Friday, 14 October 2011

WATAK DAN PERWATAKAN NOVEL RENYAH


WATAK UTAMA

DATUK DOLHI

PERWATAKAN LUARAN

WATAK
PERNYATAAN








         DATUK DOLHI



-           Berusia enam puluhan
-           Mempunyai 5 orang anak, 4 lelaki dan seorang perempuan, iaitu Hasnol, Amera, Ilham, Mukhlis dan Dani
-           Isterinya bernama Datin Tominah
-           Isteri kedua bernama Mastura, seorang peranakan Arab yang dinikahinya secara senyap-senyap
-           Mempunyai anak bersama Mastura, iaitu Wahi
-           Memiliki syarikat perniagaan sendiri yang dinamakan Dolhi-Albert Holding
-           Usahawan berjaya dan terkenal seluruh dunia
-           Tokoh korporat dan tiada tandingan dengan orang lain
-           Sering terpampang di dalam akhbar, majalah dan jurnal niaga
-           Menjadi rakan kongsi perniagaan dengan Albert Lee
-           Terlibat dalam perniagaan pembalakan di Sarawak dan kawasan perumahan di Bukit Seguntang
-           Pernah bertugas sebagai pegawai kerajaan dengan menjawat jawatan pengarah urusan
-           Penceramah yang hebat
-           Tidak loket ilmu







PERWATAKAN DALAMAN

PERNYATAAN
HURAIAN

Gigih
Berusaha meluaskan perniagaannya sehingga ke luar negara walaupun usianya menjangkau 60-an dan mengalami masalah kesihatan demi masa depan anak-anaknya

Robert Lee berjaya menjawat jawatan pengurus di syarikat Dolhi-Albert Holding dengan bermula dari bawah sebagai kerani, juru jual dan penyelia bengkel terlebih dahulu.

Bersemangat tinggi
Mahu orang Melayu mengubah sikap supaya tidak cepat berpuas hati dengan apa yang dimiliki dan mengambil sikap seperti orang Cina yang mendidik keluarga mereka dalam suasana berniaga

Walaupun sudah tua, Datuk Dolhi masih bersemangat memeriksa projek, menghadiri seminar, ke luar negara mencari peluang perniagaan dan rakan kongsi
Tabah/sabar
Datuk Dolhi tabah menghadapi saat-saat yang menyukarkan dalam hidupnya apabila anak-anaknya ditimpa masalah yang memalukan diri dan keluarganya, tetapi dia berjaya menempuhnya dengan tenang.


Setiakawan
Datuk Dolhi dan Albert Lee sangat akrab dalam persahabatan mereka sehingga mengangap Albert Lee sebahagian daripada keluarganya. Pernah Hasnol dan Amera ingin dijodohkan dengan anak Albert Lee untuk mengukuhkan ikatan tersebut.

Berpengetahuan luas
Datuk Dolhi banyak membaca kerana sering diundang menyampaikan ceramah atau mebentangkan kertas kerja. Baginya tanpa pembacaan, pengalaman yang baik tidak dapat disusun dengan jitu. Ketika berceramah dia tampil dengan idea-idea yang bernas dan menjadi jurucakap yang aktif dalam seminar

Berfikiran positif
Datuk Dolhi suka memberi nasihat kepada kliennya bahawa tiada jalan mudah menuju kejayaan dan kekayaan. Pemikiran yang kreatif dan strategi yang tepat akan membawa seseorang usahawan kepada kejayaan. Dia suka memotivasikan usahawan-usahawan muda dengan pemikiran yang positif.

Hormat-menghormati
Datuk Dolhi menghormati tokoh-tokoh pemimpin negara seperti Perdana Menteri Dr. Mahathir Mohamed dan tokoh-tokoh Barat dan Jepun serta menjadikan mereka sebagai kata-kata pada permulaan ceramahnya.

Datuk Dolhi meminta pendapat setiausahanya, Rozie tentang KMM dan cara terbaik untuk dilaksanakan di syarikat mereka tanpa meninggalkan identiti sendiri.

Datuk Dolhi mengambil kesempatan rombongan presiden negara Islam bekas Soviet untuk melebarkan sayap perniagaan di sana dengan meraikan mereka makan tengah hari di sebuah tempat ekslusif

Patriotik
Datuk Dolhi lebih suka menggunakan kereka saga limosin barunya buatan Malaysia ke majlis-majlis rasmi kerana dia lebih mengutamakan barangan buatan tempatan. Dalam hal berpakaian, dia lebih suka menggunakan batik Kelantan kerana buatannya juga bermutu tinggi.


Berpandangan jauh/ berhati-hati sebelum membuat keputusan
Datuk Dolhi meminta isterinya memikirkan semamak-masaknya sebelum bersetuju membuka butik untuk mengelakkan kerugian pada akan datang. Padanya daripada rugi, lebih baik wang tersebut dibelanjakan untuk membela anak yatim

Datuk Dolhi ragu-ragu keikhlasan Albert Lee hendak menjodohkan Robert dengan anaknya, Amera kerana memikirkan ada maksud lain di sebalik perkahwinan tersebut. Sebab itulah dia menyerahkan kepada Amera untuk membuat keputusan sendiri.
Amanah
Datuk Dolhi tidak memberi wang syarikat kepada Hasnol dan Mukhlis walaupun syarikat tersebut adalah kepunyaannya kerana beberapa prosedur perlu diikuti dan tidak boleh mengeluarkan wang sewenang-wenangnya
Penyayang
Datuk Dolhi menyerahkan kepada Amera membuat keputusan dalam hal memilih jodohnya walaupun Albert Lee ingin menjodohkan dengan anaknya, Robert. Datuk Dolhi tidak mahu memaksa anaknya dan berharap Amera akan menemui orang yang baik sebagai pasangan hidup.

Datuk Dolhi menikahi Mastura yang dikenalinya sejak belajar di universiti selepas setahun berkahwin dengan Datin Tominah kerana rasa sayang dan tanggungjawab kepada Mastura

Datuk Dolhi teringat dan ingin sangat bercakap dengan Wahi apabila mengenangkan anaknya itu dan apabila resah menghadapi masalah dengan anak-anaknya yang lain
Teguh pendirian
Datuk Dolhi tetap dengan pendiriaannya tidak akan membiayai pemergian Mukhlis ke seluruh dunia walaupun dipujuk oleh rakan-rakan Mukhlis yang datang ke rumah Datuk Dolhi
Mempertahankan prinsip perjuangan Islam yang sebenar
Datuk Dolhi menempelak Mukhlis dan rakan-rakannya yang kononnya berjuang menegakkan Islam sebaliknya merosakkan nama baik Islam kerana mundar mandir tanpa tujuan. Islam menuntut supaya umatnya berilmu dan beramal dan berusaha memajukan diri bukan seperti yang dilakukan oleh Mukhlis
Simpati/prihatin
Datuk Dolhi menyara Wahi sejak dilahirkan sehingga bekerja dengannya kerana perasaan simpatan kepada anaknya itu yang tidak mendapat kemewahan berbanding dengan anak-anaknya yang lain
Reda/menerima kenyataan
Datuk Dolhi reda dengan tindakan yang akan diambil oleh pihak berkuasa terhadap Ilham kerana masalah yang dicetuskannya dan akan bercuti untuk memudahkan pihak berkuasa mengambil tindakan tanpa perlu menghormatinya sebagai ahli perniagaan terkenal.
Patuh
Datuk Dolhi patuh pada kehendak orang tuanya yang telah menjodohkannya dengan sepupunya, Tominah selepas tamat pengajian walaupun pada masa itu dia telah mempunyai pilihan hati sendiri.
Tidak menggunakan pengaruh untuk kepentingan peribadi
Datuk Dolhi tidak menggunakan peluang anaknya Hasnol yang bekerja di bahagian kontrak untuk mempengaruhi lembaga tender meluluskan tender yang dipohonnya.
Reda dengan ketentuan Illahi
Datuk Dolhi reda jika pihak berkuasa menangkap Ilham kerana Ilham telah membuat pilihan sedemikian
Tegas
Datuk Dolhi menolak permintaan isterinya supaya membantu Ilham kerana dia mahu Ilham menjadikan peristiw aitu sebagai pengajaran walaupun dia sedih akan perbuatan anaknya itu. Datuk Dolhi juga tidak mahu membantu Mukhlis sekarang kerana dia mahu Mukhlis dimanjakan dan mahu Mukhlis merasai dahulu keperitan hidup.

Datuk Dolhi menasihati anaknya Dani supaya tidak terlibat dengan dadah dan tidak bergaul dengan kumpulan yang kurang sihat. Dia memberi amaran jika Dani ditangkap dia tidak akan menjamin Dani.
Berterus terang
Datuk Dolhi memberitahu Wahi bahawa dia adalah bapa kandung Wahi semasa bercuti di Jepun. Datuk Dolhi juga memberitahu Datin Tominah dan anak-anaknya yang lain bahawa Wahi adalah anak kandungnya bersama isteri kedua yang dinikahinya 28 tahun yang lalu.
Belas kasihan
Datuk Dolhi berasa belas kasihan apabila Ustaz Hashim menceritakan Mukhlis yang kini hidup keseorangan setelah isterinya kembali ke pangkuan bekas suaminya. Ustaz Hashim meminta supaya Datuk Dolhi menjenguk Mukhlis sebelum keadaan menjadi parah. Datuk Dolhi sedar akan ketegasannya kepada Mukhlis selama ini.
Bertanggungjawab

Datuk Dolhi pergi ke perkampungan Sungai Bakau untuk mencari anaknya Mukhlis setelah rasa bertanggungjawab membiarkan Mukhlis hidup dalam keadaan susah dan ingin membantu Mukhlis sebelum keadaan menjadi bertanbah parah.

Datuk Dolhi menjamin Hasnol dan Hasnol diarahkan bercuti sehingga siasatan selesai. Datuk Dolhi juga menjamin Dani dan berusaha memasukkan Dani ke pusat serenti. Mukhlis akan dihantar ke pusat rawatan mental supaya dia tidak mengalami gangguan mental lagi.


WATAK SAMPINGAN

DATIN TOMINAH

PERWATAKAN LUARAN

WATAK
PERNYATAAN

      
        DATIN TOMINAH



-           Isteri pertama
-           Berusia lima puluhan
-           Aktif dalam kelab Dahlia bersama-datin-datin
-           Berminat untuk menubuhkan perniagaan busana Islam


PERWATAKAN DALAMAN

PERNYATAAN
HURAIAN

Penyayang

Datin Tominah menyayangi anak-anaknya walaupun anak-anaknya telah melakukan perbuatan yang mengecewakannya dan boleh memalukan keluarganya. Dia tetap mendoakan agar anak-anaknya berjaya mengatasi masalah tersebut.
Bertanggungjawab
Datin Tominah merasai kesukaran yang ditempuh oleh Hasnol yang bersalah menerima rasuah dan dia  memujuk Hasnol supaya pulang ke tanah air kerana bersedia membantu Hasnol membersihkan namanya di muka pengadilan.
Simpati/prihatin/belas kasihan
Datin Tominah meminta Datuk Dolhi membantu Mukhlis kerana kasihan melihat kesusahan Mukhlis yang pulang ke rumah dalam keadaan menyedihkan dan terpaksa bekerja dengan bayaran lima ringgit sehari untuk menyara isteri dan anak-anak tirinya.
Tabah
Datin Tominah tabah dengan masalah yang dicetuskan oleh anak-anaknya, Hasnol, Mukhlis, Ilham dan Dani sehingga menjejaskan nama baik keluarganya di mata kawan-kawannya.
Sabar
Datin Tominah sabar dengan tingkah laku anaknya, Hasnol yang bersikap angkuh semasa memulangkan hutangnya sebanyak sepuluh ribu. Dia juga sabar dengan perbuatan Hasnol yang meletakkan gagang telefon dengan kuat setelah ibunya tidak mampu memberikan wang kepadanya.
Tidak dapat menerima kenyataan
Datin Tominah berkonfrontasi dengan Datuk Dolhi setelah Datuk Dolhi memberitahu rahsia bahawa Wahi ialah anak kandungnya bersama isteri kedua kerana tidak dapat menerima kenyataan dan menuduh suaminya menipunya selama ini.
Reda/ bersedia memaafkan
Datin Tominah memaafkan Datuk Dolhi akhirnya setelah Datuk Dolhi berjaya mengharungi konfrontasi yang dicetuskan oleh Datin Tominah dan Amera akan bernikah dengan YB Wahab. Datin Tominah juga menerima Wahi dan isterinya Yuka.


ALBERT LEE

PERWATAKAN LUARAN

WATAK
PERNYATAAN





            ALBERT LEE



-           Rakan kongsi Datuk Dolhi
-           Mempunyai isteri bernama Eric, dan 2 orang anak iaitu Robert Lee dan Elain
-           Rakan karib Datuk Dolhi
-           Bergantung kepada Datuk Dolhi dalam perniagaan
-           Bertanggungjawab terhadap pembalakan di Sarawak
-           Bercita-cita menjadi ahli korporat dan membuka institusi kewangan
-           Ingin menjodohkan anaknya Elain dengan Hasnol dan Robert Lee dengan Amera
-           Merancang untuk menguasai syarikat Dolhi-Albert Holding


PERWATAKAN DALAMAN

PERNYATAAN
HURAIAN

Baik hati
Albert Lee membantu Datuk Dolhi yang kepenatan dan mengurut-ngurut dada Datuk Dolhi selepas berjogging. Dia juga menyarankan supaya Datuk Dolhi membawa pulang Ilham yang berada di Sarawak untuk mengelakkan risiko yang akan menimpa Ilham.
Setiakawan
Albert Lee dan Datuk Dolhi sering bersama seperti berjogging bersama dan membantu ketika Datuk Dolhi sakit dada kerana mereka sangat akrab dan menjadi rakan karib. Albert Lee juga bersedia untuk menjodohkan anak-anaknya dengan anak-anak Datuk Dolhi untuk mengukuhkan lagi ikatan persaudaraan mereka.
Hormat-menghormati
Albert Lee menghormati Datuk Dolhi sebagai rakan kongsi dan sering bersama sambil berbincang tentang urusan perniagaan dan anak-anak. Anak-anak Albert Lee juga menghormati Albert Lee sehingga keluarga mereka harmoni
Peramah
Albert Lee sangat peramah dengan anak-anaknya menyebabkan anak-anaknya tidak rasa segan untuk memberi pendapat masing-masing.
Bertanggungjawab
Albert Lee merupakan ketua keluarga yang bertanggungjawab kerana walaupun sibuk dengan urusan perniagaan, tetapi dia berjaya membentuk keharmonian rumahtangganya sehingga wujud rasa menghormati antara satu sama lain. Amalan berkumpul dalam satu keluarga sejak anak-anaknya kecil menguatkan lagi keutuhan institusi kekeluargaan.
Tamak
Albert lee ingin menguasai syarikat Dolhi-Albert Holding yang dikongsi bersama dengan Datuk Dolhi ekoran masalah yang dihadapi oleh Datuk Dolhi dengan anak-anaknya. Dia mengambil alih dan membuat keputusan di syarikat tersebut setelah datuk Dolhi dibebani dengan pelbagai masalah.
Mementingkan diri sendiri
Albert ingin menjodohkan anaknya Elain dengan Hasnol dan Robert dengan Amera walaupun terpaksa mengorbankan agama dan adat Cina semata-mata untuk mengukuhkan kedudukan dalam syarikat Dolhi-Albert Holding.

Albert Lee meninggalkan bilik mesyuarat apabila Datuk Dolhi mengumumkan bahawa Wahi akan mengganrikan tempatnya kerana tidak bersetuju dengan keputusan Datuk Dolhi.

Persahabatan Albert Lee dengan Datuk Dolhi terlerai begitu sahaja kerana keputusan datuk Dolhi meletakkan Wahi ditempatnya membuatkan Albert Lee tidak gembira, bahkan berasa terancam. Dia ingin menarik diri daripada menjadi rakan kongsi dnegan Datuk Dolhi.


WAHI

PERWATAKAN LUARAN

WATAK
PERNYATAAN




                    WAHI



-           Anak Datuk Dolhi bersama isterinya Mastura
-           Ibunya meninggal dunia ketika melahirkannya
-           Dipelihara oleh neneknya sejak kecil
-           Bekerja dengan Datuk Dolhi
-           Orang yang mengarang ucapan dan ceramah Datuk Dolhi
-           Sangat berminat dalam bidang pembacaan
-           Pegawai yang cekap
-           Orang kepercayaan Datuk Dolhi
-           Dihormati orang bawahannya
-            

PERWATAKAN DALAMAN

PERNYATAAN
HURAIAN
Patuh
Wahi mematuhi nasihat Datuk Dolhi yang mengingatkannya supaya tidak mengunjungi pachinko semasa berada di Jepun
Rajin
Datuk Dolhi memuji kerajinan Wahi yang menghantar kertas kerja kepadanya melalui faks walaupun berada di Jepun.
Berfikiran positif
Bersedia menerima apa-apa tugasan dengan hati terbuka tanpa soal
Berpengetahuan luas
Bersedia tampil dengan pendapat yang bernas dalam apa-apa bidang kerana banyak membaca
Yakin diri
Wahi bersedia untuk menerima sebarang cacian atau kebaikan apabila Datuk Dolhi akan memberitahu isterinya bahawa Wahi adalah anaknya bersama isteri kedua.
Penyayang
Wahi menyayangi Datuk Dolhi walaupun dia mengetahui bahawa Datuk Dolhi adalah ayahnya tetapi dia tidak meminta penjelasan daripada Datuk Dolhi kerana dia tahu Datuk Dolhi telah banyak membantunya sejak kecil lagi.
Tidak mementingkan diri sendiri
Wahi tidak meminta apa-apa daripada Datuk Dolhi walaupun dia sudah mengetahui lebih awal bahawa Datuk Dolhi ialah ayahnya dan hidup serba kekurangan sedangkan anak-anak Datuk Dolhi yang lain hidup dalam kemewahan
Tabah
Wahi tabah mengharungi hidup bersama-sama dengan neneknya dalam keadaan serba kekurangan walaupun mempunyai ayah yang terkenal sebagai tokoh korporat.
Memahami perasaan orang
Wahi menyayangi isterinya Yuka dan memujuk Yuka supaya tidak bersedih apabila dia ingin pulang ke Malaysia dan Yuka terpaksa meninggalkan keluarganya serta berjanji akan mengunjungi keluarga Yuka bila-bila masa apabila ada kelapangan


HASNOL

PERWATAKAN LUARAN

WATAK
PERNYATAAN




                HASNOL



-           Anak sulung
-           Pegawai kerajaan
-           Menjawat jawatan pegawai tadbir dan diplomatik
-           Isterinya Linda dan memiliki 2 orang anak
-           Mengamalkan gaya hidup mewah
-           Suka berhutang
-           Tidak berminat dalam bidang perniagaan


PERWATAKAN DALAMAN

PERNYATAAN
HURAIAN

Tidak pandai merancang kewangan


Hasnol datang ke rumah orang tuanya untuk meminjam wang sebanyak 10 ribu bagi menyelesaikan masalah kelab golf akibat mengamalkan gaya hidup mewah dan tidak sepadan dengan kerjayanya sebagai kakitangan kerajaan
Komited dengan kerjaya sebagai pegawai kerajaan
Hasnol tidak mahu melepaskan jawatannya sebagai pegawai tadbir dan diplomatik kerana lebih suka pada pekerjaannya itu yang mempunyai peluang untuk menjawat jawatan yang lebih tinggi, lagipun dia sayangkan pencen yang akan diterimanya nanti selepas tamat bekerja
Terpengaruh dengan kebendaan


Wahi menerima tawaran Tengku Munir yang telah memasukkan wang ke dalam akaunnya di luar negara untuk membantu meluluskan tender yang dipohon oleh Tengku Munir ekoran masalah kewangan yang dihadapi dan ingin hidup mewah seperti kawan-kawannya yang lain
Angkuh/sombong
Hasnol datang ke rumah orang tuanya dan membayar hutang sebanyak 10 ribu kepada ibunya dengan angkuh setelah masalah kewangannya selesai apabila menerima rasuah daripada Tengku Munir.
Tekad dengan keputusan
Hasnol bertekad untuk meneruskan perancangannya bercuti dengan keluarganya ke Eropah selama sebulan kerana dia tidak mapu berbuat-apa-apa seperti yang diarahkan oleh Tengku Munir kerana kesuntukan masa.
Berani menegakkan kebenaran
Setelah ditangkap oleh pihak berkuasa sebaik sahaja pulang ke tanah air, Hasnol bertekad untuk menghadapi situasi yang mencabar itu kerana dia mahu menebus dosa-dosanya dan mengheret sama ke muka pengadilan orang yang memusnahkan hidupnya.








AMERA

PERWATAKAN LUARAN

WATAK
PERNYATAAN


               AMERA



-           Anak perempuan tunggal datuk Dolhi
-           Menjadi pendidik di salah sebuah sekolah terbaik di ibu kota
-           Tidak berminat dalam bidang perniagaan
-           Menolak lamaran Robert Lee
-           Dianugerahkan Tokoh Pendidik Negeri
-           Berkahwin dengan YB Wahab


PERWATAKAN DALAMAN

PERNYATAAN
HURAIAN
Penyayang

Amera mempunyai rasa cinta kepada YB Wahab setelah perkenalan mereka di sebuah kelab ekslusif
Komited/gigih

Tekun mendidik anak bangsa sehingga dianugerahkan Tokoh Guru Negeri kerana komitmennya. Dia sering memeriksa buku-buku anak didiknya walaupun di rumah
Suka menasihati

Amera menasihati adiknya Ilham supaya mencari pekerjaan yang menjamin masadepannya daripada melibatkan diri dalam perkara yang tidak menjanjikan pulangan yang lumayan.

Amera menasihati Dani supaya menjadi penyanyi yang berdisiplin, menjaga imej yang bersih, berpakaian kemas dan menepati masa jika ingin berjaya dan dihormati.
Bertanggungjawab
Amera menyedarkan adiknya Ilham supaya berdikari untuk mengelakkan daripada hidup melarat setelah ayahnya meninggal dunia nanti.
Berpandangan jauh
Amera sebenarnya tidak begitu gemar Dani melibatkan diri dalam bidang muzik kerana padanya jika ingin berkecimpung dalam bidang muzik, masti serius, masuk sekolah muzik, mesti berilmu bukannya belajar muzik di tepi jalan kemudian merakan album seperti adinya itu.
Pandai memujuk
Amera memujuk ibunya supaya tidak terus  berkonfrontasi dengan bapanya kerana bapanya boleh merancang strategi lain yang akhirnya boleh merugikan ibunya nanti.

MUKHLIS

PERWATAKAN LUARAN

WATAK
PERNYATAAN





              MUKHLIS


       -       Anak ketiga
-           Berpendidikan tinggi
-           Lulusan ijazah pentadbiran di Amerika Syarikat
-           Berjanggut panjang, misai dan jambang meliar, berserban tebal dan berjubah
-           Berkahwin dengan Hanisah, janda tuk gurunya
-           Mengalami masalah gangguan fikiran setelah isterinya kembali kepada bekas suami
-           Tidak mempunyai pekerjaan atau kegiatan ekonomi lain
-           Menadah tangan mengharapkan belas kasihan orang
-           Mengikut jemaah
-           Menghadapi tekanan jiwa
PERWATAKAN DALAMAN

PERNYATAAN
HURAIAN
Taat/patuh pada agama dan sunah nabi

Mukhlis sanggup meninggalkan kemewahan demi perjuangannya menegakkan Islam dengan mengikut jemaah walaupun ditentang oleh ayahnya yang ragu-ragu dengan ajaran yang dibawa oleh kumpulan jemaahnya

Yakin diri

Mukhlis yakin dengan perjuangannya menegakkan Islam sehingga sanggup menuduh kerjaya di syarikat ayahnya mempunyai unsur judi, riba dan tidak berlandaskan Islam sebenar. Dia berazam untuk mengikut jemaahnya sehingga ke luar negara untuk mengajar agama kepada masyarakat dunia

membuat keputusan terburu-buru

Mukhlis mengambil keputusan menikahi Hanisah janda tuk gurunya tanpa memikirkan perasaan keluarganya dan tanggungjawab yang terpaksa dipikul untuk menanggung perbelanjaan isteri serta 3 orang anak tiri tanpa sebarang pekerjaan.
Menyesal atas kesilapan yang dilakukan

Mukhlis menyesal atas kesilapannya terburu-buru menikahi Hanisah kerana termakan pujukan rakannya semata-mata menurut sunah nabi sedangkan dia belum bersedia memikul tanggungjawab yang sangat berat.
Penyayang
Mukhlis pulang ke rumah orang tuanya dan berjumpa dengan ibunya serta meminta maaf atas kesilapa yang telah dilakukannya iaitu berkahwin tanpa memaklumkan kepada orang tua terlebih dahulu.

ILHAM

PERWATAKAN LUARAN

WATAK
PERNYATAAN




               ILHAM



-           Pemimpin organisasi mahasiswa
-           Masih muda
-           Tidak bekerja
-           Penyair dan penulis yang sedang meningkat naik
-           Rancananya yang menyentuh alam sekitar menjadi perbincagan umum
-           Pencinta/ pejuang alam sekitar
-           Menceroboh bilik Inem beberapa kali
-           Digelar Bruno Manser Malaysia oleh media asing

PERWATAKAN DALAMAN

PERNYATAAN
HURAIAN
Cintai alam sekitar
Berjuang mempertahankan alam sekitar dan pembalakan demi keamanan dan keselamatan dunia supaya generasi akan datang beroleh alam sekitar, kehijauan, air, udara dan ozon yang selamat.
Yakin diri/ angkuh

Ilham yakin dengan perjuangannya walaupun kakaknya membantah keras usahanya memperjuangkan alam sekitar. Dia memberitahu tidak akan meminta nelas kasihan daripada kakaknya nanti setelah ayahnya meninggal dunia
Berani
Ilham menganjurkan tunjuk perasaan di hadapan menteri kanan Malaysia yang melawat London. Dia tidak takut tindakan yang akan diambil oleh kerajaan Malaysia kerana mendakwa banyak negara di dunia menawarkan kewarganegaraan kepadanya
Menceroboh bilik pembantu rumah

Ilham menceroboh beberapa kali bilik Inem, pembantu rumahnya sehingga Inem mengambil tindakan berhenti kerja serta-merta kerana tidak mahu nama baik Datuk Dolhi tercemar


DANI

PERWATAKAN LUARAN

WATAK
PERNYATAAN



                 DANI



-           Anak bongsu
-           Minat dalam bidang muzik
-           Menubuhkan kumpulan muzik Young Rock Band
-           Penagih dadah
-           Disingkirkan daripada kumpulan muzik Young Rock Band
-           Dihantar oleh ayahnya ke pusat serenti


PERWATAKAN DALAMAN

PERNYATAAN
HURAIAN

Yakin diri

Dani yakin akan kebolehannya dalam bidang muzik walaupun dia tidak pernah memasuki sekolah muzik dan dia menjangkakan akan dianugerahkan tokoh rock suatu hari nanti.
Tidak mementingkan kerjaya
Dani merosakkan masa depan kumpulan muzik Young Rock Band yang sedang meningkat naik kerana terlibat dalam penyalahgunaan dadah.


ROBERT LEE

PERWATAKAN LUARAN

WATAK
PERNYATAAN

ROBERT LEE

-           Anak Albert Lee
-           Ingin dijodohkan oleh ayahnya dengan anak datuk Dolhi, Amera
-           Menjadi pengurus di syarikat Dolhi-Albert Holding

PERWATAKAN DALAMAN

PERNYATAAN
HURAIAN
Ikhlas
Robert ingin menjadikan Amera sebagai isterinya dengan ikhlas hati dan dia tidak kisah terpaksa menukar agamanya kepada agama Islam
Cekap/rajin/dedikasi
Robert cekap melakukan tugasan syarikat sehingga dia dinaikkan pangkat sebagai pengurus di syarikat Dolhi-Albert Holding
Patuh
Robert patuh kepada ayahnya agar memikat Amera dan menikahi Amera supaya masa depan mereka dalam syarikat Dolhi-Albert Holding terus kukuh.
Penyayang
Robert menelefon Amera untuk mengajak Amera makan dan berbual-bual tentang hubungan mereka

4 comments:

ASPEK KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

ASPEK KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ASPEK KOMSAS PERNYATAAN HURAIAN PEMIKIRAN Semangat cinta...