada ahli keluarga yang ingin meluahkan perasaan yang terpendam, mereka boleh
menceritakan perkara tersebut semasa makan bersama-sama. Ibu bapa yang
mendengar cerita tersebut akan cuba menasihatinya supaya keadaan tidak akan
menjadi lebih parah. Impaknya stress atau kemurungan yang dialami oleh
anak-anak akan berjaya diatasi. Menurut laporan Kementerian Kesihatan Amerika
Syarikat, masalah kemurungan dalam kalangan remaja berusia 12 hingga 20 tahun
perlu diberi perhatian kerana kes bunuh diri akibat kemurungan semakin
meningkat. Jadi amalan makan bersama-sama keluarga perlu dipraktikkan di rumah
melihatkan kepada manfaatnya kepada ahli keluarga.
Seterusnya,
dapat memupuk nilai murni dalam diri setiap individu adalah kebaikan lain
apabila ahli keluarga mampu mengimplimentasikan amalan makan bersama-sama
keluarga. Memetik kata-kata Saidina Ali bahawa kecantikan seseorang itu
bukanlah dilihat dari segi pemakaiannya tetapi sebenarnya berdasarkan budi
pekerti dan akhlak peribadinya. Kata-kata ini menunjukkan bahawa nilai murni
yang disemai dalam diri amat mempengaruhi persepsi masyarakat hari ini terhadap
seseorang. Sebenarnya, terdapat pelbagai adab ketika makan bersama-sama yang
telah diajar oleh nenek moyang kita. Apabila makan bersama-sama, ibu atau bapa
boleh menunjukkan atau menerangkan etika apabila makan bersama-sama. Sebagai
contoh, ahli keluarga yang sudah berada di meja makan tidak boleh makan dahulu
jika ahli keluarga lain belum ada lagi. Mereka hanya boleh makan bersama-sama
jika semua ahli keluarga sudah berkumpul. Dalam hal ini nilai murni seperti
hormat-menghormati, bertimbang rasa dan kesabaran dapat dijelmakan apabila ahli
keluarga makan bersama-sama. Implikasinya, penerapan nilai-nilai murni dapat
diterapkan oleh ibu bapa kepada anak-anak secara tidak langsung dalam sesebuah
keluarga. Sudah terang lagi bersuluh, amalan makan bersama-sama mampu memupuk
nilai-nilai murni dalam diri ahli keluarga apabila mereka duduk bersama-sama.
Kesimpulannya,
terdapat heterogen manfaat yang akan diperoleh setiap individu yang
mempraktikkan amalan makan bersama-sama keluarga di rumah. Menyedari hakikat
kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya, menjadi satu obligasi
kepada setiap ahli keluarga untuk merealisasikan amalan ini secara bersungguh-sungguh
seperti genggam bara api biar sampai jadi arang dan bukan hangat-hangat tahi
ayam sahaja. Sesungguhnya, aspirasi negara untuk mewujudkan institusi
kekeluargaan yang sakinah perlu direalisasikan demi memacu negara kea rah lebih
maju dari segi peradaban jiwa dan negara.
Karangan ini adalah hasil tulisan anak didik saya Muhammad Azim Mustaqim b. Hashim
Bagusss ! Terima kasih :D
ReplyDeleteTq very much 😃😃😄😄🥰🥰
ReplyDeleteIt help me for my health🥰🥰🥰🥰🥰😀😀😄😄😃^_^😃♡♥~♥~
ReplyDeleteTerima kasih kamu yang tolong sya
ReplyDelete