Tuesday 18 October 2011

PERANAN SEKTOR SWASTA MENJANA PEMBANGUNAN NEGARA

Sektor Swasta jadi penjana utama


Fasa pertama projek MY Rapid Transit (MRT) sejauh 51 kilometer dari Sungai Buloh ke Kajang dimulakan pada November ini.


PERANAN sektor swasta sebagai peneraju utama penting dalam menjana aktiviti negara untuk mencapai pertumbuhan pelaburan swasta pada kadar 12.8 peratus bagi sepanjang tempoh Rancangan Malaysia Ke-10.
Sebagai rakan strategik dalam pembangunan negara, inisiatif Projek Perkongsian Awam-Swasta (PPP) dipergiatkan di bawah Belanjawan 2011 dengan peruntukan RM1 bilion untuk sokongan infrastruktur bagi membolehkan projek diterajui sektor swasta lebih berdaya maju.
Beberapa projek PPP telah dilaksanakan pada 2011 termasuk pembinaan hospital, pusat penyelidikan kesihatan, loji janakuasa dan universiti.
Kerja-kerja pembinaan kampus tetap Universiti Perdana bakal bermula November ini di Sedang, merupakan projek usaha sama antara Academic Medical Centre Sdn. Bhd. , John Hopkins University School of Medicine dan Royal College of Surgeons, Ireland.
Pembinaan Hospital Pengajian Universiti Islam Antarabangsa Malaysia di Kuantan, Pahang dijangka bermula pada 2012 dan dijual siap pada 2016.
Hospital Wanita dan Kanak-kanak di Kuala Lumpur dijadualkan pada 2012 dan dijangka siap 2015 manakala pembinaan Kompleks Institut Penyelidikan Kesihatan Bersepadu di Kuala Lumpur akan bermula pada 2012 dan siap sepenuhnya 2015.
Projek PPP lain ialah pembinaan dua loji jana kuas gas berkitar padu 300 megawatt di Kimanis dan Lahad Datu, Sabah yang telah bermula April lalu dan mengambil masa tiga tahun untuk disiapkan.
Loji jana kuasa gas di Lahad Datu pula bermula pada Januari 2013 dan siap pada Januari 2016.
Untuk mengetengahkan Malaysia sebagai hab kewangan terulung di dunia, 1Malaysia Development Bhd. (1MDB) akan membangunkan Daerah Kewangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIF) di sekitar Bukit Bintang. Ia akan beroperasi pada 2016.
Fasa pertama projek MY Rapid Transit (MRT) sejauh 51 kilometer dari Sungai Buloh ke Kajang dimulakan pada November ini dan dijangka siap pada 2016.
Projek ini apabila siap kelak akan menyediakan jaringan hubungan lebih baik dan peratusan mod pengangkutan awam di Greater Kuala Lumpur/Lembah Kelang akan meningkat kepada 50 peratus menjelang 2020 dengan memberi manfaat kepada 1.2 juta pengguna.
Satu lagi projek utama untuk memacu aktiviti pembangunan perbandaran mampan iaitu projek pembangunan tanah Lembaga Getah Malaysia di Sungai Buloh seluas 1,060 hektar.
Kerja-kerja bakal dimulakan pada separuh kedua 2012 dan fasa pertama dijadualkan siap sepenuhnya 2017.
Permodalan Nasional Bhd. yang sedang menyiapkan reka bentuk projek Warisan Merseka bernilai RM5 bilion akan bermula 2012 dan siap lima tahun selepas itu.

(Sumber : Utusan Online - 8/10/2011)

No comments:

Post a Comment

ASPEK KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

ASPEK KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ASPEK KOMSAS PERNYATAAN HURAIAN PEMIKIRAN Semangat cinta...