Thursday 2 April 2020

MAKSUD SAJAK WWW.SIBERMERDEKA.COM.MY


Oleh : Abdul Ghafar Ibrahim

SAJAK
MAKSUD
Dalam kebun diriku
     aku tanam saujana rancangan
     untuk memerdekakan warga susahku
     hidup menentang senja dan malam.

Penyajak menganggap dirinya seperti kebun
Penyajak membuat perancangan jangka panjang
Untuk membebaskan dirinya daripada kesusahan
dan sentiasa menempuh pelbagai cabaran
Dalam parlimen diriku
     aku bahas isu onak dan enak
     untukku merdekakan warga fikirku
     mengelak hidup dikotak-katikkan.

Penyajak menganggap dirinya seperti parlimen
Membincangkan pelbagai perkara yang membelenggu
Supaya pemikirannya menjadi lebih terbuka
Bagi menghalang hidupnya daripada dipermain-mainkan

Dalam laut diriku
     ombak gelora menampar pantai aman
     untuk menguji amal dan iman.
Penyajak menganggap dirinya seperti laut
Sentiasa berhadapan dengan pelbagai cabaran
Sehingga teruji keimanan dan amalan

Dalam gergasi diriku
     terpedaya jua oleh permainan si kancil
     namun sempat sedar dan beringat lagi.
Penyajak menganggap dirinya kuat
Tetapi terpedaya juga oleh helah orang yang kecil
Namun penyajak cepat sedar akan helah itu dan cuba menjadikannya sebagai pengajaran

Dalam pentas diriku
     aku berlatih menangkis angin
     aku berlatih memunggah awan
     menghayati skrip demi skrip
     yang tak diduga klimaksnya.

Penyajak menganggap dirinya seperti pentas
Penyajak berusaha menongkah cabaran
Penyajak berusaha menggapai impian
Penyajak menghayati setiap peristiwa yang berlaku
Kadang-kadang penyajak tidak sedar peristiwa itu adalah kemuncak hidupnya

Dalam dewan diriku
     aku tak cemas lagi
     oleh kata yang mengekang
     aku tak lemas lagi
     oleh kata yang menyerang

Penyajak menganggap dirinya seperti dewan
Penyajak tidak gusar lagi
Dengan kata-kata yang boleh menghalang
Penyajak tidak tenggelam lagi
Dengan kata-kata yang menghina
Apabila sibermerdeka sampai
     ke rumah cabaranku
     aku panggil diriku bermesyuarah
     menyokong, berkecuali atau menentang
     aku ambil keputusan
     waktu itu aku kenal batas diri
     untuk tidak mengulangi kekalahan.

Apabila arus globalisasi tiba
Ke dalam kehidupan penyajak yang mencabar
Penyajak mengajak dirinya berbincang
Untuk bersetuju, berkecuali atau menolak
Penyajak telah membuat keputusan
Pada masa itu penyajak mengenali keterhadan dirinya
Penyajak tidak akan menyerah kalah
Kini, kapal diriku telah berlabuh di pangkalan usia
     aku turun darinya menghadapi hidup nyata
     peristiwa datang peristiwa pergi
     bagai siang memanggil malam
     dan sibermerdeka terus berkaca
     terus mengalirkan arus ingatan
     elakkan dirimu menjadi sia-sia
     hamparkan dirimu di persada Tuhan.

Kini penyajak telah berusia
Penyajak cuba berhadapan dengan kehidupan realiti
Peristiwa yang membelenggu diri penyajak akan silih berganti
Sepeti perubahan siang dan malam
Arus globalisasi terus bertapak
Dalam kehidupan manusia sebagai peringatan
Penyajak mengajak supaya kita mengelakkan diri daripada perkara yang tidak berfaedah
Penyajak mengajak supaya kita mendekatkan diri dengan Tuhan




No comments:

Post a Comment

ASPEK KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

ASPEK KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ASPEK KOMSAS PERNYATAAN HURAIAN PEMIKIRAN Semangat cinta...