LATAR MASA - ZAMAN/ERA
PERNYATAAN | HURAIAN |
Zaman selepas 1980-an iaitu semasa Dr. Mahathir Mohamed menjadi Perdana Menteri dan En. Ghafar Baba menjadi Timbalan Perdana Menteri | Datuk Dolhi menggunakan kata-kata pemimpin negara yang dikagumi termasuk Perdana Menteri Dr. Mahathir Mohamed dalam permulaan ceramahnya untuk membangkitkan motivasi kliennya. Datuk Dolhi mengatakan orang Melayu sudah cukup puas hati kalau bekerja di pejabat kerajaan. Pernah En. Ghafar Baba menceritakan ada seorang isteri menangis kerana suaminya yang bekerja sebagai pelayan pejabat ingin berhenti bekerja kerana hendak berniaga. Datuk Dolhi meminta Rozie mendapatkan ucapan Perdana Menteri yang bertajuk Ke Arah Membangunkan Masyarakat Perdagangan Dan Perindustrian Bumiputera Yang Berjaya bertarikh 10 Januari 1992 semasa Kongres Ekonomi Bumiputera Ketiga di PWTC untuk dijadikan bahan rujukannya. |
LATAR MASA - JANGKA MASA/TEMPOH
PERNYATAAN | HURAIAN |
28 tahun | Datuk Dolhi memendam rahsia daripada pengetahuan Datin Tominah dan anak-anaknya bahawa Wahi hádala anak kandungnya bersama isteri kedua yang dinikahinya Sejas 28 tahun yang lalu. |
2 minggu | Wahi menghabiskan masa di Hiroshima dan Kyoto sepanjang berada di Jepun bagi menimba pengalaman dalam bidang pengurusan di sana |
Empat tahun | Wahi berkerja di syarikat Dolhi-Albert Holding, syarikat kepunyaan ayahnya sendiri |
2 jam | Pertunjukan Busana Islam memakan masa selama dua jam sehingga membosankan Datuk Dolhi kerana dia tidak minat tentang fesyen |
Tiga bulan yang lepas | Dani mengeluh kepada Ilham bahawa syarikat rakamannya berjanji untuk merakan album tiga bula yang lepas tetapi sampai kini belum terlaksana |
5 hari bulan minggu depan | Amera memberitahu ayahnya bahawa dia dipilih sebagai tokoh pendidik terbaik negeri dan akan menerimanya 5 haribulan minggu dahapan |
3 bulan lagi | Wahi akan menamatkan pemergiannya ke Jepun untuk mempelajari gaya pengurusan di sana |
2 minggu | Guru Mukhlis telah 2 minggu berada di luar negara untuk berdakwah bersama-sama isteri barunya, Khalidah Ilham sudah dua minggu tidak pulang ke rumah selepas menceroboh bilik pembantu rumahnya dan dikhabarkan berada di Sarawak |
Seminggu kemudian | Datin Tominah menerima surat daripada Inem bahawa Ilham menceroboh biliknya beberapa kali yang menyebabkan dia ingin berhenti kerja supaya tidak memalukan keluarga datin Tominah |
Seminggu | Datuk Dolhi mengambil keputusan untuk bercuti selama seminggu di Jepun bersama-sama Wahi untuk menenangkan fikirannya. |
Tujuh jam | Masa yang diambil semasa penerbangan dari Malaysia ke Jepun |
Setahun | Selepas setahun Datuk Dolhi berkahwin dengan Datin Tominah, dia telah menikahi Mastura senyap-senyap kerana menyayangi dan rasa tanggungjawab terhadap hubungannya dengan Mastura |
Setengah jam kemudian | BPR datang ke rumah Datuk Dolhi untuk menyoal siasat Datuk Dolhi setengah jam selepas Datuk Dolhi membaca berita penangkapan seorang pegawai kerajaan kerana melakukan rasuah. |
Lima belas minit | Dani diberi masa selama lima belas minit oleh pengurusnya untuk mencari bekalan dadah di sebuah pekan kecil tetapi tidak pulang-pulang selepas tamat tempoh tersebut. |
LATAR MASA – WAKTU/MASA
PERNYATAAN | HURAIAN |
Petang | Datuk Dolhi resah memikirkan anak-anaknya yang tidak berminat untuk mengikut jejaknya dalam bidang perniagaan Datuk Dolhi dan Albert Lee berjogging sambil berbual-bual tentang perniagaan dan anak-anak mereka Datuk Dolhi akan menyampaikan ceramah di Institut Perdagangan Kebangsaan bertajuk Membangunkan Usahawan Masa Kini. Hasnol menelefon Datin Tominah untuk meminjam wang tetapi tidak diberinya. Datin Tominah sedih memikirkan Hasnol yang telah berubah sikap walaupun berpendidikan tinggi dan dididik dengan sepenuh hati sejak kecil. Datuk Dolhi berehat-rehat di anjung rumah dan mencadangkan kepada isterinya untuk ke Makkah bagi membuat umrah dan ziarah. Segala masalah yang ditanggungnya selama ini telah selesai. |
Pagi Pukul 10.00 pagi Pagi hari minggu Pukul 6.15 pagi Pukul lima pagi | Datuk Dolhi menerima panggilan oleh Wahi yang berada di Jepun. Datuk Dolhi mengingatkan supaya Wahi menimba sebanyak mungkin pengalaman dalam bidang pengurusan di sana. Inem, pembantu rumah memberitahu Datin Tominah untuk berhenti kerja serta-merta pada pagi itu. Datuk Dolhi menerima faks pagi itu yang dihantar oleh Albert dari Sarawak tentang tindakan polis untuk menyuraikan penunjuk perasaan di tapak pembalakan. Datuk Dolhi bersiar-siar bersama Wahi di Tokyo pada waktu pagi menggunakan kenderaan awam. Di situ Datuk Dolhi meminta wahi memanggilnya bapak dan wahi terasa kekok pada mulanya memanggil Datuk Dolhi sebagai bapak. Pagi itu, Datin Tominah terkejut apabila membaca akhbar yang memaparkan pihak berkuasa sedang mencari aktivis yang menghasut penduduk peribumi di Sarawak membuat benteng manusia. Dia resah memikirkan bahawa Ilham akan ditangkap oleh pihak berkuasa. Datuk Dolhi menerima panggilan daripada wakil timbalan menteri untuk memaklumkan bahawa rombongan mereka akan datang untuk melamar Amera. Datuk Dolhi mempengerusikan mesyuarat lembaga pengarah dan memaklumkan bahawa dia akan berundur dan akan digantikan dengan anaknya, wahi. Datuk Dolhi diingatkan oleh setiausahanya akan mesyuarat yang akan diadakan dengan wakil Ramaco Consultant bersama Raj Hussein. Hasnol datang ke rumah orang tuanya seorang diri untuk meminjam wang bagi menyelesiakan masalahnya dalam kelab golf Datuk Dolhi tiba di Lapangan Terbang Narita, Jepun untuk bercuti selama seminggu di samping ingin berjumpa dengan Wahi untuk memberitahu bahawa dia adalah ayah kandung Wahi Wahi bersama-sama isterinya, Yuka pulang ke Malaysia dan ketibaan mereka disambut oleh Datuk Dolhi, Datin Tominah, Hasnol, Amera dan Dani. |
Senja | Datuk Dolhi melihat gelagat warga kota yang masih di jalanan, berkepit-kepit walaupun azan sudah berbunyi seolah-olah mereka tidak takutkan dosa Datuk Dolhi membaringkan dirinya di kerusi malas di hadapan rumahnya akibat kepenatan selepas menyampaikan ceramah pada petangnya. Albert Lee menelefon Datuk Dolhi supaya menguruskan kepulangan Ilham yang sedang berada di Sarawak untuk menghalang pembalakan di situ supaya tidak kerugian |
Malam Pukul 8.00 malam Pukul 10.30 malam Pukul 10.45 malam | Datuk Dolhi menemani isterinya ke Hotel Merlin untuk menyaksikan pertunjukan busana Islam yang turut dihadiri kerabat diraja Datuk Dolhi memikirkan kesusahan yang ditanggung akibat perbuatan anak-anaknya. Dia memikirkan suatu hari dia akan membuat keputusan yang akan menyakitkan hati anak-anaknya. Dia bertekad untuk tidak melibatkan anak-anaknya dalam perniagaan yang sedang meningkat itu jika anak-anaknya tidak boleh diharapkan lagi Mukhlis pulang ke rumah orang tuanya dan meminta maaf kepada ibunya kerana berkahwin tanpa pengetahuan orang tuanya dan menyesali akan keputusannya itu. Malam itu Datuk Dolhi terasa lega sangat kerana telah memberitahu satu rahsia yang telah disimpannya selama 28 tahun kepada Wahi ketika bercuti di Jepun bersama-sama dengan Wahi. Pada malam yang dijanjikan, Hasnol menunggu Tengku Munir seorang diri di Teratai Inn untuk membincangkan sesuatu yang sulit walaupun dia tidak mengetahui apa yang diingini oleh Tengku Munir Pada waktu malam, Robert Lee menelefon Amera untuk mengajaknya keluar makan tetapi ditolak oleh Amera dengan alasan sibuk. Datuk Dolhi memberitahu rahsia bahawa Wahi adalah anak kandungnya bersama isteri kedua yang dinikahinya 28 tahun yang lalu kepada Datin Tominah dan anak-anaknya yang lain setelah pulang daripada bercuti di Jepun. Malam itu Hasnol bersama-sama isteri dan 2 orang anaknya berlepas ke London untuk bercuti setelah Tengku Munir memasukkan wang ke dalam akaunnya di luar negara. Malam itu Hasnol menelefon emaknya dari London untuk meminta maaf sambil memberitahu dia dipaksa oleh orang besar. Emaknya meminta supaya Hasnol pulang untuk menegakkan kebenaran di mahkamah. Malam itu Datin Tominah menyambut kepulangan Hasnol seorang diri untuk membersihkan namanya. Di situ Hasnol ditangkap oleh pihak berkuasa. Malam itu, keluarga Datuk Dolhi berkumpul dan dia menceritakan segala-gala kisah Mastura yang hidup dalam keterasingan dan dia gembira apabila Wahi meluaskan persaudaraan mereka hingga ke seberang laut. Malam itu, keluarga Datuk Dolhi menerima panggilan bahawa Mukhlis ditimpa kemalangan dan dimasukkan ke hospital kerana dilanggar oleh motosikal ketika merayau-rayau di pekan tidak jauh dari kampung Sungai Bakau. Datuk Dolhi bersama-sama isterinya bertolak ke Hotel Merlin untuk menyaksikan Pertunjukan Busana Islam Datuk Dolhi dan isterinya pulang setelah menyaksikan Pertunjukan Busana Islam Datuk Dolhi berlepas ke Jepun untuk bercuti selama seminggu bersama-sama dengan Wahi bagi menenangkan fikiran |
LATAR TEMPAT
PERNYATAAN | HURAIAN |
Rumah Datuk Dolhi | Datuk Dolhi resah memikirkan anak-anaknya yang tidak berminat untuk mengikut jejaknya dalam bidang perniagaan Datuk Dolhi memberitahu rahsia bahawa Wahi ialah anaknya daripada isteri kedua kepada Datin Tominah dan anak-anaknya yang lain setelah pulang daripada bercuti di Jepun. |
Bukit Serakah | Datuk Dolhi dan Albert Lee berjogging pada waktu petang sambil berbual-bual tentang rakan-rakan yang sukar untuk ditemui sekarang, tentang perniagaan dan anak-anak mereka |
Kerusi batu di tepi tasik | Albert Lee menggosok-gosok dada Datuk Dolhi sambil berehat seketika setelah Datuk Dolhi meengurut-ngurut dada dan kepenatan |
Jepun | Wahi dihantar oleh Datuk Dolhi ke Jepun untuk mempelajari dan menimba pengalaman dalam bidang pengurusan, kecanggihan peralatan dan sistem komunikasi di sana |
Hiroshima dan Kyoto | Wahi menghabiskan cuti selama 2 minggu semasa berada di Jepun |
Institut Perdagangan Kebangsaan | Datuk Dolhi akan menyampaikan ceramah kepada usahawan muda bertajuk Membangunkan Usahawan Masa Kini |
Kamar tetamu di pejabat | Perbincangan Datuk Dolhi dengan Puan Raj Hussein dan Cik Emzita tentang Rosaza Lia Villa yang perlu diubah nama kerana abak kebaratan |
Hotel Merlin | Datuk Dolhi menemani isterinya ke Pertunjukan Busana Islam walaupun kepenatan kerana VIP ialah kerabat diraja. |
Kerusi malas di hadapan rumah | Datuk Dolhi membaringkan diri pada waktu senja akibat kepenatan selepas menyampaikan ceramah pada petangnya |
Kerusi batu bawah pohon matsui | Ilham sedang membuat catatan tentang sesuatu di luar rumah |
Ruang tamu rumah | Amera mempersoalkan aktiviti Ilham dan Dani yang tidak menjanjikan apa-apa pulangan dan tidak menjamin masa depan yang cerah. Amera menasihati Ilham supaya bekerja kerana usianya yang sudah meningkat dan tidak puas hati kepada adiknya itu yang ke hulu ke hilir tanpa tujuan |
Pejabat Datuk Dolhi | Mukhlis datang ke pejabat Datuk Dolhi untuk meminta keizinan bapanya pergi mengikut rombongan dakwah ke India dan meminta wang perbelanjaan untuk ke sana |
India | Mukhlis akan mengikuti rombongan jemaahnya ke India untuk berkumpul bersamasama dengan jemaah lain dari seluruh dunia |
Dewan Jubli Intan | Datuk Dolhi dan Datin Tominah pergi ke Dewan Jubli Intan untuk menyaksikan anaknya Amera menerima anugarah Tokoh Pendidik Cemerlang Negeri yang dihadiri VIP Timbalan Menteri Tugas-Tugas Khas. |
Kedai bunga Mekar Florist | Amera menerima sejambak bunga daripada Mekar Florist tanpa mengetahui orang yang menghantarnya. Mary memberitahu seorang VIP yang menempah bunga tersebut. |
Perkampungan Sungai Bakau | Mukhlis tinggal bersama isterinya di Sungai Bakau perkampungan jemaahnya |
Sarawak | Ilham berada di Sarawak untuk menghasut orang Asli supaya mengadakan tunjuk perasaan dan mempertahankan kawasan perkampungannya daripada sebarang aktiviti pembalakan |
Sebuah pondok kecil di Perkampungan Sungai Bakau | Mukhlis sugul di pintu sebuah pondok kecil kerana memikirkan keputusan terburu-buru menikahi Hanisah janda tuk gurunya yang telah mempunyai anak tiga kerana termakan pujukan kawannya demi menurut sunah nabi dan kini dia terasa akan beban yang perlu ditanggungnya. |
Kilang mi di Perkampungan Sungau Bakau | Mukhlis terpaksa bekerja di kilang mi di perkampungan jemaahnya demi menyara keluarga dengan baayaran lima ringgit sehari walaupun sebelum ini dia tidak pernah bekerja berat |
Kelab Mawar | Amera sedang menunggu seseorang di Kelab Mawar, sebuah tempat ekslusif dan tidak terdedah kepada orang awam bagi memenuhi undangan orang yang tidak dikenalinya |
Hotel Tokyo Metropolitan | Datuk Dolhi menginap di hotel tersebut sepanjang bercuti di Jepun, kebetulan pula hotel tersebut menjadi tempat penginapannya sewaktu mula-mula menjejak kaki ke Jepun suatu ketika dahulu. |
Restoran Cina tingkat satu di Hotel Tokyo Metropolitan | Datuk Dolhi memberitahu bahawa Wahi hádala anaknya. Wahi tidak terkejut apabila mendengar kerana sudah mengetahuinya setelah neneknya memberitahu sebelum ini |
Teratai Inn | Hasnol menunggu Tengku Munir untuk membincangkan hal sulit walaupun sebelum ini dia tidak pernah berbuat sedemikian. |
Rumah Albert Lee | Albert Lee dan keluarganya berkumpul bersama-sama untuk berbincang tentang kekeluargaan dan perniagaan. Amalan sedemikian telah menjadi tradisi dan penting bagi mewujudkan persefahaman dalam hubungan kekeluargaan |
Lapangan Terbang Narita | Wahi memberitahu bapanya bahawa dia telah menemui calon isteri, seorang rakyat Jepun yang bernama Yuca, berasal dari Okayama dan telah memeluk agama Islam. |
Pejabat Tengku Munir | Tengku Munir memanggil Hasnol ke pejabatnya kerana tidak puas hati hanya 4 tender sahaja diluluskan dan meminta supaya Hasnol mengubah keputusan lembaga tender agar semua 12 tender diluluskan dan akan memasukkan setengah juta ke dalam akaun Hasnol sebagai ganjaran. |
Pejabat Menteri Besar | Tengku Munir datang ke pejabat menteri besar untuk melaporkan Hasnol meminta supaya diberikan wang sebanyak setengah juta untuk mempengaruhi lembaga tender bagi mendapatkan kelulusan permohonan 12 tender projek kerajaan. |
Pekan kecil | Kumpulan Young Rock Band akan mengadakan persembahan di sebuah pekan kecil abjuran persatuan belia. Dani mencari bekalan dadah di pekan tersebut setelah merasakan dirinya tidak bersemangat dan tidak bermaya untuk naik ke pentas. |
London | Ketika lawatan menteri kanan Malaysia ke London, satu tunjuk perasaan abjuran Pertubuhan Alam Sekitar Dunia yang didalangi Ilhan telah diadakan. Ilham mengecam kerajaan Malaysia kerana membiarkan balak terus ditebang secara berleluasa. |
Anjung rumah Datuk Dolhi | Datuk Dolhi berehat-rehat di anjung rumah dan dia berasa lega kerana tidak perlu memikirkan hal saham,tender atau masalah kakitangan. Segala-galanya telah selesai kerana diuruskan oleh wahi dan isterinya, Yuca yang ditempatkan di bahagian sumber manusia. |
LATAR MASYARAKAT
PERNYATAAN | HURAIAN |
Masyarakat perniagaan/masyarakat usahawan | Masyarakat perniagaan diwakili oleh Datuk Dolhi dan Albert Lee yang menguruskan syarikat Dolhi-Albert Holding dalam industri pembalakan, perumahan dan sektor pelancongan. Datuk Dolhi ialah ahli korporat yang terkenal dan sering dijemput menjadi penceramah untuk melahirkan usahawan-usahawan muda. |
Masyarakat pelbagai bangsa/masyarakat majmuk | Masyarakat pelbagai bangsa seperti bangsa Melayu, Cina dan Jepun. Masyarakat Melayu diwakili oleh watak Datuk Dolhi, Datin Tominah, Hasnol, Amera, Mukhlis, Ilham, Dani, Wahi, Tengku Munir dan Mastura. Masyarakat Cina diwakili oleh Albert Lee, Robert Lee, Eric dan Elain serta masyarakat Jepun diwakili oleh Yuca dan Sakate. |
Masyarakat yang mengamalkan cara hidup Barat | Masyarakat yang mengamalkan gaya hidup Barat diwakili oleh Hasnol dan isterinya Linda yang dilahirkan di London dan mengamalkan gaya hidup Barat sehingga Hasnol mengalami masalah kewangan yang teruk sehingga terpaksa berhutang dan menerima rasuah. |
Masyarakat yang mementingkan nilai-nilai kekeluargaan | Masyarakat ini diwakili oleh keluarga Albert Lee yang mendidik anak-anak dengan nilai-nilai kekeluargaan sejak kecil dan mereka mengamalkan amalan berkumpul satu keluarga dan masing-masing memberi pendapat tanpa rasa segan. |
Masyarakat yang tamak dan mementingkan diri sendiri | Masyarakat ini diwakili oleh watak Tengku Munir yang tidak puas hati dengan bantuan Hasnol meluluskan 4 tender yang dipohon sebaliknya ingin kesemua 12 tender yang dipohon diluluskan san sanggup memberi rasuah supaya hasratnya tercapai. |
Masyarakat yang mengutamakan kualiti | Masyarakat ini diwakili oleh orang Jepun yang mengutamakan kualiti barangan dan pengurusan sehingga Datuk Dolhi menghantar Wahi |
Masyarakat yang mengamalkan rasuah | Masyarakat ini diwakili oleh watak Tengku Munir yang mengamalkan rasuah kerana mahu semua tender yang dipohon diluluskan dan Hasnol menerima rasuah kerana mahu mengatasi masalah kewangan yang teruk akibat mengamalkan gaya hidup Barat. |
Masyarakat orang Asli | Masyarakt orang Asli bersama-sama membuat benteng manusia setelah dihasut oleh Ilham dan aktivis Barat supaya tiada pembalakan di perkampungan mereka |
Masyarakat yang rajin | Masyarakt rajin diwakili oleh Wahi yang telah menulis kertas kerja yang menghantar kepada Datuk Dolhi walaupun dia berada di Jepun. Wahi juga rajin membaca sehingga ideanya sangat bernas dan menjadi pembuat teks ucapan dan ceramah Datuk Dolhi. |
Masyarakat yang mencintai alam sekitar | Masyarakat yang mencintai alam sekitar diwakili oleh watak Ilham yang sanggup melakukan perkara yang boleh membahayakan dirinya seperti ditangkap oleh pihak berkuasa kerana tidak mahu alam sekitar dikorbankan untuk tujuan pembangunan walaupun ayahnya sendiri terlibat dalam pembalakan di Sarawak. |
Masyarakat dakwah | Masyarakat dakwah diwakili oleh Mukhlis yang sanggup meninggalkan keluarga untuk tinggal di perkampungan Sungai Bakau demi menegakkan Islam dan sunah nabi. |
Masyarakat pemuzik | Masyarakat pemuzik diwakili oleh Dani yang menubuhkan kumpulan muzik Young Rock Band sehingga berjaya merakamkan sebuah album tetapi terkubur kerana imej tercalar gara-gara Dani terlibat dalam penagihan dadah. |
Masyarakat pendidik | Masyarakat pendidik diwakili oleh Amera yang sangat rajin dan komited dalam bidang pendidikan sehingga dianugerahkan Tokoh Pendidik Negeri dan menolak hasrat ayahnya untuk berkecimpung dalam bidang perniagaan |
Sangat membantu. Terima kasih cikgu :)
ReplyDelete