Monday 31 October 2011

USAHA-USAHA MENGEKALKAN SENI SASTERA SEBAGAI KHAZANAH NEGARA


ISU - SENI SASTERA SEBAGAI KHAZANAH NEGARA

Tugasan - usaha-usaha mengekalkan seni sastera sebagai khazanah negara

Idea

  • kerajaan perlu meneruskan pembelajaran karya sastera dalam mata pelajaran bahasa Melayu kepada pelajar-pelajar sekolah
  • kerajaan perlu merancang pelbagai program yang berkaitan dengan seni sastera sempena sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan
  • kerajaan perlu memberi pengiktirafan kepada penggiat seni sastera tanah air dengan memberi anugerah sebagai menghargai sumbangan mereka
  • kerajaan perlu memastikan penulis-penulis buku berkaitan karya sastera menerima royalti mereka hasil daripada penjualaan buku-buku karya sastera
  • kerajaan perlu menggalakkan penulis-penulis karya sastera berkarya dengan memasukkan karya mereka dalam buku teks sekolah
  • guru perlu menarik minat pelajar-pelajar memperlajari karya sastera dengan mempelbagaikan kaedah pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas
  • sekolah perlu memastikan kelab dan persatuan bahasa  merancang program berkaitan seni sastera untuk memberi peluang kepada pelajar berminat terhadap karya sastera
  • sekolah perlu memperkasakan program NILAM untuk menggalakkan pelajar membaca karya sastera
  • sekolah perlu mempelbagaikan bahan bacaan berkaitan seni sastera di pusat-pusat sumber sekolah
  • ibu bapa perlu membeli buku-buku sastera kepada anak-anak
  • ibu bapa perlu membawa anak-anak ke pementasan teater untuk memupuk minat mereka terhadap karya sastera

No comments:

Post a Comment

ASPEK KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

ASPEK KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ASPEK KOMSAS PERNYATAAN HURAIAN PEMIKIRAN Semangat cinta...