Tuesday 18 October 2011

TERENGGANU DAN NS DI AMBANG FINAL?

Terengganu, NS di ambang akhir



Pemain T-Team, Indra Putra Mahayuddin (tiga dari kiri) mengasak penjaga gol Negeri Sembilan, Mohd. Farizal Marlias pada perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, malam tadi. Negeri Sembilan menang 4-2. – UTUSAN/Shaifudin Mohd Nor



KUALA LUMPUR – Terengganu dan Negeri Sembilan mampu membayangkan pentas akhir Piala Malaysia selepas memperoleh bekalan selesa babak pertama separuh akhir Piala Malaysia, semalam.
Terengganu menewaskan Selangor 2-0 manakala satu lagi separuh akhir menyaksikan Negeri Sembilan menang 4-2 ke atas T-Team.
Di Stadium Shah Alam, Abdul Manaf Mamat menjulang Terengganu menerusi dua jaringannya.
Kemenangan itu meletakkan skuad Penyu itu kini bagaikan sebelah kaki ke pentas akhir buat kali pertama dalam tempoh 10 tahun sementara ‘Misi 33' Selangor mungkin sekadar impian untuk dicapai pada musim ini kerana perlu mencari kemenangan sekurang-kurangnya 3-0 di Kuala Terengganu, Sabtu ini.
Sementara itu, di Kuala Terengganu, Negeri Sembilan mencerahkan laluan ke perlawanan akhir apabila membenam cabaran tuan rumah, T-Team 4-2 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah.
Skuad Hoben Jang Hoben tidak menunggu lama untuk membuka jaringan apabila Shahurain Abu Samah bijak menyudahkan umpanan cantik daripada S. Kunanlan seawal minit kelima.
Gol itu bagaimanapun tidak mematahkan semangat T-Team apabila tidak sampai lima minit kemudian, Indra Putra Mahayuddin kembali menyamakan kedudukan setelah menyambut bola lintang daripada Mohd. Fitri Omar.
Kedua-dua pasukan akan bertemu sekali lagi dalam separuh akhir kedua di Stadium Paroi, Sabtu ini.
(Sumber : Utusan online - 19/10/2011)

No comments:

Post a Comment

ASPEK KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

ASPEK KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ASPEK KOMSAS PERNYATAAN HURAIAN PEMIKIRAN Semangat cinta...