Sunday 5 April 2020

ASPEK KOMSAS CERPEN KADUK AYAM DAN RAJA


ASPEK KOMSAS KADUK AYAM DAN RAJA


ASPEK KOMSAS
PERNYATAAN
HURAIAN

TEMA
Ketabahan anak muda menceburi bidang keusahawanan
Hakim berusaha dengan gigih untuk menjalankan projek ternakan ayam walaupun terpaksa menempuh pelbagai cabaran daripada syarikat RAJA yang mengaut keuntungan








PERSOALAN
Sikap raja yang tidak berperikemanusiaan
Raja sanggup mengambil tanah rakyatnya yang miskin termasuk tanah Kaduk
Tanggungjawab menjaga hak warisan keluarga
Hakim bertanggungjawab menuntut hak milik tanah datuknya kerana tanah itu adalah warisan keluarga yang dirampas oleh Raja
Kerjasama untuk menegakkan keadilan
Hakim bekerjasama dengan rakannya Azam untuk menuntut hak milik tanah datuknya di mahkamah
Penglibatan golongan muda dalam bidang pertanian
Hakim seorang graduan merancang untuk memanfaatkan tanah datuknya dengan menternak ayam secara pertanian kontrak
Kepentingan sektor pertanian kepada masyarakat dan negara
Hakim menceburi bidang penternakan ayam kerana negara memerlukan banyak pengeluaran makanan daripada diimport
Ketabahan menghadapi risiko dalam bidang penternakan
Hakim menyatakan banyak risiko yang dihadapi dalam penternakan tetapi dia terus berusaha untuk membekalkan makanan
Monopoli orang tengah untuk mengaut keuntungan
Hakim menyatakan syarikat RAJA mengaut keuntungan berlipat ganda kerana Hakim perlu mengikut syarat yang ditetapkan











WATAK & PERWATAKAN


















HAKIM
Anak Hassan, cucu Kaduk
Belajar di universiti


Seorang yang terpelajar





Hakimbelajar hingga ke Universiti. Hakim semakin sedar betapa banyak ketidakadilan yang berlaku di sekelilingnya
Seorang yang bijaksana
Hakim menganggap datuknya dianiaya dan mula mengatur strategi untuk menuntut hak yang dirampas oleh Raja
Seorang yang bertanggungjawab
Hakim bertanggungjawab menuntut kembali tanah datuknya untuk membersihkan nama dan menebus maruah datuknya yang diejek
Seorang yang berpandangan jauh
Hakim menceburi bidang penternakan ayam kerana menyahut seruan negara yang memerlukan banyak pengeluaran makanan
Seorang yang gigih
Hakim gigih menyiapkan reban ayam  selain turun naik bank serta meminda kertas kerja beberapa kali agar pinjaman diluluskan
Seorang yang tabah
Hakim tabah menghadapi risiko dalam bidang penternakan ayam tetapi dia terus berazam untuk meneruskan usaha tersebut
Seorang yang bersyukur
Hakim bersyukur kerana tanah datuknya telah menjadi miliknya secara sah
AZAM
Kawan Hakim
Pelajar jurusan undang-undang

Seorang yang petah berhujah





Azam dengan lidah yang fasih telah berhujah di mahkamah berbekalkan segala bukti yang kukuh
Seorang yang bijaksana
Azam bijak berhujah di mahkamah sehingga mehkamah memutuskan tanah datuk Hakim menjadi milik Hakimyang sah
Seorang yang setiakawan
Azam memberikan kata-kata semangat kepada Hakim agar menjadi penternak berjaya
Seorang yang prihatin
Azam menanyakan perkembangan bidang penternakan ayam yang diusahakan oleh Hakim dan mendengar masalah Hakim




















LATAR
LATAR MASA

Zaman dahulu


Raja sanggup mengambil tanah Kaduk walaupun ayam laga Kaduk menang dalam pertandingan menyabung ayam
Zaman merdeka
Anak dan cucu Kaduk hidup pada zaman merdeka dan sempat mengecapi kemajuan negara
10 bulan
Azam mengikuti kursus selama 10 bulan di luar negara
Setahun
Azam datang berjumpa dengan Hakim setelah setahun Hakim menjadi penternak
LATAR TEMPAT

Tanah di hujung kampung


Tanah datuknya seluas empat ekar di hujung kampung dan di tepi belukar itu menjadi milik Hakim yang sah
Mahmakah
Hakim memfailkan saman menuntut hak milik tanah Kaduk di mahkamah
Reban ayam
Azam berjumpa dengan Hakim di reban ayam setelah setahun Hakim menjadi penternak
LATAR MASYARAKAT

Masyarakat raja


Raja merampas ayam Kaduk walaupun ayam Kaduk menang
Masyarakat penternak
Hakim melibatkan diri dalam bidang penternakan ayam setelah berjaya menuntut tanah milik datuknya
Masyarakat orang tengah yang mengaut keuntungan
Syarikat RAJA mengenakan pelbagai syarat kepada Hakim sehingga Hakim dihimpit dengan hutang
Masyarakat yang terpelajar
Hakim dan Azam adalah graduan universiti
Masyarakat yang bijaksana
Azam bijak berhujah di mahkamah sehingga Hakim menjadi pemilik tanah datuknya yang sah





NILAI
Kebijaksanaan
Azam bijak berhujah di mahkamah sehingga mahkamah memutuskan Hakim menjadi pemilik tanah datuknya yang sah
Tanggungjawab
Hakim memfailkan saman untuk menuntut kembali tanah datuknya di mahmakah kerana ingin membersihkan nama datuknya
Kerjasama
Hakim bekerjasama dengan rakannya Azam untuk menuntut kembali yanah datuknya di mahkamah
Keprihatinan
Azam berjumpa dengan Hakim untuk mengetahui perkembangan bidang perternakan ayam yang diceburi oleh Hakim
Ketabahan
Hakim tanah menceburi bidang penternakan ayam walaupun banyak risiko yang terpaksa dilaluinya






PENGAJARAN
Kita hendaklah bijak mengatur strategi supaya pihak lawan dapat ditewaskan
Azam bijak berhujah di mahkamah sehingga mahkamah memutuskan Hakim menjadi pemilik tanah datuknya yang sah
Kita hendaklah bertanggungjawab menegakkan kebenaran demi maruah
Hakim menuntut hak tanah datuknya di mahkamah kerana ingin membersihkan nama datuknya
Kita hendaklah bekerjasama untuk menegakkan kebenaran bagi meringankan beban
Hakim bekerjasama dengan rakannya Azam untuk menuntut kembali yanah datuknya di mahkamah
Kita hendaklah prihatin dengan kesusahan rakan supaya bebannya dapat diringankan
Azam berjumpa dengan Hakim untuk mengetahui perkembangan bidang perternakan ayam yang diceburi oleh Hakim
Kita hendaklah tabah menghadapi cabaran agar kejayaan dapat dicapai
Hakim tabah menceburi bidang penternakan ayam walaupun banyak risiko yang terpaksa dilaluinya




No comments:

Post a Comment

ASPEK KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

ASPEK KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ASPEK KOMSAS PERNYATAAN HURAIAN PEMIKIRAN Semangat cinta...