Chong Wei jumpa Chen Long pada final Terbuka Denmark
23/10/2011 2:28am
KUALA LUMPUR 23 Okt. – Pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei akan berdepan dengan bintang muda China, Chen Long, pada perlawanan akhir Kejohanan Terbuka Denmark di Odense, hari ini.
Chong Wei, yang mencari kejuaraan keenam musim ini, melangkah ke final selepas mengalahkan pemain tuan rumah yang berpengalaman, Peter Hoeg Gade, 21-19, 23-21 pada saingan separuh akhir semalam.
Pertarungan sengit memakan masa 40 minit itu membolehkan Chong Wei menjadi pemain tunggal negara ke perlawanan akhir selepas beregu lelaki negara Hoon Thien How/Tan Wee Kiong terkandas pada separuh akhir.
Chen Long pula mara ke final apabila menumpaskan pemain Jepun, Sho Sasaki 21-16, 21-7 pada satu lagi perlawanan separuh akhir.
Komen penulis - Chong Wei perlu menewaskan Cheng Long untuk membalas dendam atas kekalahannya sebelum ini kepada Cheng Long
(Sumber : Utusan online - 23/10/2011)
Komen penulis - Chong Wei perlu menewaskan Cheng Long untuk membalas dendam atas kekalahannya sebelum ini kepada Cheng Long
(Sumber : Utusan online - 23/10/2011)
No comments:
Post a Comment