Thursday 27 October 2011

KEPENTINGAN RUMAH TERBUKA RAKYAT MALAYSIA

ISU - RUMAH TERBUKA RAKYAT MALAYSIA

Tugasan - kepentingan rumah terbuka rakyat Malaysia

Idea

  • rumah terbuka mampu mengukuhkan hubungan antara kaum di Malaysia apabila mereka menyambut perayaan masing-masing secara bersama-sama
  • rumah terbuka mampu mengukuhkan semangat kejiranan dalam masyarakat melalui amalan kunjung-mengunjung ke rumah jiran yang berlainan bangsa
  • rumah terbuka memberi peluang kepada masyarakat mengenali kebudayaan yang terdapat dalam sesuatu kaum melalui sambutan perayaan masing-masing
  • rumah terbuka mampu mewujudkan sebuah masyarakat yang harmoni tanpa rasa syak wasangka antara satu sama lain
  • rumah terbuka berupaya mencapai aspirasi kerajaan untuk menjayakan konsep 1 Malaysia iaitu mengukuhkan perpaduan antara kaum di Malaysia
  • rumah terbuka berupaya mewujudkan kerjasama antara kaum untuk menjayakan Wawasan 2020 sebagai sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi
  • rumah terbuka boleh menyemarakkan perayaan sesuatu kaum di Malaysia apabila dirayakan bersama-sama dengan meriah
  • rumah terbuka berupaya mengetepikan perasaan tidak puas hati terhadap sesuatu kaum sekali gus mengelakkan persengketaan seperti 13 Mei 1969
  • rumah terbuka dapat mengangkat negara kita di mata dunia apabila rakyat yang berbilang kaum boleh bersatu dan hidup dalam keadaan harmoni sehingga dunia ingin mengambil contoh negara kita sebagai model pentadbiran mereka

No comments:

Post a Comment

ASPEK KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

ASPEK KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ASPEK KOMSAS PERNYATAAN HURAIAN PEMIKIRAN Semangat cinta...