ISU - PENGANGKUTAN AWAM DI MALAYSIA
Tugasan - faedah-faedah pengangkutan awam di Malaysia
Idea
- dapat mengelakkan kesesakan lalu lintas terutama di bandar-bandar besar
- dapat mengurangkan jumlah kenderaan di atas jalan raya
- dapat mengurangkan pencemaran udara akibat asap kenderaan
- dapat mengurangkan kemalangan jalan raya
- dapat menjimatkan kos hidup kesan daripada kenaikan harga minyak
- dapat menjimatkan masa akibat terperangkap dalam kesesakan jalan raya
- dapat sampai ke destinasi dengan cepat dan selamat
- dapat menarik pelancong asing datang ke Malaysia
Tugasan - langkah-langkah meningkatkan mutu perkhidmatan pengangkutan awam
Idea
- kerajaan perlu memperbanyakkan pengangkutan awam untuk menampung permintaan pengguna yang semakin bertambah
- kerajaan perlu memastikan mutu perkhidmatan pengangkutan awam sentiasa terbaik dengan membuat pemantauan dari semasa ke semasa
- pengusaha pengangkutan awam perlu berdisiplin dan bertanggungjawab dengan tidak mengenakan tambang sesuka hati
- penguatkuasaan undang-undang perlu lebih ketat untuk memastikan pemandu teksi di ibu kota tidak mengambil kesempatan terhadap pelancong asing
- pengusaha pengangkutan awam perlu memastikan masa dipatuhi untuk mengelakkan pengguna lambat sampai ke destinasi
- kerajaan hendaklah memastikan pengangkutan awam yang disediakan adalah selesa dan tidak membahayakan pengguna
- kerajaan perlu mewajibkan pengusaha pengangkutan awam sentiasa membuat pemeriksaan terhadap kenderaan masing-masing secara berkala
- kerajaan perlu memastikan pemandu penggangkutan awam berhemat ketika memandu untuk memastikan keselamatan penumpang
- pemandu pengangkutan awam hendaklah mesra dengan pelanggan mereka
No comments:
Post a Comment