Saturday, 15 October 2011

WATAK DAN PERWATAKAN NOVEL SUTERA DALAM LUKISAN



WATAK UTAMA

HAFIZ/BUJEI

PERWATAKAN LUARAN

WATAK
PERNYATAAN
Hafiz
  • Penduduk kampung melihat Hafiz sebagai pemuda yang tidak berakal, bodoh, dungu
  • Bapanya seorang tentera
  • Bercita-cita untuk menjadi seperti bapanya
  • Bapanya meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan raya di Lebuh Raya Kayak
  • Ibunya berkahwin lain dengan Harun
  • Seorang murid yang cemerlang
  • Sering dibuli oleh Alias
  • Tinggal di rumah neneknya
  • Boleh menyanyi dengan baik
  • Suka mendengar radio
  • Tidak memilih pekerjaan



PERWATAKAN DALAMAN

PERNYATAAN
HURAIAN
Bangga dengan ayahnya
Dia sering kali bercerita tentang bapanya kepada kawan-kawan di sekolah. Dia bercita-cita ingin menjadi seperti bapanya
Berani
Hafiz menerkam ke arah bapa tirinya, Harun setelah melihat ibunya diterajang sehingga pengsan. Hafiz meredah asap tebal untuk menyelamatkan ibunya dalam kebakaran

Hafiz menyerang Alias dan menumbuk perut Alias apabila Alias enggan menyerahkan radio sebaliknya menjatuhkan radio itu ke lantai

Hafiz memberanikan dirinya berdebat dengan Alias. Hafiz mencabar Alias jika Adila berpenyakit, Alias perlu menghalau Adila daripada kampung itu. Alias tidak menduga bahawa Hafiz bertindak balas demikian rupa.
Penyayang
Dengan kudrat yang ada, Hafiz bangun menuju ke bilik untuk menyelamatkan ibunya tetapi tidak dapat menembusi asap yang tebal. Dia hanya sempat mendengar batukan ibunya beberapa kali

Hafiz menahan kesediahan apabila bercerita tentang peristiwa yang menimpa emaknya dan berkali-kali dia menafikan bahawa dia menjadi penyebab kepada kebakaran rumahnya

Hafiz berat hati meninggalkan Adila bersama dengan Alias. Dia mengintai di celah-celah pokok pisang. Dia bimbang jika Alias dapat mempengaruhi Adila dan Adila akan tertarik kepada Alias
Patuh
Hafiz sering mematuhi arahan Alias seperti terjun ke dalam sungai dengan membenam-benamkan dirinya di dalam air

Hafiz akan mandi, menggosok giri dan membersihkan badan seperti yang dianjurkan oleh Same’ah. Apa-apa suruhan Same’ah tidak pernah diingkarinya.
Bertanggungjawab
Hafiz tinggal di rumah neneknya. Walaupun rumah tersebut kurang sempurna, tetapi dia membaiki sendiri rumah itu dan menjaganya dengan baik. Dia menyusun peralatan di dalam rumah itu dengan kemas.
Suka berangan
Sambil berbaring, Hafiz berangan-angan. Dia kerap kali mengingati keadaan dirinya yang akan berubah suatu hari nanti. Dia bercita-cita untuk mendapat kesenangan, bekerja dan bergaji besar. Dia ingin memandu sebuah kereta mewah yang akan menjadi pandangan dan sebutan seluruh penduduk kampung. Ketika itulah dia akan berkahwin dengan Same’ah.
Rajin/ tidak memilih pekerjaan
Hafiz bersedia melakukan apa-apa pekerjaan asalkan perutnya terisi. Dia menunggu-nunggu orang yang ingin meminta pertolongannya di simpang jalan berhampiran jambatan. Buktinya Hafiz membawa beg sekolah Kasim dan Sulaiman dan sebagai upah dia diberi minuman dan kuih.

Sebahagian kawasan tanah di hadapan rumah nenek Hafiz sudah diterangkan. Belukar dan semak samun sudah ditebas dan tanahnya sudah digemburkan. Hafiz pernah menyatakan hasratnya kepada Adila untuk menanam sayur-sayuran. Galakan Adila merupakan dorongan utama kepadanya.
Suka menasihati
Hafiz sempat menasihati rakan-rakannya seperti Kasim, Sulaiman dan Husin semasa dia membawa beg rakan-rakannya itu supaya belajar bersungguh-sungguh
Mempunyai harga diri
Ketika Hafiz singgah di kedai Pak Sulong, dia bertekad tidak akan meminta-minta daripada orang yang berada di kedai itu kerana dia mempunyai harga diri, tetapi jika ada antara mereka mempelawanya dia tidak akan menolak
Tabah/ cekal
Walaupun diperlakukan macam-macam oleh Alias, dia tidak pernah serik. Ramai yang menasihatinya supaya menjauhi Alias, tetapi semua itu tidak diendahkannya
Suka menuntut janji
Hafiz mendapatkan Alias setelah sudah membasuh motosikalnya. Alias mengarahkan Hafiz supaya pergi tanpa memberi satu senpun. Hafiz tidak berganjak dan akan menuntut janji yang diberikan kepadanya. Andai sesiapa menjanjikan sesuatu kepadanya, dia dengan tegas mendakwa supaya janji itu ditunaikan.
Jujur
Mak Usu Bakyah menyatakan bahawa lelaki yang jujur ialah Hafiz. Mak Usu Bakyah membantah apabila Same’ah menyatakan bahawa kejujuran yang ada pada Hafiz tidak bermakna kerana tiada siapa yang mahukannya.
Berjimat-cermat
Setiap kali bertemu dengan Wak Senen, Hafiz diberikan duit. Duit-duit itu tidak pernah dibelanjakan sebaliknya dia menyimpan duit-duit tersebut di dalam kendi tembaga dan menyorok di bawah rumah
Sedar akan kekurangan diri
Sebaik sahaja Samsul memberitahu Hafiz bahawa Adila ingin berjumpa dengannya, dia berasa malu kerana merasakan dirinya tidak padan dengan Adila. Dia bimbang akan pendapat Adila tentang dirinya yang tentu tidak sesuai dengan orang pekan itu.
Beradab ketika makan
Hafiz menjaga tertib ketika makan di hadapan Mak Lamah dan keluarganya
Yakin diri
Hafiz melihat jiwa dan perasaannya sudah kembali terbentuk setelah dia bersama-sama Adila. Dia melihat suatu kesempurnaan. Hafiz menjadi lebih yakin untuk berhadapan dengan kebenaran. Adila telah memberi satu pengharapan kepadanya supaya berubah.

Hafiz melangkah tenang ke pentas dan menyampaikan sebuah lagu Bahtera Merdeka. Hafiz mengumandangkan suaranya dengan iringan muzik yang sempurna sehinggalah ke akhirnya. Orang ramai yang pada mulanya bersorak menjadi diam. Mereka tidak menduga Hafiz boleh menyanyi.
Berani menegakkan hak
Hafiz sudah berani  untuk menegakkan haknya. Dia sudah tidak takut ketika berhadapan dengan Harun yang datang berjumpa dengannya di tebing sungai untuk mendapatkan tandatangannya.

Hafiz menumbuk perut Alias. Hafiz mencapai parang panjang. Sambil menghayun-hayun parang panjang itu, Hafiz meminta Alias menggantikan radio yang dirosakkannya itu. Hafiz ingin membakar motor Alias.

Bijaksana
Hafiz menyedari kebaikan Harun tentunya mempunyai sebab. Dia meletakkan ibu jarinya pada pad dakwat hitam dan mengenakan kesan jarinya pada tempat yang diminta Harun dengan kuat sehingga menampakkan tumpahan dakwat yang tidak memberikan apa-apa makna.

Same’ah menceritakan kisah dia diganggu oleh Alias dan rakan-rakannya kepada Adila. Hafiz yang menyedari perbuatan Alias itu, mencapai sebutir bom lalu mengacah untuk melempar kepada Alias dan rakan-rakannya. Keadaan menjadi kelam-kabut dan semua lari lintang-pukang. Hafiz memasukkan bom itu ke dalam poket seluarnya dan berjalan keliling kampung. Setibanya di kedai Pak Sulong, Hafiz menyerahkan bom itu kepada Pak Sulong apabila Pak Sulong memujuknya. Benda yang dikatakan bom itu sebenarnya putik nanas. Same’ah berasa geli hati kerana Hafiz dapat membodohkan orang kampung.

Hafiz memberanikan dirinya berdebat dengan Alias. Hafiz mencabar Alias dengan memberitahu bahawa jika Adila berpenyakit, Alias perlu menghalau Adila keluar daripada kampung itu. Alias tidak menduga bahawa Hafiz bertindak balas demikian rupa.
Tidak berdendam
Walaupun Harun telah menamparnya kerana dia telah merosakkan borang yang dibawanya, tetapi Hafiz tetap membantu Harun keluar daripada lumpur akibat tersadung akar pokok ketika mengejar Hafiz.
Mengenang jasa
Hafiz memberitahu Samsul bahawa keluarga Sidang Saman baik terhadapnya. Orang lain hanya mahu membodoh-bodohkannya sahaja
Penyabar
Hafiz memberitahu Samsul bahawa selama ini dia banyak bersabar dengan dugaan yang ditanggungnya. Samsul merasakan Hafiz telah benar-benar berubah.
Suka mengemas rumah
Hafiz mula mengemas rumah kerana perubahan perlu dilakukannya. Televisyen dan radio lama telah dibuang. Kawasan rumah juga telah dibersihkan. Setelah selesai, dia duduk bersandar pada tiang sambil mendengar radio.
Yakin diri
Hafiz dengan penuh yakin memberitahu Sidang Saman bahawa Alias merosakkan radio yang baru dibeli dengan harga RM80.
Sensitif
Orang kampung sudah mengetahui Alias meminang Adila. Hafiz juga mengetahui berita tersebut. Hafiz agak kecewa dan dia melihat Adila sebagai seorang penipu dan telah memperdayakan dirinya. Keesokan hari dia tidak lagi pergi ke rumah Sidang Saman
Teguh pendirian
Hafiz menyedari bahawa kehidupan mesti diteruskan walaupun dia tidak bersama Adila. Dia menyambung semula kerjanya membersihkan kawasan untuk berkebun.
Ringan tulang
Hafiz pergi ke rumah Sidang Saman untuk membantu menyiapkan pelamin Same’ah. Pengalaman Hafiz melihat orang membuat astaka pelamin membantunya menyiapkan pelamin tersebut. Keesokan hari, pagi-pagi lagi Hafiz sudah datang ke rumah Sidang Saman untuk membantu apa-apa kerja.
Baik hati
Hafiz meminta Wak Senen menjaga tanahnya itu sementara dia tinggal di rumah neneknya. Hafiz menyedari bahawa tanah tempat dia tinggal itu bila-bila masa akan dituntut oleh orang lain.
Mudah percaya kepada kata-kata orang lain
Hafiz mempercayai kata-kata Alias bahawa Adila mempunyai penyakit AIDS. Baginya Alias telah menyelamatkannya. Dia tidak sangka bahawa Alias yang dahulu membencinya kini dengan rela hati memberitahu akan bahaya yang mungkin akan dihadapi jika dia rapat dengan Adila.
Berterus terang
Hafiz memberitahu bahawa dia tidak pernah menyentuh Adila sepanjang dia berkenalan dengan Adila. Hafiz juga memberitahu bahawa dia suka kepada Adila kerana Adila baik dan mengajarnya macam-macam. Dia tidak tahu bagaimana hendak membalas jasa Adila.
Mengenang jasa
Hafiz memberitahu bahawa Adila banyak membantunya dengan mengajar pelbagai perkara. Dia mengenang jasa baik yang telah ditaburkan oleh Adila. Hafiz tidak tahu cara hendak membalas budi baik Adila.


WATAK SAMPINGAN

ADILA

PERWATAKAN LUARAN

WATAK
PERNYATAAN

  • Sepupu Same’ah
  • Bercinta dengan Faizal sebelum melanjutkan pelajaran
  • Belajar di England
  • Telah bertunang dengan Faizal tetapi putus
  • Menjadi mangsa fitnah Alias
  • Jatuh cinta kepada Hafiz


PERWATAKAN DALAMAN

PERNYATAAN
HURAIAN
Simpati
Adila memberitahu Same’ah bahawa Hafiz tidak boleh dibiarkan sebegitu. Adila memberitahu Hafiz menjadi mangsa alam dan manusia di sekelilingnya
Penakut
Adila memberitahu Same’ah bahawa dia betul-betul cemas pada hari dia mula-mula berjumpa dengan Hafiz yang dalam keadaan basah kuyup dan badannya berlumpur. Keadaan Hafiz pada masa itu betul-betul menakutkannya
Perahsia
Sepanjang dua bulan lebih Adila berada di kampung, dia tidak menceritakan sebab dia datang ke situ. Persoalan ini menjadi tanda tanya Same’ah kerana sebagai graduan biasanya mereka akan mencari pekerjaan tetapi tidak berlaku kepada Adila
Teguh pendirian
Adila mengenali Faizal sebelum dia menuntut di England lagi. Mereka berjanji untuk setia. Apabila pulang, Adila diberitahu bahawa Faizal sudah beristeri. Faizal datang kepadanya dan memujuk Adila kembali kepadanya. Adila tegas dengan keputusannya tidak akan menerima kembali Faizal.

Adila menyambut baik saranan ayahnya supaya bekerja untuk menghilangkan beban yang ditanggungnya. Adila bertekad untuk menyelesaikan tugasnya terlebih dahulu  yang masih belum selesai. Dia ingin menyelesaikan beberapa perkara dengan Hafiz.
Berterus terang
Adila mula menceritakan rahsia sehingga dia datang ke kampung dan tinggal bersama keluarga Same’ah. Sebenarnya dia ingin menenangkan fikiran akibat dipermainkan oleh Faizal yang tidak setia dalam perhubungan mereka. Faizal telah beristeri apabila Adila pulang ke tanah air.

Adila memberi jawapan kepada Mak Lamah bahawa dia belum bersedia berumah tangga lagi
Lemah-lembut
Hafiz berdebar-debar apabila berhadapan dengan Adila apatah lagi apabila mendengar suara serta ucapan yang lemah lembut dan hormat Adila terhadapnya
Bijak mempengaruhi
Hafiz mampu bercerita tentang ibu bapanya yang telah meninggal dunia dan neneknya. Hafiz dapat dipengaruhi untuk menceritakannya. Dia menahan kesediahan ketika menceritakan peristiwa yang menimpa ibunya dan berkali-kali dia menafikan bahawa dialah yang menyebabkan rumanya terbakar
Mudah mempercayai kata-kata orang
Adila mempercayai kata-kata Alias bahawa Hafiz mempunyai penyakit kulit yang boleh berjangkit dan mempunyai penyakit maniac
Sukar untuk dipujuk
Adila memberitahu bahawa keputusan Faizal menceraikan isterinya tidak dapat mengubah keputusannya untuk tidak menerima kembali Faizal
Yakin diri
Adila begitu yakin bahawa Hafiz berada di pihak yang benar apabila penduduk kampung bercakap tentang peristiwa perbalahan antara Hafiz dengan Alias. Adila yakin dengan panduan dan didikan yang diberikannya akan menyebabkan Hafiz akan kembali sebagai manusia biasa yang memiliki kesempurnaan
Tidak mementingkan diri
Adila kesepian apabila Same’ah mengikut suaminya. Timbul rasa ingin pulang ke kota. Adila memikirkan Hafiz jika dia meninggalkan kampung itu. Mungkin Hafiz menganggap Adila ingin meninggalkannya. Hafiz sudah berubah tetapi tidak boleh dibiarkan sendirian.
Tabah
Adila menangis apabila difitnah orang kampung. Dia menerima surat layang yang menulis kata-kata fitnah sehingga begitu mengecewakannya. Tulisan itu mengatakan bahawa dia menolak pinangan Alias kerana dirinya telah rosak. Hafiz dikatakan sebagai perosak kepada Adila dan akibatnya dia akan berkahwin dengan Hafiz nanti.
Sedia berkorban/ ikhlas
Sidang Saman memberitahu bahawa Sahak kekurangan darah dan Adila bersedia menderma darahnya kerana kebetulan dia juga mempunyai darah jenis AB. Adila menganggap darah yang disumbangkan untuk Sahak itu sekadar kebajikan dan dia tidak angkuh dengan sumbangannya itu.
Teguh pendirian
Adila telah membuat keputusannya dan dia tidak akan menarik balik keputusannya walau apapun yang diperkatakan oleh Sidang Saman. Akhirnya Sidang Saman sekeluarga menerima pilihan Adila.








ALIAS

PERWATAKAN LUARAN

WATAK
PERNYATAAN

  • Cucu kepada Opah Arah
  • Berkawan dengan Sahak dan Sani
  • Meminang Adila
  • Pembuli
  • Suka kepada Adila
  • Terlibat dalam perlumbaan motor
  • Cuba menculik Adila
  • Cuba mengenakan ubat pengasih kepada Adila


PERWATAKAN DALAMAN

PERNYATAAN
HURAIAN
Suka membuli
Alias sering membuli Hafiz seperti menyuruh Hafiz terjun ke dalam sungai kecil dan membenam-benamkan dirinya di dalam air dan dia ketawa melihat perbuatan Hafiz itu

Alias datang ke rumah Hafiz lalu mengambil radio yang baharu dibeli oleh Hafiz. Alias melambung-lambungkan radio itu dan akhirnya Alias menjatuhkan radio itu ke lantai.  Hafiz sedih dan Alias ketawa sepuas-puasnya.
Kejam/tidak berperikemanusiaan
Alias sering mengarahkan Hafiz supaya melakukan perkara-perkara mengikut kesukaannya seperti turun ke dalam sungai dan mengarahkan  Hafiz membasahkan dan mengotorkan badannya. Jika Hafiz enggan, Alias akan memukul, menyepak dan menerajangnya
Mungkir janji
Hafiz mendapatkan Alias selepas membasuh motosikalnya. Alias mengarahkan supaya Hafiz pergi tanpa memberi satu senpun. Alias tidak menunaikan janjinya kepada Hafiz setelah Hafiz selesai membasuh motosikalnya.
Suka menakut-nakutkan orang
Hafiz ketakutan apabila mendengar Adila menyebut perkataan borang dan repot kerana dia pernah dipermainkan oleh Alias yang ingin membawanya kepada polis untuk mengisi borang dan repot
Pendendam
Alias menyimpan perasaan dendam apabila melihat Adila dan Hafiz di bawah pokok belimbing di halaman rumah Sidang Saman. Alias tidak senang melihat Hafiz rapat dengan Adila
Suka membuat fitnah
Alias memberitahu Adila bahawa Hafiz mempunyai penyakit kulit yang boleh berjangkit. Alias juga memberitahu bahawa Hafiz juga mempunyai penyakit yang lebih teruk iaitu penyakit maniac sehingga Adila menjadi cemas apabila mendengarnya
Berterus-terang
Alias memberitahu Adila bahawa tiada guna dia bercakap dengan Hafiz kerana dia mempunyai IQ yang rendah. Alias memberitahu bahawa dia sebenarnya sudah lama berhajat untuk berkenalan dengan Adila

Alias datang ke rumah Hafiz untuk memberitahu bahawa dialah yang meminta Hafiz menyanyi pada malam itu. Tujuannya berbuat demikian adalah kerana ingin memalukan Hafiz tetapi dia tidak menyangka bahawa Hafiz pandai menyanyi.
Mudah perasan
Same’ah memarahi Adila kerana melayan Alias. Pada Same’ah, Alias pantang kalau perempuan suka berbual dengannya kerana mudah timbul perasaan bahawa orang perempuan hendakkannya
Suka merendahkan keupayaan orang
Alias memberitahu rakan-rakannya bahawa dia tidak percaya Adila belajar di seberang laut. Alias mengatakan Adila menipu belajar di sana. Dia menganggap fail yang tertulis perkataan England itu telah dibeli di kedai.
Penipu
Alias memberitahu orang kampung bahawa memiliki bom sehingga orang kampung gempar dan lari bertempiaran

Alias memberitahu orang kampung bahawa Hafiz mengamuk dan ingin mencederakan dirinya jika dia tidak menyerahkan wang kepada Hafiz.

Alias memberitahu Hafiz bahawa dia tidak jadi meminang Adila kerana Adila ada penyakit AIDS. Tunang Adila di Kuala Lumpur juga memutuskan pertunangannya kerana penyakit tersebut. Alias memberitahu Hafiz bahawa Adila meminta dia meminangnya tetapi oleh sebab dia mengetahui keadaan sebenar, dia meminta Tuk Ngah Imam membatalkan sahaja peminangan tersebut.
Suka diampu
Dengan pujian kawan-kawannya, Alias sudah berani mengaku bahawa Adila bakal menjadi isterinya nanti. Alias membayangkan bahawa dia akan bahagia bersama-sama Adila. Sani dan Sahak sudah dapat mengagak bahawa pinangan Alias akan ditolak, tetapi kerana kawan mereka terus mengampunya sekadar untuk menyenangkan hati Alias sahaja.
Suka membuat fitnah
Alias memberitahu Hafiz bahawa Adila terkena penyakit AIDS akibat perbuatan terkutuknya semasa berada di London. Oleh sebab orang Kuala Lumpur sudah tahu Adila mempunyai penyakit AIDS, maka dia membawa diri ke kampung itu.
Angkuh
Di sebalik bakti Adila dan kecelakaan Sahak itu, tidak sedikitpun menyedarkan Alias. Dia memperkecilkan Sahak dan menganggap kecelakaan yang menimpa Sahak adalah kerana keangkuhannya yang ingin berlawan dengannya.
Memiliki sifat kebencian yang tebal
Perubahan Hafiz telah mencabar ego Alias. Orang suruhan yang dapat dijadikan hamba dan alat penghiburnya sudah tidak dapat diperalatkan lagi. Penolakan pinangannya meletakkan dirinya hina. Keintiman Hafiz dengan Adila menjadikan kebenciannya mutlak
Jahat
Alias mengarahkan kawan-kawannya menculik Adila kerana Adila adalah haknya. Kawan-kawannya menyedari perkara jahat yang akan dilakukan oleh Alias. Dia juga menggunakan khidmat neneknya untuk mendapatkan ilmu pengasih supaya Adila tunduk kepadanya.



FATIMAH

PERWATAKAN LUARAN

WATAK
PERNYATAAN

  • Ibu Hafiz
  • Janda beranak satu
  • Berkahwin semula dengan Harun
  • Menjadi mangsa penderaan Harun
  • Berperwatakan sederhana dan tidak tahu melawan
  • Menjadi mangsa kekejaman suami




PERWATAKAN DALAMAN

PERNYATAAN
HURAIAN
Yakin diri
Fatimah tidak mempedulikan nasihat keluarganya supaya tidak mengahwini Harun tetapi dia tetap meneruskan hajatnya kerana terpengaruh dengan kebaikan Harun
Tabah
Fatimah tabah menjalani kehidupan bersama Harun walaupun dia diperlakukan secara kasar seperti disepak, diterajang, dipukul oleh Harun
Perahsia
Fatimah berlagak biasa seolah-olah dia terus bahagia dalam rumah tangganya bersama Harun tetapi orang kampung sudah dapat meneka apa yang berlaku
Bertanggungjawab
Menyimpan wang peninggalan arwah suami kerana ingin mengerjakan haji dan menampung pelajaran anak


HARUN

PERWATAKAN LUARAN

WATAK
PERNYATAAN
Harun
  • Mengahwini Fatimah, ibu Hafiz
  • Seorang duda
  • Menjadi mandur di ladang kelapa sawit berhampiran kampungnya

PERWATAKAN DALAMAN

PERNYATAAN
HURAIAN
Pandai memujuk
Harun memujuk Fatimah supaya menyerahkan RM15 ribu untuk membeli kereta

Harun memujuk supaya Hafiz tidak takut kepadanya kerana kedatangannya adalah semata-mata untuk mendapatkan tandatangan Hafiz sahaja. Hafiz merasakan bahawa bapa tirinya itu sudah berubah.
Tidak ikhlas
Harun mengahwini Fatimah kerana Fatimah memiliki rupa yang menarik dan memiliki wang yang banyak hasil sumbangan daripada angkatan tentera dan pihak lain serta memiliki sebidang tanah yang ditinggalkan oleh arwah suaminya
Kejam/ganas
Harun sering memukul, menyepak dan menendang Fatimah sehingga pengsan apabila Fatimah enggan menyerahkan wang dan seutas rantai

Harun sangat marah kepada Hafiz kerana telah merosakkan borang yang dibawanya. Harun menampar muka Hafiz. Apabila Hafiz membantu Harun keluar daripada lumpur, Harun mengambil kesempatan menumbuk perut Hafiz dan menerpa serta menyepak rusuk Hafiz. Beberapa sepakan singgap di belakang badan Hafiz sehingga dia tidak sedarkan diri.
Tidak bertanggungjawab
Harun tidak bertanggungjawab terhadap keluarga kerana banyak menghabiskan masa dengan berjudi
Pandai membuat helah
Harun memberitahu orang kampung bahawa Hafizlah yang bermain dengan pelita sehingga bilik terbakar dan orang kampung seolah-olah percaya dengan kata-kata Harun
Suka menyogok
Harun ingin menyogok Sidang Saman supaya mambantunya mendapatkan semula haknya yang ingin dituntut daripada bekas isterinya, Fatimah
Tidak jujur
Harun menjual tanah tapak rumah kepada Wak Senen dnegan harga RM4 ribu tanpa sebarang surat dan resit. Jika dia berkuasa ke atas tanah itu dia akan membayar balik RM4 ribu dan ditambah RM2 ribu lagi kepada Wak Senen


SAME’AH

PERWATAKAN LUARAN

WATAK
PERNYATAAN
Same’ah
  • Anak Sidang Saman
  • Sudah bertunang
  • Sepupu Adila
  • Berkahwin dengan pemuda dari kota

PERWATAKAN DALAMAN

PERNYATAAN
HURAIAN
Penyayang
Hafiz merasakan Same’ah melayannya dengan kasih sayang dan tidak pernah menganggapnya sama seperti orang anggap kepadanya
Mengambil berat
Same’ah sering menasihati Hafiz supaya menjaga kebersihan diri
Baik hati
Sering mengambil berat akan diri Hafiz


SIDANG SAMAN

PERWATAKAN LUARAN

WATAK
PERNYATAAN

  • Penghulu
  • Mempunyai 3 orang anak
  • Sering menjadi tempat rujukan anak buah

PERWATAKAN DALAMAN

PERNYATAAN
HURAIAN
Berani
Sidang Saman meminta Harun berjumpa dengan kadi dan pegawai agama untuk mengemukakan haknya menyebabkan muka Harun merah padam

Sidang Saman mempersoalkan hak yang mana lagi ingin dituntut oleh Harun kerana tanah dusun yang masih ada itu masih nama arwah ayah Hafiz dan tapak rumah pula telah dijual oleh Harun.
Bijaksana
Sidang Saman menyedari perkara salah yang akan dilakukan oleh Harun. Harun meminta tandatangan Sidang Saman untuk dia berkuasa di atas tanah sawah dan tapak rumah yang telah dijualnya itu.

Sidang Saman sengaja menanyakan Harun tentang harga semasa tapak rumah jika ingin menjualnya. Sidang Saman menyarankan supaya Harun memujuk Hafiz dan mendapatkan tandatangannya. Sidang Saman mempunyai muslihat lain apabila membuat cadangan itu.
Berpandangan jauh
Sidang Saman memberitahu Mak Lamah supaya tidak membuat sangkaan buruk terhadapnya kerana dia tahu cara hendak menguruskan hal Harun. Sidang Saman menyedari bahawa tindakan Harun tidak akan berjaya.
Mengambil berat
Sidang Saman pergi ke rumah Hafiz untuk mencarinya. Sidang Saman mengambil berat terhadap Hafiz setelah Adila menunjukkan perhatiannya kepada Hafiz. Setengah jam kemudian, Sidang Saman membawa pulang Hafiz bersama-samanya
Prihatin/simpati
Mak Lamah menyedari beban yang terpaksa dihadapi oleh Adila akibat fitnah yang dilemparkan melalui surat layang. Mak Lamah meminta Adila supaya bersabar dan bertawakkal atas apa yang berlaku. Mak Lamah tetap akan menyokong Adila.


MAK LAMAH

PERWATAKAN LUARAN

WATAK
PERNYATAAN

  • Isteri Sidang Saman
  • Emak saudara Adila

PERWATAKAN DALAMAN

PERNYATAAN
HURAIAN
Memahami perasaan orang lain
Mak Lamah menyokong apa-apa perkara yang dilakukan oleh Adila asalkan Adila boleh melupakan kisah pahitnya.

Mak Lamah memujuk supaya Adila berjumpa dengan Faizal yang datang ke kampung untuk bertemu dengan Adila.
Berprasangka buruk
Mak Lamah tidak dapat tidur kerana memikirkan hal perbuatan suaminya dengan Harun. Dia memikirkan suaminya akan menjadi fasik seperti Harun yang cuba membelakangkan hukum syarak dalam mengendalikan harta anak yatim
Baik hati
Mak Lamah mempelawa Hafiz makan sebelum Hafiz berjumpa dengan Adila
Suka menasihati
Mak Lamah mengingatkan Adila supaya berhati-hati apabila berkawan dengan Hafiz kerana Hafiz seorang lelaki. Mak Lamah bimbang sesuatu yang buruk berlaku kepada Adila.

Mak Lamah menasihati Adila supaya pulang ke kota kerana tidak mahu Alias melakukan perkara buruk kepada Adila
Memahami perasaan orang lain
Mak Lamah menyedari kegelisahan yang dihadapi oleh Adila. Mak Lamah menasihati Adila supaya tidak memikirkan Hafiz sebaliknya memikirkan diri sendiri dan masa depan Adila.  Mak Lamah menasihati Adila supaya pulang ke kota kerana tidak mahu Adila merosakkan masa depannya.











SAMSUL

PERWATAKAN LUARAN

WATAK
PERNYATAAN

  • Adik Same’ah
  • Masih bersekolah
  • 10 tahun lebih muda daripada Hafiz


PERWATAKAN DALAMAN

PERNYATAAN
HURAIAN
Suka mempermain-mainkan orang
Samsul pernah mempermain-mainkan Hafiz dengan menyuruhnya naik pokok betik tetapi apabila Hafiz sampai di pertengahan, dia meminta Hafiz turun kerana menuduhnya ingin mencuri
Bertanggungjawab
Samsul membawa Hafiz ke bangsal tempat menyimpan barang-barang. Samsul meminta Hafiz memberishkan dirinya kerana dia tidak dapat menahan loya apabila melihat parut yang berair dan lendir yang berbau.

Samsul sempat berpesan kepada Hafiz supaya sentiasa mengikutnya semasa mereka berjalan-jalan di bandar kerana Hafiz tidak pernah pergi ke bandar sebelum ini
Baik hati
Samsul membantu Hafiz yang kelemahan apabila Sidang Saman membawa pulang ke rumah. Selepas meletakkan Hafiz di bangsal, dia datang semula membawa makanan kepada Hafiz
Penakut
Samsul tidak masuk ke rumah Hafiz ketika mencari Hafiz kerana takut
Amanah
Samsul memberitahu Adila bahawa Alias akan menunggunya di hilir jambatan pada pukul 9 pagi esok kerana ingin mengajak Adila ke pekan
Mudah bersimpati
Samsul serba salah melihat Hafiz menangis di hadapannya. Belum pernah dia melihat Hafiz menangis sebelum ini. Samsul meminta maaf dan terharu melihat Hafiz.
Insaf
Selepas berbual dengan Hafiz di bangsal, perasaan Samsul terganggu kerana dia menyedari bahawa dia juga merupakan salah seorang yang pernah mempermainkan dan mengabaikan Hafiz
Patuh
Setelah menyedari Hafiz tiada di bangsal Samsul pergi ke rumah Hafiz apabila diarahkan oleh emaknya.
Penyayang
Samsul tidak menyedari bahawa Hafiz tiada bersamanya. Samsul tersedar ketiadaan Hafiz dan berpatah balik untuk mencari Hafiz tetapi tidak menjumpainya. Apabila berjumpa mereka berpelukan sehingga menjadi perhatian orang ramai
Pandai mencungkil rahsia
Samsul mencari jalan untuk mengetahui rahsia bagaimana berita fitnah terhadap Adila daripada Hafiz. Samsul ingin mengetahui sama ada Hafiz pernah menyentuh Adila walaupun dia menyedari bahawa Hafiz tidak akan berbuat perkara sedemikian.










FAIZAL

PERWATAKAN LUARAN

WATAK
PERNYATAAN

  • Tampan
  • Bahasa yang digunakan mudah terpikat
  • Bekas tunang Adila
  • Telah beristeri

PERWATAKAN DALAMAN

PERNYATAAN
HURAIAN
Berani berterus-terang

Faizal datang ke rumah Sidang Saman untuk berjumpa dengan Adila dan memujuk Adila supaya kembali kepadanya semula.
Penyayang
Faizal memberitahu bahawa dirinya masih menyintai Adila dan sudah menceraikan isterinya semata-mata ingin kembali kepada Adila.
Tidak mudah putus asa
Faizal memberitahu bahawa dia akan datang lagi memujuk Adila dan dia tidak akan menyesal jika dia datang kembali Adila sudahpun bersuami.

1 comment:

ASPEK KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

ASPEK KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ASPEK KOMSAS PERNYATAAN HURAIAN PEMIKIRAN Semangat cinta...