Tuesday 18 October 2011

LANGKAH-LANGKAH MEMUPUK SEMANGAT PATRIOTISME



ISU - SEMANGAT PATRIOTISME DALAM KALANGAN REMAJA

Tugasan - langkah-langkah memupuk semangat patriotisme dalam kalangan remaja

Idea

  • kerajaan mewajibkan semua remaja lepasan SPM menyertai Program Latihan Khidmat Negara, (PLKN) bukannya memilih secara rawak
  • kerajaan perlu menguar-uarkan kepentingan semangat patriotisme kepada remaja berulang-ulang kali
  • kerajaan perlu mewajibkan murid-murid sekolah rendah mempelajari subjek Sejarah untuk memupuk semangat patriotisme sejak kecil
  • kerajaan perlu memperuntukkan masa pembelajaran dan pengajaran yang panjang bagi subjek Sejarah di sekolah
  • kerajaan perlu mengambil tindakan tegas kepada remaja yang mempersendakan tanah air sendiri
  • kerajaan perlu melibatkan lebih ramai remaja dalam sambutan kemerdekaan setiap tahun
  • kerajaan memberikan anugerah dan penghargaan kepada remaja yang berjasa kepada negara
  • ibu bapa perlu memupuk semangat patriotisme dalam kalangan anak-anak sejak kecil
  • ibu bapa hendaklah membawa anak-anak menyertai sambutan kemerdekaan negara
  • ibu bapa hendaklah bercerita kepada anak-anak tentang pengorbanan generasi terdahulu meempertahankan negara
  • ibu bapa hendaklah membeli bahan-bahan bacaan yang berunsur patriotik kepada anak-anak
  • ibu bapa menggalakkan anak-anak menyertai pasukan keselamatan negara
  • sekolah perlu bertindak tegas kepada pelajar-pelajar yang tidak menyanyikan lagu Negaraku dengan penuh semangat
  • sekolah perlu menjemput tokoh-tokoh yang terlibat mempertahankan negara untuk memberi ceramah kepada pelajar-pelajar
  • sekolah perlu merancang aktiviti yang menarik sempena menyambut bulan kemerdekaan negara
  • sekolah perlu mengadakan program yang mampu memupuk semangat patriotisme dalam diri pelajar

1 comment:

ASPEK KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

ASPEK KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ASPEK KOMSAS PERNYATAAN HURAIAN PEMIKIRAN Semangat cinta...