PERNYATAAN | HURAIAN |
Kehidupan dalam dunia perniagaan | Datuk Dolhi merupakan seorang ahli perniagaan yang terkenal. Beliau bersama rakan kongsinya,Albert Lee telah menubuhkan syarikat perniagaan Dolhi-Albert Holding. Melalui syarikat ini, mereka terlibat dalam perniagaan seperti pembalakan, pemaju perumahan, industri pelancongan dalam dan luar negara. Banyak kemelut yang dihadapi dalam dunia perniagaan seperti perebutan kuasa, iaitu Albert Lee berusaha untuk menerajui syarikat Dolhi-Albert Holding atas masalah yang dihadapi oleh Datuk Dolhi. Albert Lee tidak bersetuju Wahi dilantik bagi menggantikan Datuk Dolhi sehingga hubungan mereka sebagai rakan karib terputus begitu sahaja. Dunia perniagaan juga memaparkan sikap masyarakat yang tamak dan mementingkan diri sendiri. Tengku Munir sanggup merasuah pegawai kerajaan untuk mendapatkan semua tender yang dipohon dengan mengugut untuk menghantar Hasnol ke kawasan pedalaman jika tidak membantu meluluskan semua tender yang dipohonnya. |
Mempertahankan hak warisan keluarga | Datuk Dolhi mahu anak-anaknya mengikut jejak langkahnya sebagai ahli perniagaan supaya warisan perniagaan yang diusahakan selama ini tidak jatuh ke tangan orang lain. Datuk Dolhi terus memujuk supaya anak sulungnya, Hasnol meletak jawatan dalam PTD supaya bekerja dengannya dan mengambil alih perniagaan ayahnya kelak tetapi Hasnol tidak mahu melepaskan jawatannya. Amera tidak berminat dalam perniagaan sebaliknya lebih suka bekhidmat sebagai guru. Ilham lebih suka ke hulu dan ke hilir tanpa sebarang pekerjaan dan lebih suka melibatkan diri sebagai aktivis alam sekitar. Mukhlis pula cenderung ke arah mengikuti kumpulan dakwah yang songsang. Akhirnya, Wahi anak Datuk Dolhi sahaja yang cenderung dalam bidang perniagaan dan mengambil alih syarikat bapanya. Datuk Dolhi gembira kerana masalah yang dialaminya sebelum ini telah selesai dan warisan perniagaannya dapat diteruskan oleh anaknya. |
Memelihara hutan/ mencintai alam sekitar | Ilham berjuang supaya hutan tidak ditebang agar generasi akan datang dapat menikmati sumber hutan sebagai khazanah negara walaupun ayahnya terlibat dalam bidang pembalakan. Ilham sanggup pergi ke Sarawak dan menghasut orang Asli di situ supaya membina benteng manusia agar kegiatan pembalakan tidak diadakan di situ sehingga Ilham terpaksa melarikan diri ke luar negara apabila pihak berkuasa ingin menangkapnya. Di London pula, Ilham mengetuai aktivitis alam sekitar menganjurkan satu tunjuk perasaan semasa menteri kanan Malaysia melawat di sana. Ilham mengecam kerajaan Malaysia kerana melakukan pembalakan sewenang-wenangnya dan tidak takut menghadapi hukuman atas perbuatannya kerana mendakwa banyak negara ingin memberi kerakyatan epadanya. |
Kegigihan | Datuk Dolhi gigih memperluaskan perniagaan sehingga ke luar negara dengan mengikut rombongan perniagaan untuk meneliti peluang-peluang yang boleh diteroka bagi melebarkan sayap perniagaannya walaupun usianya sudah meningkat dan menghadapi masalah kesihatan Robert Lee gigih berusaha dengan bermula dari bawah sebagai kerani, juru jual, penyelia bengkel sehingga menjadi pengurus di syarikat Dolhi-Albert Holding Wahi gigih menimba sebanyak mungkin ilmu pengurusan di Jepun untuk memajukan perniagaan di syarikat Dolhi-Albert Holding nanti. |
Teguh pendirian | Hasnol tetap dengan keputusannya tidak akan melepaskan jawatan PTD walaupun dipujuk oleh ayahnya berkali-kali untuk melibatkan diri dalam bidang perniagaan. Ilham tetap dengan perjuangannya mempertahankan kepentingan alam sekitar dan membantah kegiatan pembalakan walaupun ayahnya sendiri terlibat dengan pembalakan di Sarawak. Mukhlis tetap dengan keputusannya mengikut kumpulan jemaah kerana prinsipnya yang ingin menegakkan Islam walaupun terpaksa meninggalkan kemewahan demi mencapai cita-citanya. Amera tetap dengan keputusannya menolak lamaran Robert walaupun Robert kacak dan daripada keluarga kaya kerana ingin hidup sederhana dan komited dengan kerjayanya sebagai pendidik Dani tetap dengan keputusannya menceburi bidang muzik dan menubuhkan kumpulan muzik sendiri walaupun dia tidak mempunyai asas dalam bidang muzik, hanya belajar muzik di jalanan sahaja |
Kasih sayang | Albert Lee membantu mengurut-ngurut dada Datuk Dolhi setelah Datuk Dolhi terbatuk-batuk dan sakit dada selepas kepenatan berjogging di Bukit Serakah Datuk Dolhi menjamin Hasnol yang ditangkap oleh pihak berkuasa kerana kesalahan melakukan rasuah dan berusaha menempatkan Dani di pusat pemulihan dadah supaya masa depan anak-anaknya tidak gelap Datuk Dolhi menemani isterinya ke Pertunjukan Busana Islam di Hotel Merlin walaupun kepenatan kerana tidak mahu mengecewakan isterinya itu Datuk Dolhi tidak mahu memaksa anaknya Amera menerima Robert Lee sebaliknya menyerahkan kepada anaknya itu membuat keputusan sendiri dan berharap Amera akan menemui orang yang baik sebagai pasangan hidup |
Budaya kerja orang Jepun/ Dasar Pandang ke Timur | Datuk Dolhi memuji masyarakat Jepun yang bangkit membangunkan semula negaranya selepas perang malaupun tidak mempunyai sumber asli. Mereka mengutamakan mutu barangan yang tinggi untuk meneruskan kelangsungan hidup negaranya. Datuk Dolhi bersetuju untuk menerapkan budaya ini ke dalam syarikatnya setelah Wahi pulang dari Jepun |
Mementingkan diri sendiri/rasuah | Tengku Munir mengancam akan membuatkan kehidupan Hasnol menjadi susah jika dia tidak membantu meluluskan semua tender yang dipohonnya tetapi telah ditendang sebelum ini oleh lembaga tender. Tengku Munir juga sanggup untuk merasuah Hasnol sebanyak tiga ratus ribu jika Hasnol membuat apa yang diarahkannya. |
Kaharmonian dan keutuhan rumahtangga | Albert Lee mengamalkan amalan berkumpul bersama-sama keluarganya bagi membincangkan pelbagai hal berkaitan keluarga dan perniagaan. Masing-masing memberi pendapat tanpa rasa takut dan wujud perasaan saling menghormati antara mereka menyebabkan institusi kekeluargaan Albert Lee menjadi utuh dan mereka hidup dalam keadaan harmoni. |
Ajaran Islam yang songsang | Mukhlis yang berpendidikan tinggi telah terperangkap dalam ajaran songsang kerana tidak memiliki ilmu yang kukuh sebaliknya terpengaruh dengan rakan-rakan. Kegiatan keagamaan mereka bertempat di Kampung Sungai Bakau, iaitu tempat yang tidak diuruskan dengan baik dan tidak memiliki kemudahan yang mencukupi. Kegiatan ekonomi mereka ialah bekerja di kilang mi dengan bayaran sebanyak lima ringgit sehari. Kehidupan mereka sangat daif tetapi atas nama dakwah mereka bersyukur. Tuk Guru mereka boleh berkahwin ramai dan keluar negara bersama isteri baru. Tuk Gurunya sanggup menceraikan isteri, Hanisah supaya boleh berkahwin dengan Mukhlis yang diharap dapat memperoleh sumber kewangan yang banyak. Oleh sebab hidup daif dengan Mukhlis, Hanisah kembali semula bersama dengan bekas suaminya. Akhirnya Mukhlis mengalami gangguan mental. |
Tamak/mementingkan harta benda | Albert Lee beria-ia untuk menjodohkan anaknya. Robert Lee dengan Amera walaupun Robert terpaksa memeluk agama Islam dan terpaksa mengorbankan identiti Cina mereka demi menguasai syarikat Dolhi-Albert Holding yang dikongsi bersama-sama dengan datuk Dolhi. Albert Lee ingin mengambil kesempatan atas masalah keluarga yang dihadapi oleh Datuk Dolhi pada masa sekarang. Sebabitulah dia mahu Robert terus memikat Amera. |
Hormat-menghormati | Perbincangan Albert Lee dengan isteri dan anak-anaknya begitu luas. Mereka bersikap terbuka dan berpandangan luas. Gaya Albert yang peramah membuatkan anak-anaknya tidak segan memberikan pendapat. Mereka menghormati Albert sebagai seorang bapa. Albert memupuk suasana itu sejak Robert dan Elain masih kecil lagi. |
Ketabahan | Datuk Dolhi tabah mengharungi cabaran yang berlaku dalam keluarganya sehingga nama baiknya tercemar gara-gara perbuatan anak-anaknya yang menconteng arang ke muka, tetapi akhirnya dia berjaya mengharunginya dan berharap anak-anaknya mampu menebus kesalahan yang lalu dan berharap masa depan anak-anaknya kembali cerah. Wahi berjaya mengharungi liku-liku kehidupan yang penuh dengan cabaran kerana kematian ibu sejak kecil dan dipelihara oleh nenek, tetapi akhirnya berjaya dalam hidup apabila Datuk Dolhi menamakannya sebagai pengganti di syarikat Dolhi-Albert Holding. |
Tanggungjawab terhadap keluarga | Datuk Dolhi berusaha membina empayar perniagaannya semata-mata untuk anak-anaknya pada masa hadapan. Datuk Dolhi berusaha membantu anak-anaknya, Hasnol, Ilham, Mukhlis dan Dani yang telah memilih jalan yang salah dan bertanggungjawab membina semula masa depan anak-anaknya supaya menjadi orang yang berguna. |
Simpati/prihatin | Datuk Dolhi pergi ke perkampungan Sungai Bakau untuk melihat kesusahan yang dihadapi oleh Mukhlis. Tiba di perkampungan itu, Datuk Dolhi sedih dan simpati dengan corak kehidupan anaknya, bukan sebagaimana yang disangkanya. Datin Tominah meminta Datuk Dolhi membantu Mukhlis kerana kasihan melihat Muklhlis yang hidup dalam kesusahan dan terpaksa bekerja dengan upah sebanyak lima ringgit sehari. |
Menyesal atas kesalahan yang dilakukan | Hasnol menyesal atas kesalahannya menerima rasuah kerana fikirannya diselubungi oleh nafsu setelah dia mengalami maslaah kewangan yang teruk. Mukhlis menyesal atas kesilapannya yang terburu-buru menikahi Hanisah, janda tuk gurunya semata-mata ingin mengikut sunah nabi walaupun dia sebenarnya belum bersedia untuk melaksanakan tanggungjawab tersebut. |
Kegagalan mendidik anak-anak | Datuk Dolhi dan Datin Tominah gagal mendidik anak-anaknya dengan sempurna. Anak-anak mereka diberikan kemewahan sejak kecil sehingga sukar untuk menempuh hidup dalam arus yang mencabar sehingga terlibat dalam perkara-perkara yang salah. Hasnol menjalani kehidupan dengan cara mewah sehingga mengalami masalah beban hytang yang banyak. Mukhlis terjebak dalam ajaran Islam songsang kerana tidak memiliki asas ilmu yang tinggi. Ilham sanggup menentang ayahnya sendiri kerana perjuangannya menjaga alam sekitar dan Dani terlibat dalam penagihan dadah. Anak-anak mereka menconteng arang ke muka Datuk Dolhi kerana mereka tidak memberikan pendidikan dan kasih sayang yang secukupnya sebaliknya sibuk dengan urusan perniagaan dan aktiviti dalam kelab datin. |
Friday, 14 October 2011
PERSOALAN NOVEL RENYAH
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ASPEK KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
ASPEK KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ASPEK KOMSAS PERNYATAAN HURAIAN PEMIKIRAN Semangat cinta...
-
Soalan : Nyatakan dua peristiwa yang menyentuh perasaan pembaca. Jelaskan sebab-sebab peristiwa tersebut menyentuh perasaan anda. Berd...
-
Soalan : Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, huraikan nilai kasih sayang yang terdapat dalam novel tersebut. Novel yang saya ka...
-
Subjek merupakan konstituen dalam sesuatu ayat yang terdiri daripada satu perkataan atau beberapa perkataan yang berfungsi sebagai frasa na...
trime kaseh pd ckgu Azaman.....bnyk menbantu sye...
ReplyDeletememang bnyk membantu
ReplyDelete