Red Bull juara pengeluar dunia
YEONGAM, Korea Selatan – Seminggu selepas mempertahankan kejuaraan pemandu dunia, Sebastian Vettel memastikan pasukannya, Red Bull pula muncul juara pengeluar dunia selepas memenangi Grand Prix Formula Satu Korea di sini, semalam.
Pemandu Jerman itu yang bermula dari petak kedua, memintas pelumba petak depan, Lewis Hamilton di pusingan pertama untuk mendominasi perlumbaan 55 pusingan itu dengan kepantasan satu jam, 38 minit, 01.994 saat - 12 saat di depan Hamilton.
“Ini adalah hari yang hebat buat pasukan. Ramai krew kami berada di trek hari ini, ramai juga yang berada di kilang bekerja setiap hari untuk menyiapkan dua jentera lumba yang kompetitif, kemenangan ini untuk mereka,’’ kata Vettel.
Rakan sepasukan Vettel, Mark Webber menamatkan perlumbaan di tangga ketiga, diikuti Jenson Button keempat. – Agensi
(Sumber : Utusan Online - 17/10/2011)
No comments:
Post a Comment