Saturday, 15 October 2011

PENGAJARAN NOVEL SUTERA DALAM LUKISAN


PERNYATAAN
HURAIAN
Kita hendaklah menyayangi antara satu sama lain supaya hubungan dapat dikekalkan
Sudah 2 hari Hafiz tidak meneruskan kerjanya. Berita Alias meminang Adila banyak mengganggu jiwanya. Dia seolah-olah hilang semangat, tenaga dan harapan. Dia berbisik sendirian dan bertanyakan dirinya sebab semuanya menjadi tidak kena pada dirinya. Makan, minum dan tidur semuanya terganggu. Mungkin dia menaruh hati kepada Adila

Kita hendaklah tabah menghadapi dugaan supaya jiwa menjadi tenang
Hafiz tabah menghadapi kekejaman Alias terhadapnya. Alias sering mempermain-mainkannya dan jika Hafiz enggan menurut perintahnya, Alias akan memukul, menyepak dan menerajangnya tanpa belas kasihan. Walaupun diperlakukan macam-macam oleh Alias, dia tidak pernah serik. Ramai yang menasihatinya supaya menjauhi Alias, tetapi semua itu tidak diendahkannya
Kita hendaklah ikhlas ketika membantu orang lain kerana sifat ini mampu mengelakkan diri daripada bersifat ego
Adila ikhlas menolong mengubah perwatakan Hafiz. Pada Adila Hafiz menjadi mangsa alam dan manusia. Sebenarnya Hafiz memiliki kepandaian dan pengetahuan yang luas. Adila mampu mengubah Hafiz menjadi manusia yang sempurna semula
Kita hendaklah bertanggungjawab membantu anak yatim kerana beban mereka dapat diringankan
Mak Som mengajak Hafiz bersarapan di rumahnya setelah Hafiz selesai membasuh motosikal Alias. Mak Som menyerahkan seringgit kepada Hafiz apabila Alias enggan memberi upah kepada Hafiz. Mak Som menasihati Hafiz supaya tidak menurut arahan Alias.
Kita hendaklah berani menegakkan hak supaya tidak terlepas ke tangan orang lain
Hafiz sudah berani  untuk menegakkan haknya. Dia sudah tidak takut ketika berhadapan dengan Harun yang datang berjumpa dengannya di tebing sungai untuk mendapatkan tandatangannya.
Kita hendaklah yakin dengan keputusan yang telah kita buat supaya kita tidak menyesal kemudian hari
Adila telah membuat keputusannya dan dia tidak akan menarik balik keputusannya walau apapun yang diperkatakan oleh Sidang Saman. Akhirnya Sidang Saman sekeluarga menerima pilihan Adila.
Kita hendaklah bersimpati dengan  masalah orang lain supaya beban mereka dapat diringankan
Adila memberitahu Same’ah bahawa Hafiz tidak harus dibiarkan sebegitu. Adila sering memberitahu Same’ah bahawa Hafiz menjadi mangsa alam dan manusia di sekelilingnya.
Kita hendaklah bijak menyelami maksud orang lain supaya diri tidak ditimpa musibah
Sidang Saman menyedari akan muslihat yang ingin dilakukan oleh Harun. Sidang Saman membuat helah supaya Harun mendapatkan tandatangan Hafiz kerana Hafiz juga berkuasa ke atas tanah yang ingin dituntut oleh Harun.  Harun bersetuju tanpa menyedari bahawa Sidang Saman juga mempunyai muslihat tertentu.
Kita hendaklah membantu orang yang dalam kesusahan kerana hidup mereka terbela
Adila berasa bangga apabila orang kampung bercaka-cakap tentang Hafiz. Hafiz pada mereka telah banyak berubah atas pertolongan mereka. Adila merasakan kerjanya akan menjadi lebih mudah selepas ini apabila orang kampung ingin membantu memulihkan Hafiz
Kita hendaklah berkorban untuk orang lain supaya masalah mereka dapat diringankan
Adila bersedia mendermakan darahnya kepada Sahak. Dia menganggap darah yang disumbangkan untuk Sahak itu sekadar kebajikan dan dia tidak angkuh dengan sumbangannya itu.
Kita hendaklah rajin berusaha supaya tidak sentiasa membabankan orang lain
Sebahagian kawasan tanah di hadapan rumah nenek Hafiz sudah diterangkan. Belukar dan semak samun sudah ditebas dan tanahnya sudah digemburkan. Hafiz pernah menyatakan hasratnya kepada Adila untuk menanam sayur-sayuran. Galakan Adila merupakan dorongan utama kepadanya.
Kita hendaklah berjimat-cermat supaya masa hadapan tidak ditimpa kesusahan
Setiap kali bertemu dengan Wak Senen, Hafiz diberikan duit. Duit-duit itu tidak pernah dibelanjakan sebaliknya dia menyimpan duit-duit tersebut di dalam kendi tembaga dan menyorok di bawah rumah
Kita hendaklah mengenang budi orang supaya orang tidak melupakan kita
Hafiz memberitahu bahawa Adila banyak membantunya dengan mengajar pelbagai perkara. Dia mengenang jasa baik yang telah ditaburkan oleh Adila. Hafiz tidak tahu cara hendak membalas budi baik Adila.
Kita hendaklah bersabar dengan dugaan yang dihadapi supaya jiwa kita menjadi tenang
Fatimah sabar menjalani kehidupan bersama Harun walaupun dia diperlakukan secara kasar seperti disepak, diterajang, dipukul oleh Harun
Kita hendaklah berterus terang kepada orang lain supaya mereka tidak tertanya-tanya
Adila mula menceritakan rahsia sehingga dia datang ke kampung dan tinggal bersama keluarga Same’ah. Sebenarnya dia ingin menenangkan fikiran akibat dipermainkan oleh Faizal yang tidak setia dalam perhubungan mereka. Faizal telah beristeri apabila Adila pulang ke tanah air.

Kita hendaklah nasihat-menasihati antara satu sama lain supaya musibah dapat dielakkan
Mak Lamah menasihati Adila supaya pulang ke kota kerana tidak mahu Alias melakukan perkara buruk kepada Adila
Jangan kita berlaku kejam kepada anak yatim kerana mereka juga berhak untuk menjalani kehidupan yang sempurna
Alias sering memarahi, menyepak dan menerajang Hafiz jika Hafiz enggan menurut perintahnya. Hafiz telah diperlakukan sedemikian kerana Alias sangat membencinya.
Jangan kita memakan harta anak yatim kerana perbuatan itu berdosa
Harun cuba memujuk Sidang Saman supaya mendapatkan tandatangan Hafiz bagi membolehkannya berkuasa ke atas tanah pusaka yang menjadi hak Hafiz
Jangan kita membuli orang yang lemah kerana perbuatan itu sangat dibenci
Hafiz sering menjadi mangsa buli kepada Alias seperti meminta Hafiz terjun ke dalam sungai dan membenam-benamkan dirinya di dalam lumpur sambil mentertawakannya
Jangan kita menyebarkan fitnah kerana perbuatan tersebut akan melukakan perasaan orang lain
Alias menyebarkan fitnah dengan mengatakan Adila sudah rosak dan lari ke kampung apabila orang kota sudah mengetahuinya. Adila begitu malu apabila menerima surat layang tersebut.
Jangan kita mengaibkan orang lain kerana maruah mereka perlu dijaga
Alias memberitahu Hafiz bahawa Adila terkena penyakit AIDS dan penyakit tersebut telah bertambah teruk sejak akhir-akhir ini

No comments:

Post a Comment

ASPEK KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

ASPEK KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ASPEK KOMSAS PERNYATAAN HURAIAN PEMIKIRAN Semangat cinta...