PERNYATAAN | HURAIAN |
Konflik jiwa seorang pemuda dalam mengharungi kehidupan sehingga dia dianggap oleh orang kampung sebagai pemuda bodoh dan tidak berakal. | Hafiz/Bujei menghadapi pelbagai masalah setelah kematian kedua-dua ibu bapa dan nenek kesayangannya. Harun memberitahu penduduk kampung bahawa Hafiz yang menjadi penyebab kematian ibunya. Pandangan serong orang kampung akibat fitnah yang dilemparkan oleh bapa tirinya itu telah menjadikan Hafiz sebagai manusia abnormal. Masyarakat melihat Hafiz sebagai manusia bodoh, dungu dan tidak berakal walaupun kadang kala dia merasakan dirinya bukan seperti yang diperkatakan oleh orang lain. Hafiz juga menghadapi konflik dengan Alias yang sering memaksanya melakukan pelbagai perkara sesuka hati. Alias sering memaksa Hafiz turun ke dalam sungai dan membenam-benamkan dirinya di dalam lumpur jika Hafiz melihat kelibatnya. Alias juga merosakkan radio yang baharu dibeli oleh Hafiz sehingga memaksa Hafiz bertindak seperti orang hilang akal. Alias akan memukul, menyepak dan menendang jika Hafiz enggan menurut perintahnya. Hafiz juga tidak mengetahui sebab Opah Arah, iaitu nenek kepada Alias sangat membencinya sehingga apa yang dibuat oleh Alias terhadap dirinya tidak dibantah oleh Opah Arah. Opah Arah menjadi sangat marah kepadanya apabila dia meminta wang ganti daripada Alias setelah dia merosakkan radio yang baharu dibelinya. |
Saturday, 15 October 2011
TEMA NOVEL SUTERA DALAM LUKISAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ASPEK KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
ASPEK KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ASPEK KOMSAS PERNYATAAN HURAIAN PEMIKIRAN Semangat cinta...
-
Soalan : Nyatakan dua peristiwa yang menyentuh perasaan pembaca. Jelaskan sebab-sebab peristiwa tersebut menyentuh perasaan anda. Berd...
-
Soalan : Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, huraikan nilai kasih sayang yang terdapat dalam novel tersebut. Novel yang saya ka...
-
Subjek merupakan konstituen dalam sesuatu ayat yang terdiri daripada satu perkataan atau beberapa perkataan yang berfungsi sebagai frasa na...
No comments:
Post a Comment