Tuesday 25 October 2011

USAHA-USAHA MEMAJUKAN INDUSTRI PELANCONGAN NEGARA



ISU - INDUSTRI PELANCONGAN NEGARA

Tugasan - usaha-usaha memajukan industri pelancongan negara

Idea

  • kerajaan perlu mendapatkan pengiktirafan daripada badan dunia untuk mewartakan tempat-tempat bersejarah sebagai Warisan Dunia untuk mengekalkan binaannya sebagai salah satu faktor untuk menarik pelancong asing datang ke negara kita
  • kerajaan perlu mencari dan menyebarluaskan tempat-tempat yang menarik yang terdapat di negara kita untuk menarik masyarakat tempatan dan antarabangsa datang ke negara kita
  • kerajaan perlu menyediakan kemudahan asas yang lengkap dan sempurna dari segi pengangkutan, penginapan dan tempat untuk dilawati bagi memudahkan dan memberikan keselesaan kepada pelancong
  • kerajaan perlu menyediakan dana yang besar dalam perbelanjaan negara untuk memajukan industri pelancongan khususnya dari segi mempromosikan negara di mata dunia
  • kerajaan perlu menggandakan usaha mempromosikan tempat-tempat menarik yang terdapat di negara kita menerusi media massa
  • kerajaan perlu menghantar rombongan ke luar negara untuk mengadakan promosi mengenai keindahan, keunikan dan cara hidup masyarakat berbilang kaum yang terdapat di negara kita
  • kerajaan perlu merangka pelbagai program bertaraf antarabangsa seperti mengadakan konvensyen, pameran dan menganjurkan sukan antarabangsa sebagai serampang dua mata untuk menggalakkan masyarakat antarabangsa datang ke negara kita
  • kerajaan perlu mengadakan Tahun Melawat Malaysia setiap tahun untuk menarik masyarakat tempatan dan antarabangsa datang ke Malaysia
  • kerajaan perlu menggunakan media alternatif seperti internet untuk mempromosikan negara kepada masyarakat antarabangsa
  • sektor swasta seperti syarikat penerbangan MAS dan AIR ASIA  perlu mengadakan pakej yang murah kepada pelancong asing yang menggunakan perkhidmatan pengangkutan udara
  • sektor swasta seperti MAS dan AIR ASIA perlu membantu kerajaan mempromosikan negara kita dengan meletakkan imej-imej menarik yang terdapat di Malaysia pada badan kapal terbang untuk menarik pelancong asing 
  • sektor swasta yang terlibat dalam pengangkutan darat seperti LRT, monorel, bas, kereta api perlu memastikan perkhidmatan yang disediakan mampu memberi keselesaan kepada pelancong
  • pengusaha hotel, chalet dan rumah tumpangan perlu mengadakan pakej penginapan yang berpatutan untuk menarik pelancong menginap di tempat mereka
  • pengusaha tempat pelancongan perlu mengadakan pelbagai program untuk memberi peluang kepada pelancong asing mengenali budaya masyarakat Malaysia dengan lebih dekat
  • pengusaha tempat pelancongan perlu menyediakan kemudahan yang sempurna dan menjaga premis pelancongan mereka supaya sentiasa bersih dan memberi keselesaan kepada pengunjung
  • ibu bapa perlu membawa anak-anak terutama pada musim cuti sekolah ke tempat-tempat menarik yang terdapat di negara kita sekali gus mampu mengukuhkan ikatan kekeluargaan
  • masyarakat sekitar perlu memberi layanan yang mesra kepada pelancong terutama pelancong asing supaya mereka rasa dilayani dan dihargai 
  • masyarakat yang mengusahakan industri kraftangan dan cenderahati perlu mengenakan bayaran yang berpatutan supaya pelancong tidak terbeban apabila membeli cenderahati
  • masyarakat pemandu teksi tidak mengambil kesempatan mengenakan tambang yang tinggi kepada pelancong terutama pelancong asing
  • pihak sekolah perlu merangka program lawatan ke tempat-tempat menarik terutamanya tempat-tempat bersejarah untuk memberi peluang kepada murid-murid mengenali negara kita dengan lebih dekat

No comments:

Post a Comment

ASPEK KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

ASPEK KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ASPEK KOMSAS PERNYATAAN HURAIAN PEMIKIRAN Semangat cinta...