Sunday, 16 October 2011

NEW ZEALAND KE FINAL

 

All Blacks benam Wallabies 20-6

AUCKLAND - New Zealand menghampiri kejuaraan keduanya dalam tempoh 24 tahun selepas melangkah ke perlawanan akhir kejohanan ragbi Piala Dunia dengan membenam musuh tradisi, Australia 20-6 pada separuh akhir, semalam.
Skuad All Blacks merupakan gergasi dunia tetapi tidak pernah menjulang gelaran prestij itu sejak kali terakhir muncul juara pada 1987.
Namun, menjadi tuan rumah edisi ketujuh kejohanan meletakkan mereka amat bersedia secara fizikal untuk merampas kejuaraan.
Semalam, All Blacks mendominasi sepenuhnya permainan ke atas Australia dan menumpaskan Wallabies di depan kira-kira 60,087 penonton yang membanjiri Eden Park, sekali gus menempah pertemuan akhir dengan Perancis, yang terlebih dulu mara selepas menang tipis 9-8 ke atas Wales, kelmarin.
All Blacks menjadi pilihan untuk membawa pulang kejuaraan apabila berdepan Perancis, hujung minggu ini, juga di Eden Park kerana perlawanan itu mengulangi final Piala Dunia 1987, di mana New Zealand menang 29-9. 

(Sumber : Utusan online - 17/10/2011

No comments:

Post a Comment

ASPEK KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

ASPEK KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ASPEK KOMSAS PERNYATAAN HURAIAN PEMIKIRAN Semangat cinta...