PERNYATAAN | HURAIAN |
Tema kekeluargaan iaitu pergolakan yang berlaku dalam sebuah keluarga yang berjaya dalam perniagaan tetapi mempunyai banyak masalah yang melibatkan anak-anak mereka. | Datuk Dolhi menghadapi situasi yang meresahkan apabila anak-anaknya tidak berminat menggantikan tempatnya dalam bidang perniagaan yang diusahakannya selama ini kerana anak-anaknya lebih berminat dalam bidang lain. Datuk Dolhi resah memikirkan rahsianya yang dipendam selama 28 tahun, iaitu memiliki anak lain hasil perkahwinan keduanya. Datuk Dolhi berkahwin senyap-senyap dengan Mastura setahun selepas berkahwin dengan Datin Tominah kerana rasa tanggungjawab terhadap Mastura yang dikenalinya sebelum berkahwin dengan Datin Tominah. Mastura meninggal dunia selepas melahirkan anaknya, Wahi. Datuk Dolhi resah memikirkan Hasnol yang tidak mahu meletak jawatan sebagai PTD bagi menggantikan tempatnya dalam bidang perniagaan. Hasnol sering menghadapi masalah kewangan akibat gaya hidup mewah yang tidak sepadan dengan gajinya sebagai pegawai kerajaan. Akhirnya Hasnol ditangkap oleh pihak berkuasa kerana melakukan rasuah bagi meringankan masalah kewangan yang dihadapinya. Datuk Dolhi resah memikirkan anaknya, Amera yang tidak berminat langsung dalam bidang perniagaan sebaliknya tetap dengan keputusan ingin menjadi pendidik. Datuk Dolhi resah memikirkan anaknya, Mukhlis yang berpelajaran tinggi tetapi melibatkan diri dalam jemaah yang terpesong daripada ajaran sebenar. Mukhlis tidak berkahwin senyap-senyap dengan janda tuk gurunya dan hidup dalam kesusahan. Mukhlis menjadi tidak siuman apabila isterinya kembali semula kepada bekas suaminya. Akhirnya Mukhlis ditimpa kemalangan dan dihantar menjalani rawatan mental bagi memulihkannya. Datuk Dolhi marah memikirkan anaknya, Ilham yang tidak mahu bekerja dan berjuang mempertahankan alam sekitar. Di sarawak, Ilham menghasut masyarakat orang Asli supaya membuat benteng manusia agar pembalakan tidak dapat dilakukan walaupun syarikat pembalakan itu adalah milik bapanya. Akhirnya Ilham diburu oleh pihak berkuasa sehingga memaksanya lari ke luar negara. Ilham juga mengetuai tunjuk perasaan di luar negara dan memburuk-burukkan kerajaan Malaysia kerana melakukan pembalakan sesuka hati. Datuk Dolhi sedih memikirkan anaknya, Dani yang tidak mempunyai asas muzik tetapi mencebur diri dalam bidang nyanyian. Dani menubuhkan kumpulan muzik dan terlibat dalam penagihan dadah. Dani ditangkap oleh pihak berkuasa semasa mengadakan persembahan di sebuah pekan kecil. Akhirnya, Dani dimasukkan ke pusat serenti bagi memulihkannya. |
Friday, 14 October 2011
TEMA NOVEL RENYAH
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ASPEK KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
ASPEK KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ASPEK KOMSAS PERNYATAAN HURAIAN PEMIKIRAN Semangat cinta...
-
Soalan : Nyatakan dua peristiwa yang menyentuh perasaan pembaca. Jelaskan sebab-sebab peristiwa tersebut menyentuh perasaan anda. Berd...
-
Soalan : Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, huraikan nilai kasih sayang yang terdapat dalam novel tersebut. Novel yang saya ka...
-
Subjek merupakan konstituen dalam sesuatu ayat yang terdiri daripada satu perkataan atau beberapa perkataan yang berfungsi sebagai frasa na...
tq cg...ini sangat membantu.Alhamdulillah..i ❤ you...hehehe..
ReplyDeleteTq.sgt 2
ReplyDelete