EKSPOSISI/PERMULAAN
PERNYATAAN |
Datuk Dolhi bingung memikirkan anak-anaknya yang tidak berminat dalam bidang perniagaan. Beliau mengharapkan salah seorang daripada lima anaknya akan menyambung tugasnya nanti tetapi hingga kini tiada seorangpun yang berminat. Datuk Dolhi mengimbas kembali kenangannya, iaitu Hasnol dilahirkan ketika dia menjadi pegawai kerajaan. Ketika itu dia bertugas sebagai pengarah jabatan. Niatnya pada masa itu ialah mahu Hasnol menjadi pegawai tadbir dan diplomatik dan seterusnya menjadi KSU dan hasratnya termakbul apabila Hasnol menjawat jawatan PTD dan kedudukan Hasnol kini agak baik sehingga menolak cadangan ayahnya untuk menjadi pengarah urusan di syarikatnya sendiri. Puas Datuk Dolhi memujuk Hasnol tetapi Hasnol belum bersedia meninggalkan jawatannya sekarang. Datuk Dolhi teringat kata-kata Ilham yang menyinggung perasaannya kerana Ilham beria-ia membela hutan belantara sedangkan cabang perniagaannya adalah kegiatan pembalakan. Ilham menuduh ayahnya sengaja menutup pandangannya akan kesan kemusnahan hutan demi wang. Dia tidak mahu generasi akan datang akan kehilangan hutan. Datuk Dolhi dan Datin Tominah dikurniakan lima orang anak, iaitu empat lelaki dan seorang perempuan. Anak-anaknya yang lain ialah Amera, Mukhlis dan Dani. Datuk Dolhi pernah berkahwin dengan seorang peranakan Arab dan dikurniakan seorang anak lelaki tetapi isterinya itu meninggal dunia dan perkara tersebut menjadi rahsia hidup Datuk Dolhi. Keakraban dengan Datuk Dolhi menyebabkan Albert Lee seperti sudah menjadi keluarganya. Pernah Albert Lee menyatakan hasrat untuk melamar Amera buat anaknya Robert Lee yang kacak dan cergas dalam membantu perniagaannya tetapi Amera tidak bersetuju. Mukhlis enggan bekerja dengan bapanya kerana beranggapan kerjaya itu penuh dengan judi, riba dan tidak berlandaskan Islam. Datuk Dolhi marah dengan kata-kata Mukhlis yang seolah-olah menghina pekerjaannya. Datuk Dolhi berbincang dengan isterinya tentang anaknya, Dani yang telah menjadi artis baru dan bakal merakam album. Datuk Dolhi tidak bersetuju Dani menceburi bidang muzik kerana Dani bukannya ada asas muzik dan kerjaya anaknya tidak akan bertahan lama. Petang sudah berakhir tetapi keresahan Datuk Dolhi belum berakhir. Dia masih memikirkan perniagaannya jika tidak ada anak-anak yang mahu menurut jejaknya. |
PERKEMBANGAN
PERNYATAAN |
Sejak akhir-akhir ini, Datuk Dolhi berasa letih dan sakit-sakit, tetapi dia menggagahkan dirinya untuk bekerja tanpa memikirkan rehat. Hidup baginya adalah kerja keras. Walaupun usianya sudah enam puluhan, tetapi Datuk Dolhi masih mampu menjalankan perniagaannya dengan memeriksa projek, menghadiri seminar, ke luar negara mencari rakan kongsi sambil melihat peluang niaga di sana. Petang itu, Datuk Dolhi akan berjogging dengan Albert Lee di Bukit Serakah. Datin Tominah mengingatkan supaya Datuk Dolhi menjalani pemeriksaan kesihatan terlebih dahulu supaya tidak menghadapi masalah kelak. Albert Lee mengingatkan Datuk Dolhi untuk menjodohkan anaknya dengan Amera. Robert Lee sudah bersedia untuk memeluk agama Islam. Datuk Dolhi menyerahkan kepada anaknya kerana dia tidak akan memaksa anaknya itu mengikut cadangannya dan menyerahkan kepada Amera membuat pilihan. Datuk Dolhi menerima panggilan Wahi yang sedang berada di Jepun. Datuk Dolhi mengingatkan Wahi supaya mempelajari sebanyak mungkin daripada orang Jepun tentang pengurusan, kecanggihan peralatan dan sistem komunikasi. Wahi perlu menimba sebanyak mungkin pengalaman dalam bidang pengurusan di sana. Pukul lapan malam, pemandunya sudah siap menunggu. Datuk Dolhi suka menggunakan kereta limosin saga barunya ke majlis rasmi kerana dia lebih mengutamakan barangan buatan tempatan. Dalam hal berpakaian, Datuk Dolhi juga suka mengenakan batik Kelantan kerana barangan tempatan juga bermutu tinggi. Datuk Dolhi menemani isterinya ke Pertunjukan Busana Islam di Merlin Hotel. Di rumah, Amera mempersoalkan sikap Ilham yang tidak mahu bekerja walaupun usia sudah meningkat. Amera melepaskan geramnya yang terbuku dalam hatinya selama ini kepada Ilham kerana asyik mundar-mandir tanpa tujuan. Pagi hari minggu, Hasnol datang ke rumah orang tuanya seorang diri. Datuk Dolhi menanyakan hasratnya supaya Hasnol meletak jawatan untuk menggantikannya nanti. Hasnol keberatan kerana risiko yang bakal diterimanya dan dia sayangkan pencen. Lagipun isterinya, Linda lebih sukakan Hasnol bekerja sebagai pegawai kerajaan. Datuk Dolhi mengingatkan Hasnol agar tidak marah jika perniagaannya itu jatuh ke tangan orang lain nanti. Wahi menghantar kertas cadangan melalui faks kepada Datuk Dolhi meminta supaya melaksanakan Kawalan Mutu Menyeluruh (KMM) di Dolhi-Albert Holding yang telah menjadi falsafah dalam syarikat Jepun untuk menghasilkan barangan bermutu. Datuk Dolhi teringat akan anaknya Mukhlis, semalam dia ternampak Mukhlis di masjid dengan jubah dan serban yang lusuh serta janggut dan jambang yang tidak bercukur. Mukhlis berlegar ke sana ke mari atas nama dakwah, tidak mempunyai pekerjaan dan kegiatan ekonomi, hanya menadah tangan mengharapkan belas kasihan orang. Dia tidak tahu bagaimana Mukhlis boleh jadi begitu, sedangkan dia lulus Ijazah Pentadbiran dari Amerika Syarikat. Datuk Dolhi menanyakan kerjaya Amera dalam bidang pendidikan kerana dia pernah berhasrat untuk melatih Amera dalam bidang perniagaan. Amera tetap dengan pendiriannya ingin menjadi pendidik dan cukup dengan apa yang dinikmati sekarang. Amera juga menolak Robert kerana dia bukan hendak kaya tetapi mahu hidup sederhana. Mukhlis pulang ke rumah bersama-sama empat orang kawannya. Kawannya meminta izin Datuk Dolhi untuk membawa Mukhlis berdakwah ke seluruh dunia bulan depan. Datuk Dolhi membenarkan Mukhlis mengikut mereka tetapi tanpa dengan pembiayaannya. Datuk Dolhi menempelak rakan-rakan Mukhlis yang merosakkan nama baik Islam kerana mundar mandir tanpa pekerjaan. Datuk Dolhi dan Datin Tominah ke Dewan Jubli Intan untuk menyaksikan Amera menerima anugerah Tokoh Pendidik Negeri. Mereka duduk bersebelahan dengan Timbalan Menteri Tugas-Tugas Khas, iaitu tetamu kehormat pada hari itu. Pagi itu, Inem pembantu rumah Datuk Dolhi memohon berhenti kerja . Datin Tominah kehairanan kerana dia tidak menghadapi masalah dengan pembantunya itu. Datin Tominah memikirkan ada sesuatu yang tidak kena sehingga Inem mengambil keputusan serta-merta. Pelbagai perkara negatif berlegar dalam kepalanya. Seminggu kemudian, Inem menghantar surat mengatakan Ilham beberapa kali menceroboh biliknya. Datuk Dolhi terkejut apabila diberitahu melalui telefon oleh rakan anaknya bahawa Mukhlis telah bernikah dengan janda tuk guru. Datuk Dolhi mengenang kembali Hasnol yang memilih Linda secara tergesa-gesa dan berkahwin tanpa berunding dengannya dan kini Mukhlis pula bernikah senyap-senyap. Datuk Dolhi seolah-oleh tidak percaya akan perbuatan anaknya itu yang tidak lagi berfikir sebagai seorang intelek meskipun pernah memasuki menara gading. Pada waktu senja, Albert menelefonnya bahawa Ilham sedang membuat benteng manusia dengan orang Asli di tapak penebangan balak. Albert mencadangkan supaya Datuk Dolhi memanggil pulang anaknya kerana kedudukan Ilham amat berisiko. Bersama-sama Ilham ialah aktivis kulit putih yang turut tinggal di perkampungan orang Asli itu. Albert memaklumkan dia telah berbincang dengan pengurusan syarikat dan akan bekerjasama dengan pihak polis dan kerajaan negeri untuk menyekat perbuatan Ilham sebab mereka akan kerugian berjuta-juta ringgit jika projek tersebut dibatalkan. Datuk Dolhi sedar kedudukannya menyebabkan orang lain serba salah hendak mengambil tindakan terhadap Ilham. Dia meminta Rozie menguruskan percutiannya ke Tokyo selama seminggu untuk menenangkan fikiran bersama-sama Wahi. Datuk Dolhi teringat, Mastura sangat kecewa. Selepas setahun berkahwin dengan Tominah, Datuk Dolhi menikahi Mastura senyap-senyap kerana rasa tanggungjawab terhadap perhubungannya dahulu, tambahan pula Mastura menderita sehingga jatuh sakit. Ketika melahirkan anak, Mastura meninggal dunia. Anak itu diserahkan kepada ibu mentuanya untuk dipelihara dan dia membantu anaknya itu seadanya. Inilah kisah hidupnya yang menyayat hati. Pada malam itu, Mukhlis pulang ke rumah ibunya dan meminta maaf kepada ibunya. Datin Tominah menangis melihat keadaan anaknya dan amat kecewa kerana Mukhlis yang diharap berjaya dalam karier kini menerima gaji lima ringgit sehari di kilang mi di Kampung Sungai Bakau. Amera berfikir berkali-kali untuk memenuhi undangan orang yang tidak dikenalinya itu. Dia meminta pendapat ibunya. Amera pergi ke Kelab Mawar, tempat ekslusif dan tidak terdedah kepada orang awam. Hatinya berdebar-debar. Lelaki yang ditunggu-tunggunya itu tiba dan telah dikenalinya iaitu YB Wahab, Timbalan Menteri. Rasa gementar Amera sudah surut. Mereka berbual tentang pelbagai topik. Datuk Dolhi memikirkan cara untuk memberitahu rahsianya kepada Wahi. Malam itu, mereka turun ke Restoran Cina di tingkat satu. Di situlah Datuk Wahi memberitahu bahawa Wahi adalah anaknya. Wahi tidak terkejut mendengar berita tersebut kerana neneknya sudah memberitahunya sebelum ini. Hasnol menunggu tengku Munir di tempat ekslusif. Tengku Munir meminta Hasnol memainkan peranannya kerana banyak tender yang dia masuk tetapi semuanya ditendang. Hasnol memberitahu bahawa kelulusan tender di bawah lembaga tender. Hasnol bimbang dia akan ditangkap BPR jika melakukan perkara seperti yang diarahkan oleh Tengku Munir. Ilham memberi nasihat kepada sekumpulan orang Asli supaya mempertahankan cara hidup mereka dan tidak membiarkan tauke-tauke menghancurkan hidup mereka. Masyarakat orang Asli termakan hasutan Ilham dan mereka membina benteng manusia menyebabkan lori-lori balak gagal memasuki kawasan itu. Hasnol dan Bruno telah melarikan diri apabila pihak berkuasa tiba tetapi masyarakat orang Asli tidak berganjak dari situ. Albert bertanyakan Robert mengenai hubungannya dengan Amera. Robert menjelaskan bahawa sukar baginya memikat Amera kerana sukar untuk berjumpa. Albert berharap agar Robert berusaha memikat Amera walaupun terpaksa masuk Islam. Albert melihat bahawa untuk mengukuhkan empayar niaga mereka, keluarga mereka perlu bersatu dengan keluarga Datuk Dolhi walaupun terpaksa mengorbankan identiti Cina mereka. Datuk Dolhi memberitahu Wahi bahawa mereka tidak boleh melepaskan pengurusan kepada Albert begitu sahaja kerana sebagai ahli perniagaan perasaan curiga-mencurigai timbul dalam hatinya. Datuk Dolhi menyatakan Robert begitu komited dengan kerja-kerja syarikat. Anak-anaknya yang lain tidak berminat, jadi dia mengharapkan kepada Wahi seorang sahaja kini. Wahi mengingat semula peristiwa dia menyampaikan hasrat untuk bernikah dengan Yuka yang pada amulanya ditolak, tetapi menerimanya setelah beberapa kali Wahi meyakinkannya. Ayah Yuka, Yoshikoni Sakate membantah tetapi kerana pengalaman pernah hidup di Tanah Melayu sebagai tentera Jepun ketika perang telah menyebabkan dia berubah fikiran. Dia menerima Wahi kerana mahu menebus rasa bersalah atas perbuatannya yang lalu. Datuk Dolhi menasihati Dani supaya menjaga imej kerana melihat Dani tidak terurus. Dia menasihati supaya Dani tidak terlibat dengan dadah dan tidak bergaul dengan kumpulan yang kurang sihat. Jika ditangkap dia tidak akan menjamin Dani. Datuk Dolhi sudah dapat mencium kegiatan kurang sihat Dani terutamanya pergaulannya dnegan budak penagih. Fikir Datuk Dolhi, Dani perlu diselamatkan sebelum keadaan menjadi parah. |
PERUMITAN/KONFLIK/CABARAN/MASALAH
PERNYATAAN |
Datuk Dolhi bingung memikirkan anak-anaknya tidak berminat dalam bidang perniagaan. Beliau mengharapkan salah seorang daripada lima anaknya akan menyambung tugasnya nanti tetapi hingga kini tiada seorangpun yang berminat. Anak-anaknya lebih berminat dalam bidang lain. Anak sulungnya, Hasnol enggan melepaskan jawatannya sebagai PTD kerana memikirkan dia mempunyai masa depan yang cerah untuk menjadi pegawai tinggi kerajaan. Puas Datuk Dolhi memujuk Hasnol tetapi Hasnol belum bersedia meninggalkan jawatannya sekarang. Datuk Dolhi seolah-olah kecewa dengan anaknya, Ilham kerana suka membuang masa tak tentu hala. Ilham sering terpampang di dada akhbar sebagai penyair dan penulis yang sedang meningkat naik. Rencana-rencananya yang menyentuh persoalan alam sekitar sering menjadi perbincangan khusus. Datuk Dolhi teringat kata-kata Ilham yang menyinggung perasaannya kerana Ilham beria-ia membela hutan belantara sedangkan cabang perniagaannya adalah kegiatan pembalakan. Ilham menuduh ayahnya sengaja menutup pandangannya akan kesan kemusnahan hutan demi wang. Dia tidak mahu generasi akan datang akan kehilangan hutan. Datuk Dolhi tidak puas hati kerana dengan wang tersebutlah beliau dapat membesarkan anak-anaknya. Mukhlis enggan bekerja dengan bapanya kerana beranggapan kerjaya itu penuh dengan judi, riba dan tidak berlandaskan Islam. Datuk Dolhi marah dengan kata-kata Mukhlis yang seolah-olah menghina pekerjaannya. Datuk Dolhi berbincang dengan isterinya tentang anaknya, Dani yang telah menjadi artis baru dan bakal merakam album. Datuk Dolhi tidak bersetuju Dani menceburi bidang muzik kerana Dani bukannya ada asas muzik dan kerjaya anaknya tidak akan bertahan lama. Wahi sudah empat tahun bekerja di Dolhi-Albert Holding. Dia pegawai yang cekap. Datuk Dolhi sendiri yang mengambil Wahi bekerja dengannya. Semua orang tidak tahu bahawa dia mempunyai pertalian yang rapat dengan Wahi. Wahi menjadi orang kepercayaannya. Fikirannya sentiasa positif. Wahi akan menerima apa-apa sahaja tugas dengan hati terbuka. Wahi dihormati orang bawahannya. Budi bahasa, tutur kata dan diplomasinya amat mengagumkan. Datuk Dolhi meramalkan Wahi akan menjadi pengurus yang baik beberapa tahun akan datang. Datuk Dolhi membaringkan dirinya di kerusi malas di hadapan rumahnya akibat kepenatan. Dia teringat janji untuk menemani isterinya ke pertunjukan busana Islam. Datin Tominah telah bersiap sedia tetapi Datuk Dolhi seolah-olah keberatan untuk ke sana kerana keletihan dan kehadiran tetamu diraja menuntut protokol. Pertunjukan itu memakan masa selama dua jam. Pertunjukan itu sungguh membosankan Datuk Dolhi kerana fesyen yang ditunjukkan adalah pakaian wanita muda. Ilham berdebat dengan kakaknya tentang peranan seniman. Amera mengatakan seniman tidak mampu merubah dunia sebaliknya ahli sains, ahli ekonomi, pakar-pakar industri dan kejuruteraan yang mampu membangunkan dunia. Ilham membalas bahawa seniman pencetus tamadun manusia. Amera mempersoalkan sikap Ilham yang tidak mahu bekerja walaupun usia sudah meningkat. Amera melepaskan geramnya yang terbuku dalam hatinya selama ini kepada Ilham kerana asyik mundar-mandir tanpa tujuan. Hasnol ke rumah bapanya untuk meminjam wang sebanyak sepuluh ribu bagi menyelesaikan masalah kelab golf. Datuk Dolhi mempersoalkan gaya hidup mewah Hasnol yang tidak sepadan dengan kerjayanya sebagai pegawai kerajaan. Datuk Dolhi kesal dengan sikap anaknya itu. Hasnol berkahwin dengan Linda, anak bekas diplomat Malaysia ke luar negeri. Linda dilahirkan di London. Cara hidupnya agak kebaratan. Gaya hidup Hasnol berubah apabila berkahwin dengan Linda. Sejak akhir-akhir ini Hasnol sering kesempitan wang. Masalah kewangannya begitu berat. Sudah kerap Datuk Dolhi membantu. Datuk Dolhi teringat akan anaknya Mukhlis, semalam dia ternampak Mukhlis di masjid dengan jubah dan serban yang lusuh serta janggut dan jambang yang tidak bercukur. Mukhlis berlegar ke sana ke mari atas nama dakwah, tidak mempunyai pekerjaan dan kegiatan ekonomi, hanya menadah tangan mengharapkan belas kasihan orang. Dia tidak tahu bagaimana Mukhlis boleh jadi begitu, sedangkan dia lulus Ijazah Pentadbiran dari Amerika Syarikat. Mukhlis datang ke pejabat Datuk Dolhi untuk meminjam wang kerana dia hendak berdakwah ke jalan Allah. Datuk Dolhi tidak dapat memenuhi kehendak Mukhlis kerana sifat amanahnya pada syarikat yang tidak boleh mengeluarkan wang sewenang-wenangnya. Amera termenung dan memikirkan orang yang mengucapkan tahniah dalam telefon sebentar tadi. Kemudian adiknya, Dani menyampaikan sejambak bunga yang dihantar melalui Mekar Florist untuk kakaknya. Amera menghubungi Mekar Florist yang sering dilanggan oleh keluarga Datuk Dolhi untuk mengetahui orang yang menghantar bunga kepadanya. Mary memberitahu bahawa seorang VIP melalui pemandunya yang menempah bunga tersebut Pagi itu, Inem pembantu rumah Datuk Dolhi memohon berhenti kerja . Datin Tominah kehairanan kerana dia tidak menghadapi masalah dengan pembantunya itu. Datin Tominah memikirkan ada sesuatu yang tidak kena sehingga Inem mengambil keputusan serta-merta. Pelbagai perkara negatif berlegar dalam kepalanya. Seminggu kemudian, Datin Tominah menerima surat daripada Inem bahawa Ilham menceroboh bilik Inem beberapa kali. Dia ingin berhenti kerja supaya nama baik Datuk Dolhi tidak tercemar. Petang itu, Hasnol menelefon Datin Tominah untuk meminjam wang lagi. Datin Tominah memikirkan Hasnol yang masih dengan cara hidup lama, asyik bersenang-senang ke sana ke mari sedangkan dia hanya pegawai kerajaan yang mempunyai gaji terhad. Masalah Hasnol tidak akan selesai selagi dia tidak menukar cara hidupnya. Datuk Dolhi terkejut apabila diberitahu melalui telefon oleh rakan anaknya bahawa Mukhlis telah bernikah dengan janda tuk guru. Datuk Dolhi mengenang kembali Hasnol yang memilih Linda secara tergesa-gesa dan berkahwin tanpa berunding dengannya dan kini Mukhlis pula bernikah senyap-senyap. Datuk Dolhi seolah-oleh tidak percaya akan perbuatan anaknya itu yang tidak lagi berfikir sebagai seorang intelek meskipun pernah memasuki menara gading. Datuk Dolhi tidak percaya bahawa Ilham dijemput ke Sarawak untuk menyampaikan kertas kerja tentang masalah hutan dan pembalakan. Dikhabarkan juga Ilham akan mengadakan tunjuk perasaan bersama dengan orang asli di sana. Datuk Dolhi rasa tercabar kerana dia ada saham dalam syarikat pembalakan itu. Mereka bukan melakukan pembalakan haram, sebaliknya Ilham dipengaruhi oleh pertubuhan luar negeri yang mengatakan mereka menebang balak sewenang-wenangnya tetapi sebaliknya Datuk Dolhi ada tanggungjawab menanam semula hutan yang telah ditebang. Datuk Dolhi berlepas ke Tokyo dan jarak perjalanan memakan masa selama tujuh. Dia ingin melupakan seketika masalah-masalah yang ditimbulkan oleh anak-anaknya. Dia ada sesuatu yang penting mahu bercakap dengan Wahi. Datuk Dolhi teringat kekecewaan Mastura. Selepas setahun berkahwin dengan Tominah, Datuk Dolhi menikahi Mastura senyap-senyap kerana rasa tanggungjawab terhadap perhubungannya dahulu, tambahan pula Mastura menderita sehingga jatuh sakit. Ketika melahirkan anak, Mastura meninggal dunia. Anak itu diserahkan kepada ibu mentuanya untuk dipelihara dan dia membantu anaknya itu seadanya. Inilah kisah hidupnya yang menyayat hati. Mukhlis sugul di pintu sebuah pondok kecil di perkampungan jemaahnya memikirkan tindakannya yang mengahwini Hanisah, janda beranak tiga kerana hasutan Saiful Bahri yang mengatakan mengahwini janda adalah sunah Nabi. Dia seolah-olah menyesal akan perbuatannya itu dan memikirkan bahawa ibunya tentu marah kerana berkahwin tanpa pengetahuan keluarga. Hanisah meminta Mukhlis bekerja apa-apa sahaja untuk menanggung kehidupan keluarga. Mukhlis sememangnya belum bersedia untuk berumahtangga. Dia mengikuti jemaah itu tanpa persiapan ilmu dan minda. Dia terasa ada beban yang digalasnya selepas berkahwin. Hasnol menghadapi masalah dengan bank. Dia meminta Linda meminjam wang daripada bapanya untuk mengelakkan dia disaman. Linda enggan kerana sudah dua kali meminjam wang daripada bapanya, lagipun belum lagi dibayar. Hasnol menyatakan hasratnya untuk berhenti kerja dan akan bekerja dengan bapanya tetapi tidak dipersetujui oleh Linda kerana tidak suka Hasnol bekerja tak tentu masa. Amera berfikir berkali-kali untuk memenuhi undangan orang yang tidak dikenalinya itu. Dia meminta pendapat ibunya. Amera pergi ke Kelab Mawar, tempat ekslusif dan tidak terdedah kepada orang awam. Hatinya berdebar-debar. Lelaki yang ditunggu-tunggunya itu tiba dan telah dikenalinya iaitu YB Wahab, Timbalan Menteri. Rasa gementar Amera sudah surut. Mereka berbual tentang pelbagai topik. Amera sebenarnya tidak begitu gemar cara Dani berkecimpung dalam bidang muzik. Baginya, kalau mahu masuk bidang muzik mesti serius, masuk sekolah muzik, bukannya belajar muzik di tepi jalan kemudian merakan album. Karier sebagai pemuzik lebih terjamin jika memasuki sekolah muzik. Pada Amera, pemuzik dan penyanyi mesti berilmu, barulah karya mereka dipandang tinggi. Dani memberitahu gosip artis dengan VIP. Amera menanyakan Dani artis yang digosipkan dengan YB Wahab Yassin. Dani memberitahu YB Wahab digosipkan dengan seorang guru di negeri ini. Amera cemas kerana perjumpaannya dengan YB Wahab tempoh hari cepat dihidu oleh agen gosip. Dia bimbang gosip tersebut akan mencemarkan nama baiknya. Datuk Dolhi memikirkan cara untuk memberitahu rahsianya kepada Wahi. Malam itu, mereka turun ke Restoran Cina di tingkat satu. Di situlah Datuk Wahi memberitahu bahawa Wahi adalah anaknya. Wahi tidak terkejut mendengar berita tersebut kerana neneknya sudah memberitahunya sebelum ini. Pada malam yang dijanjikan, Hasnol menuju ke Teratai Inn seorang diri kerana perkara yang akan dibincangkan cukup sulit. Tengku Munir hendak bertemunya. Hasnol berasa tidak tenteram kerana selama ini dia bekerja dengan jujur dan tidak pernah mengadakan pakatan sulit di luar. Banyak kontraktor yang ditolak apabila mengajaknya keluar, tetapi sukar baginya menolak ajakan Tengku Munir. Tengku Munir meminta Hasnol memainkan peranannya kerana banyak tender yang dia masuk tetapi semuanya ditendang. Hasnol memberitahu bahawa kelulusan tender di bawah lembaga tender. Hasnol bimbang dia akan ditangkap BPR jika melakukan perkara seperti yang diarahkan oleh Tengku Munir. Tengku Munir meminta Hasnol membuka akaun di Singapura dan mengancam hidup Hasnol tidak akan selamat jika rahsia mereka terbongkar. Hasnol memikirkan kesusahan hidupnya nanti jika Tengku Munir menghantarnya ke pedalaman, yang sudah tentu tidak disukai oleh isterinya. Di Sarawak, pihak berkuasa sedang mencari aktivis Barat, Bruno Manser yang menghasut masyarakat peribumi membina benteng manusia bagi menghalang pembalakan. Berita yang dibaca oleh Datin Tominah pagi itu sungguh meresahkan. Dia pasti akhirnya pihak berkuasa akan menangkap Ilham yang mewujudkan konfrontasi dan mengancam keselamatan negara. Pada waktu malam, Robert menelefon Amera untuk mengajak Amera makan tetapi ditolak oleh Amera dengan alasan sibuk. Robert mengenang kembali bahawa dia sudah lama berkawan dengan Amera, sejak bapanya mula menjadi rakan kongsi Datuk Dolhi. Mereka sering bertemu dan keluar bersama. Sejak akhir-akhir ini, Amera agak dingin dengannya. Wahi mengingat semula peristiwa dia menyampaikan hasrat untuk bernikah dengan Yuka yang pada amulanya ditolak, tetapi menerimanya setelah beberapa kali Wahi meyakinkannya. Ayah Yuka, Yoshikoni Sakate membantah tetapi kerana pengalaman pernah hidup di Tanah Melayu sebagai tentera Jepun ketika perang telah menyebabkan dia berubah fikiran. Dia menerima Wahi kerana mahu menebus rasa bersalah atas perbuatannya yang lalu. Datin Tominah menerima surat Ilham yang kini berada di Perancis. Dalam surat tersebut Ilham menceritakan kesusahannya melarikan diri melalui Indonesia, Australia dan seterusnya ke Perancis. Datuk Dolhi menolak cadangan isterinya untuk membantu Ilham kerana dia perlu bertegas kepada anaknya itu sebagai pengajaran kepadanya walaupun dia sedih dengan apa yang berlaku. Datin Tominah juga mencadangkan supaya mereka membantu Mukhlis yang kini berada dalam kesusahan dan memberitahu kedatangan Mukhlis tempoh hari. Datuk Dolhi tidak mahu membantu Mukhlis buat masa sekarang kerana dia tidak mahu anaknya itu dimanjakan sebaliknya mahu anaknya merasai dahulu keperitan hidup. Datuk Dolhi menasihati Dani supaya menjaga imej kerana melihat Dani tidak terurus. Dia menasihati supaya Dani tidak terlibat dengan dadah dan tidak bergaul dengan kumpulan yang kurang sihat. Jika ditangkap dia tidak akan menjamin Dani. Datuk Dolhi sudah dapat mencium kegiatan kurang sihat Dani terutamanya pergaulannya dnegan budak penagih. Fikir Datuk Dolhi, Dani perlu diselamatkan sebelum keadaan menjadi parah. |
KLIMAKS
PERNYATAAN |
Suasana menjadi gempar di rumah Datuk Dolhi pada malam itu apabila dia mengisytiharkan Wahi adalah anaknya daripada isteri kedua. Datin Tominah menangis dan anak-anaknya yang lain seolah-olah tidak mempercayainya. |
PELERAIAN
PERNYATAAN |
Datuk Dolhi berasa lega setelah rahsia selama dua puluh lapan tahun telah diluahkan. Datin Tominah menangis dan anak-anak yang lain seolah-olah tidak percaya. Setelah rahsia dibongkar, hubungan Datuk Dolhi dengan isterinya menjadi renggang. Pada mulanya Datin Tominah mengambil sikap konfrontasi dengan suaminya seperti tidak menghiraukan makan dan pakai suaminya, tetapi semuanya dapat ditangani oleh Datuk Dolhi. Pagi itu, Datuk Dolhi menerima panggilan wakil timbalan menteri yang akan datang ke rumah mereka pada petang itu. Petang itu, wakil timbalan menteri datang membawa cincin tanya dan mereka berbincang tentang tarikh-tarikh penting. Amera dihujani tahniah oleh sahabat dan saudara mara. Keesokan hari, Datuk Dolhi bersama-sama Ustaz Hashim ke Kampung Sungai Bakau untuk mencari Mukhlis. Seorang pemuda memberitahu bahawa Mukhlis telah meninggalkan perkampungan tersebut dan dikatakan menjadi tidak suiman apabila cuba menyerang tuk gurunya. Tengku Munir meminta Hasnol ke pejabatnya. Tengku Munir memarahi Hasnol kerana meluluskan empat tender sahaja sedangkan dia memohon dua belas tender. Tengku Munir meminta Hasnol mengubah keputusan lembaga tender supaya memberikan semua tender kepadanya kerana dia telah memasukkan wang setengah juta kepada Hasnol untuk dirasuah kepada exco. Keesokan hari Tengku Munir dengan seorang pegawainya ke pejabat menteri besar untuk melaporkan Hasnol meminta diberikan wang setengah juta ringgit untuk mempengaruhi lembaga tender bagi mendapatkan kelulusan permohonan dua belas tender projek-projek kerajaan. Malam itu, Hasnol menelefon emaknya. Dia mengaku kesilapan yang dilakukan itu sambil memberitahu dia dipaksa oleh orang besar. Emaknya meminta Hasnol pulang untuk menegakkan kebenaran di mahkamah. Dani telah ditangkap kerana memiliki najis dadah dan kini berada di dalam lokap. Kumpulan Young Rock Band amat kecewa kerana album mereka baru sahaja berada di pasaran dan peristiwa tersebut boleh menjatuhkan imej mereka sebagai kumpulan muzik yang baru meningkat naik. Ketika lawatan menteri kanan Malaysia ke London, satu tunjuk perasaan anjuran Pertubuhan Alam Sekitar Dunia yang didalangi oleh Ilham diadakan. Ilham mengecam kerajaan Malaysia kerana membiarkan balak terus ditebang secara berleluasa. Albert Lee baru mengetahui bahawa Wahi adalah anak Datuk Dolhi yang sebenar menyebabkan dia tidak tenang. Albert Lee memikirkan kecekapan Wahi akan menghalang dia berbuat sesuka hati. Pukul lima pagi, Wahi dan isterinya, Yuka berlepas pulang ke Malaysia. Ketibaan mereka disambut oleh Datuk Dolhi, Datin Tominah, Hasnol, Amera dan Dani. Datin Tominah menerima Wahi dengan dada terbuka. Dia memeluk Yuka dengan erat. Mukhlis dimasukkan ke hospital kerana ditimpa kemalangan. Dia dilanggar motosikal ketika merayau-rayau di pekan tidak jauh dari Kampung Sungai Bakau. Pada akhir mesyuarat, Datuk Dolhi berucap untuk berundur dan digantikan oleh orang muda. Dia menamakan Wahi untuk diletakkan ditempatnya. Semua bertepuk tangan kecuali Albert Lee yang keluar meninggalkan bilik mesyuarat. Persahabatan Albert Lee dengan Datuk Dolhi terlerai begitu sahaja. Keputusan meletakkan Wahi di tempat Datuk Dolhi membuatkan Albert Lee tidak gembira, bahkan berasa terancam. Dia memberitahu anaknya untuk menarik diri daripada menjadi rakan kongsi dengan Datuk Dolhi. Datuk Dolhi berehat-rehat di anjung rumah. Dia berasa lega sekarang kerana tidak perlu memikirkan hal saham, tender atau masalah kakitangan. Segala-galanya telah selesai. Yuka ditugaskan di bahagian sumber manusia dan dijangka boleh menerapkan kaedah pengurusan Jepun dalam syarikatnya. Datuk Dolhi berharap anak-anaknya akan bangkit membersihkan kesilapan lalu dan memantapkan peribadi demi meneruskan perjuangan hidup. Dia mengharapkan Wahi dapat meluaskan empayar perniagaannya. Semoga dengan perluasan itu kelak, anak-anaknya yang lain akan tertarik untuk menerjuni bidang korporat sebagaimana yang diimpi-impikannya. Dia bermunajat kepada Allah agar mereka sekeluarga diberikan hidayah untuk meneguhkan iman, sekali gus menempa kejayaan. |
No comments:
Post a Comment