GELANGGANG
Oleh Onn Malini
SAJAK
|
MAKSUD
|
Ini gelanggang kita
yang diwariskan oleh pendekar-pendekar datuk moyang
lebih lima dekad yang lalu
satu persepakatan kaun untuk diturunkan kepada anak
cucu
di kemudian hari.
|
Penyajak menyatakan bahawa inilah tanah air kita
Yang diwarisi daripada pejuang-pejuang
Nenek moyang kita lebih lima dekad yang lalu
Ianya terbina daripada kesepakatan kaum
Tanah air ini dibina untuk diwariskan kepada anak cucu
pada masa hadapan
|
Hari ini kitalah pewaris gelanggang yang terbina dari
keringat dan air mata
dengan gelanggang inilah negara aman makmur rakyat
berpadu
kita pelihara gelanggang ini dengan kejap sepenuh hati
kita mempertahankan kedaulatan watan dari anasir jahat
kerana telah terbukti dapat menyatupadukan pelbagai
keturunan.
|
Hari ni penyajak menyatakan kitalah yang menjadi
pewaris tanah air ini yang terbina daripada titik peluh dan air mata
Tanah air kita ini menjadi aman, makmur dan rakyat
bersatu padu
Penyajak mengajak supaya kita menjaga tanah air ini sebaik
mungkin
Penyajak mengajak kita mempertahankan kedaulatan negara
kita ini daripada perbuatan jahat
Kerana tanah air kita ini terbina daripada perpaduan
pelbagai kaum
|
Para pendekar kita harus berani berjuang menangkis tohmahan
demi mempertahankan maruah gelanggang keramat suci ini
suara-suara momokan sumbang memperlekehkan menyentuh
hati nurani
kita sanggah nyah tanpa kompromi dari menggugah
gelanggang
jangan sekali bermain api kelak membinasakan diri
sendiri.
|
Para pejuang tanah air perlu berani berjuang
Untuk menepis kata-kata cacian
Demi mempertahankan maruah tanah air kita yang suci ini
Suara-suara yang menghina
Dan memperlekehkan negara sehingga tersentuh hati
hendaklah kita buang jauh-jauh tanpa tolak ansur daripada menggugat tanah air
kita
Jangan sesekali kita melakukan perkara yang boleh
membangkitkan kemarahan
Kerana kelak akan memusnahkan diri
|
Marilah para pahlawan setia kita kukuhkan ukhuwah
elakkan pertelingkahan sesama sendiri
|
Penyajak menyeru supaya para pejuang yang setia
Mengukuhkan hubungan
Dan mengelakkan perbalahan sesama sendiri
|
Kitalah pewaris abadi yang menjunjung amanah ini
agar kecemerlangan tercerna di persada arena
terus memacu kejayaan demi maruah harga jati diri
membina sebuah negara bangsa yang harmoni dan dihormati
kita junjung dan taat hingga ke akhir hayat
|
Penyajak menyatakan bahawa kitalah yang menjadi pewaris
kekal untuk menjunjung maruah negara sebagai amanah yang perlu dipikul
Supaya terus cemerlang di pentas antarabangsa
Dan terus memacu kejayaan demi mengangkat maruah diri
Penyajak mengajak kita membina sebuah negara yang
harmoni dan dihormati
Penyajak mengajak supaya kita menjunjung dan patuh
kepada negara sehingga penghujung usia
|
Bagus betul maksud sajak dalam blog ni..buat saya betul² faham maksud sajak
ReplyDelete