Saturday, 15 October 2011

LATAR NOVEL SUTERA DALAM LUKISAN



LATAR MASA - ZAMAN/ERA

PERNYATAAN
HURAIAN
Zaman kini/ selepas merdeka
Manusia sudah mampu belajar sehingga ke luar negara seperti Adila yang merupakan graduan lulusan England. Banyak pusat pengajian dibuka dan Adila ditawarkan bekerja sebagai pensyarah di pusat pengajian swasta.


LATAR MASA  - JANGKA MASA/TEMPOH

PERNYATAAN
HURAIAN
Beberapa bulan
Beberapa bulan berkahwin, Harun memujuk Fátimah menyerahkan RM15 ribu untuk membeli kereta walaupun duit tersebut menjadi hajat Fátimah menunaikan hají dan menampung persekolahan anaknya
Belum setahun perkahwinannya
Sikap buruk Harun terdedah. Janji Harun untuk memberikan kasih sayang kepada anak tirinya tidak ditunaikan. Harun menunjukkan kebencian kepada anaknya dan menganggap Hafiz sebagai sampah yang menumpang
Dua bulan lagi
Same’ah akan berkahwin dua bulan lagi dengan jejaka yang bekerja sebagai pegawai di kota besar
Lebih dua bulan
Sudah lebih dua bulan Adila datang ke kampung dan Same’ah tidak pasti bila Adila akan pulang ke Kuala Lumpur. Kehadiran Adila banyak membantunya membuat persiapan perkahwinannya.
Dua hari selepas kedatangan Adila
Same’ah teringat kali pertama Adila bertemu dengan Hafiz. Ketika dia membawa Adila berjalan-jalan dan sebaik sahaja tiba di persimpangan jalan berhampiran jambatan, tiba-tiba Hafiz muncul dalam keadaan basah kuyup dan berlumpur. Hafiz menggeleng-gelengkan kepalanya menyebabkan Adila hilang pertimbangan sambil memegang erat Same’ah. Adila cemas, pucat dan benar-benar ketakutan.
Lima tahun
Same’ah memberitahu bahawa hubungannyaa dengan Adila sebelum ini tidak berapa mesra kerana mereka tinggal berjauhan. Adila tinggal di kota dan Same’ah tinggal di kampung. Selama lima tahun Adila berada di luar negeri dan kini berada di kampung dengan alasan yang belum diketahuinya.
Seminggu
Hafiz berbual-bual dengan Adila sudah masuk seminggu. Mereka berbual-bual daripada perkara yang remah-temeh kepada pembentukan kembali jiwa dan perasaannya. Hafiz sudah melihat suatu kesempurnaan.

Samsul memberitahu bahawa Adila sudah seminggu pulang ke kota apabila Hafiz bertanyakan tentang Adila.
Dua hari
Sudah 2 hari Hafiz tidak bertemu dengan Adila. Pada hari itu sudah dua tiga kali Alias menunggang motosikalnya melewati lorong di hadapan rumah Sidang Saman tetapi tidak nampak Adila di halaman rumah.

Sudah 2 hari Hafiz tidak meneruskan kerjanya. Berita Alias meminang Adila banyak mengganggu jiwanya. Dia seolah-olah hilang semangat, tenaga dan harapan. Dia berbisik sendirian dan bertanyakan dirinya sebab semuanya menjadi tidak kena pada dirinya. Makan, minum dan tidur semuanya terganggu. Mungkin dia menaruh hati kepada Adila
Hampir setengah jam
Hampir setengah jam kemudiannya, Sidang Saman pulang sambil membawa Hafiz bersama-samanya
Menjelang 10 hari perkahwinan Same’ah
Menjelang 10 hari majlis perkahwinan Same’ah, Sidang Saman dikunjungi pak imam suami isteri untuk merisik dan meminang Adila untuk Alias.
Seminggu
Sidang Saman meminta tempoh seminggu daripada pak imam kerana ingin bertanyakan Adila dan ibu bapanya terlebih dahulu
2 hari menjelang perkahwinan Same’ah
Dua hari menjelang hari perkahwinan Same’ah, keluarga Adila datang. Hafiz sempat berbual dengan ibu bapa Adila.
Sudah masuk hari kelima
Sudah masuk hari kelima Hafiz tidak pergi ke rumah Sidang Saman apabila mendengar cerita Alias. Dia menetapkan pendirian untuk tidak berjumpa dengan Adila. Dia berasa kecewa kerana dirinya diperalatkan.
10 hari
Sudah 10 hari dia tidak ke rumah Sidang Saman setelah dia mendengar cerita daripada Alias dan selama itulah dia tidak melihat wajah Adila.
2 minggu
Dua minggu berlalu, jiwa dan perasaan Hafiz tidak tenteram lagi. Walaupun semangatnya untuk meneruskan kebunnya terus tinggi, fikirannya tidak terlepas daripada memikirkan hal Adila
2 hari lepas
Dua hari lepas, Alias datang menemuinya lagi dengan membawa berita baru. Menurut Alias, Adila tidak akan datang ke kampung itu lagi kerana penyakitnya bertambah teruk. Alias juga melarang Hafiz pergi ke rumah Sidang Saman kerana seluruh keluarga itu sudah dijangkiti penyakit yang dibawa Adila


LATAR MASA – WAKTU/MASA

PERNYATAAN
HURAIAN
Petang
Petang itu, Hafiz duduk di tebing sungai sambil menampar-nampar agas yang hinggap di muka dan hidungnya.

Pada petang itu, Same’ah dan Adila menyambung kerja mereka sambil dibantu oleh dua orang adiknya Saniah dan Samsul.  Sameah bertanyakan Samsul tentang kisah Hafiz pada hari itu kerana kebiasaannya Samsul banyak bercerita tentang Hafiz setiap hari.

Pada petang itu, ketika Hafiz berkira-kira hendak mengambil buah betik masak di tanah Sidang Saman, dia disergah oleh Samsul. Samsul mempermain-mainkannya dengan menyuruh naik pokok betik itu dan menyuruhnya pula turun
Senja
Hafiz melihat ibunya diterajang hingga pengsan apabila ibunya enggan menyerahkan wang dan seutas rantai kepada bapa tirinya. Hafiz turut dilibas apabila dia menerkam ke arah Harun. Hafiz melihat Harun menyepak pelita sehingga terpelanting dan api menyambar rumah.

Demam Hafiz semakin teruk menjelang senja. Sambil mengerang, dia menyebut nama Tuhan, meminta tolong daripada Allah.

Pada waktu senja, dia melihat dalam kesamaran bahawa rumahnya agak bersih dan tersusun. Dia merebahkan diri, duduk bersandar pada tiang sambil mendengar radio. Apabila azan dilaungkan, dia bangun untuk membersihkan diri dan bersembahyang
Ketika azan Maghrib
Sidang Saman menghidupkan enjin motosikalnya dan meminta Hafiz naik daripada berendam di dalam sungai kecil dan menyuruhnya pulang ke rumah sebaik sahaja mendengar bunyi azan maghrib
Malam
Suasana sudah gelap ketika Hafiz tiba di rumahnya. Selepas membersihkan dirinya, dia berlagak seperti menonton televisyen dan mendengar radio sambil makan pisang. Sesekali dia bersorak gembira, bertepuk tangan dan menjerit di hadapan televisyen.

Same’ah dan Adila bermalam di rumah Mak Usu Bakyah. Banyak cerita anak muda menjadi bualan mereka bertiga pada malam itu termasuk tentang perkahwinan Same’ah, persediaan menghadapi perkahwinan dan kisah Adila di England.

Malam itu, ketika Hafiz memikirkan hal kehidupannya, Wak Senen datang ke rumahnya. Wak Senen memberitahu bahawa dia menduduki tanah Hafiz sudah sepuluh tahun. Dia menyedari bahawa urusan jual beli tanah tersebut dengan Harun tidak sah. Wak Senen memberitahu bahawa sepanjang dia duduk di tanah itu, dia sudah mendapat semula modalnya melalui aktiviti bercucuk tanam. Wak Senen ingin menyerahkan tanah itu kepada Hafiz jika Hafiz inginkan semula sambil berpesan supaya tidak menjual tanah itu kerana itulah satu-satunya pusaka arwah ibunya.
Ketika azan subuh
Hafiz akan tersedar daripada tidur setiap kali azan Subuh berbunyi. Dia akan terus mandi, menggosok gigi dan membersihkan badan seperti yang dianjurkan oleh Same’ah.
Gelap pagi
Dalam keadaan gelap pagi, Hafiz berjalan-jalan meninggalkan rumahnya. Di persimpangan jalan, dia menunggu-nunggu jika ada orang yang akan mengupahnya. Dia tidak berkira akan pekerjaan yang akan dilakukannya

Pagi
Pada awal pagi, Alias mengarahkan Hafiz membasuh motornya. Dia berhati-hati membasuh motor Alias kerana takut tercalar. Hafiz mendapatkan Alias setelah sudah membasuh motosikalnya. Alias mengarahkan Hafiz pergi tanpa memberi satu senpun

Pada pagi keesokannya, sedang Hafiz mengemaskan rumah, Alias datang dan mengambil radio yang baru dibelinya. Alias melambung-lambungkan radio itu dan Hafiz cuba mengambil radio tersebut. Akhirnya Alias menjatuhkan radio itu menyebabkan Hafiz menjadi sangat marah

Suatu pagi, Alias datang berjumpa dengan Hafiz dan menengking Hafiz kerana tidak menurut kata-katanya. Hafiz memberanikan dirinya berdebat dengan Alias. Hafiz mencabar Alias jika Adila berpenyakit, Alias perlu menghalau Adila daripada kampung itu. Alias tidak menduga bahawa Hafiz bertindak balas demikian rupa.
Selepas Asar
Same’ah memberitahu bahawa dia akan pergi ke rumah Mak Usu Bakyah selepas asar nanti.
Hampir waktu asar berakhir
Pertemuan antara Adila dengan Hafiz dihentikan setelah hampir dengan waktu asar berakhir. Hafiz seronok berbual-bual dengan Adila
Malam yang pekat
Hafiz tersedar daripada pengsan dan merasakan seluruh tubuhnya sengal-sengal. Dalam keadaan demikian dia bergerak ke rumahnya. Sebaik tiba di rumah dia terlelap lagi. Beberapa jam tertidur, dia terjaga semula dan bergerak ke dalam kelambu.
Pukul 9 pagi
Alias meminta Samsul menyampaikan rancangannya menunggu Adila di sebelah hilir jambatan pukul 9 pagi esok kerana ingin mengajak Adila ke pekan.

Adila pergi ke pekan bersama-sama dengan Same’ah, Samsul dan Hafiz.
Selepas maghrib
Sidang Saman ke rumah Hafiz. Sejak Adila menunjukkan perhatiaannya kepada Hafiz, dia perlu melibatkan diri juga. Sebelum ini keadaan dan kebajikan Hafiz tidak begitu diambil berat
Pukul 8 malam
Pukul 8 malam, Samsul pergi mendapatkan Hafiz di bangsal. Hafiz sudah mula bercakap dengannya. Hafiz memberitahu bahawa dia telah dipukul oleh Harun. Dia tidak mahu pergi ke klinik
Lewat petang
Lewat petang, pelamin yang akan digunakan oleh Same’ah telah siap. Pengalaman Hafiz melihat orang membuat astaka pelamin membantunya menyiapkan pelamin Same’ah

Lewat petang, sebuah kereta muncul. Hafiz amat kecewa apabila melihat Adila menaiki kereta itu bersama-sama seorang jejaka yang kacak. Faizal bersalam dengan Pak Lang Dahlan dan Hafiz.

Lewat petang, Mak Lamah meminta supaya Hafiz dan Samsul berhenti melakukan kerja-kerja pembersihan. Mereka berehat di bawah pokok belimbing sambil makan laksa. Adila duduk di sebelah Hafiz sambil memberitahu bahawa dia kagum dengan Hafiz
Malam pengantin
Persembahan pancaragam diadakan sebagai hiburan kepada mereka yang telah menyempurnakan majlis perkahwinan. Juruhebah meminta Hafiz tampil ke pentas untuk menyanyi kerana permintaan seorang peminat rahsia yang ingin tujukan lagu itu kepada keluarga tuan rumah.
Pukul 2.25 petang
Pada pukul 2.25 petang, Samsul datang ke rumah Hafiz membawa makanan. Samsul memberitahu bahawa nyanyian Hafiz mendapat pujian ramai orang. Samsul memberitahu bahawa Bahar, ahli kugiran yang bekerja di pekan akan mencarinya.
Hampir lewat tengah malam
Wak Senen meninggalkan rumah Hafiz setelah menjelaskan kedudukannya menguruskan tanah pusaka milik Hafiz.
Pukul 11 pagi
Adila memberitahu Hafiz bahawa dia akan pulang ke Kuala Lumpur pada pukul 11 pagi esok  dengan menaiki bas.








LATAR TEMPAT

PERNYATAAN
HURAIAN
Tebing sungai
Berukuran 9 meter antara tebing yang menjadi tempat Hafiz berehat, berbaring dan terlena. Sejak opahnya masih hidup lagi dia sudah biasa berada di situ. Dia berasa tenteram apabila berada di situ

Hafiz lemah dan tidak bermaya apabila Alias mengganggunya daripada berbual-bual dengan Adila. Dia pergi ke tebing sungai tempat biasa dia memancing
Jambatan
Di tengah-tengah jambatan, Sidang Saman hairan melihat pemuda di dalam sungai itu yang berkelakuan aneh walaupun dia sebenarnya sedar akan sifat dan sikap pemuda itu, namun baru sekali itulah dia melihatnya berkelakuan sedemikian

Samsul memberitahu bahawa Sahak masuk hospital kerana berlumba dengan Alias dan terjatuh apabila tiba di jambatan ketika hendak mengelak lembu.
Sungai kecil
Hafiz terjun ke dalam sungai kecil dan membenam-benamkan dirinya setelah mendengar bunyi motorsikal datang. Dia menyangka Alias yang datang kerana Alias sering menyuruhnya bertindak sedemikian.
Simpang jalan berhampiran jambatan
Hafiz menunggu orang yang akan mengupahnya di bawah pokok bunga dengan penuh harapan. Akhirnya dia duduk bersandar di pangkal pokok dan terlena di situ.

Adila menjadi cemas, mukanya pucat dan benar-benar ketakutan apabila tiba-tiba Hafiz muncul dalam keadaan basah kuyup dan badannya berlumpur sambil menggeleng-gelengkan kepalanya. Adila memegang erat tangan Same’ah
Di kedai Pak Sulong
Hafiz berdiri pada tiang kedai dan terduduk. Tiada seorangpun yang mempelawa dia makan. Pada saat inilah dia terkenangkan dirinya dan benar-benar rasa terbuang. Orang kampung melihatnya seperti musuh, tidak berhati perut dan tidak mempunyai perasaan belas kasihan
Rumah Mak Som
Hafiz membasuh motosikal Alias. Alias enggan menunaikan janjinya untuk membayar upah kepada Hafiz. Alias meluru ke arah Hafiz apabila Hafiz enggan beredar. Mak Som melarang Alias menampar Hafiz dan mengajak Hafiz ke dapur untuk bersarapan. Mak Som sempat menasihati Hafiz supaya tidak menurut kehendak Alias sambil menyerahkan seringgit sebagai upah.
Serambi rumah Sidang Saman
Same’ah dan Adila sedang membentuk bekas bunga telur. Adila memberitahu bahawa dia ingin menemu ramah Hafiz.  Same’ah berasa aneh akan perkara yang ingin dilakukan oleh Adila itu. Padanya Hafiz tidak wajar dijadikan bahan kajian.
Rumah Mak Usu Bakyah
Same’ah dan Adila gembira berada di rumah Mak Usu Bakyah, adik bongsu Sidang Saman berusia 35 tahun. Banyak cerita anak muda menjadi bualan mereka bertiga pada malam itu termasuk tentang perkahwinan Same’ah, persediaan menghadapi perkahwinan dan kisah Adila di England.
Bawah rumah
Hafiz menyorok wang yang diberikan oleh Wak Senen di bawah rumah yang tidak mungkin diketahui oleh sesiapa
Kebun Sidang Saman
Ketik Hafiz berkira-kira hendak memanjat pokok betik di tanah Sidang Saman, dia disergah oleh Samsul. Samsul menyampaikan pesan bahawa Adila ingin berjumpanya.
Halaman rumah Sidang Saman
Di kawasan halaman rumah Sidang Saman, Same’ah dan Adila sedang duudk di atas pangkin di bawah pokok belimbing besi.
Bangsal
Samsul membawa Hafiz ke bangsal tempat menyimpan barang-barang. Bangsal itu agak besar dan lapang. Biasanya Samsul dan kawan-kawannya duudk dan tidur baring di situ.

Hafiz memberitahu Samsul bahawa Alias pernah mengenakannya semasa mereka duduk di kedai Pak Sulong. Alias menyuruhnya menghisap rokok sambil minum teh tarik. Oleh sebab rasa loya, rokok dan teh tarik yang ada di dalam mulutnya tersembur ke muka Alias.
Pekan
Adila, Same’ah, Samsul dan Hafiz pergi ke pekan bersama-sama. Mereka berpecah apabila tiba di pekan. Hafiz menunjukkan kebingungan apabila berada di pekan. Kesibukan orang ramai dan kesibukan kenderaan sesekali menakutkan dan mencemaskannya.
Supermarket
Hafiz menjadi tidak tentu arah melihat timbunan dan susunan barang yang pelbagai. Hafiz melihat radio dan dia berkenan dan ingin membeli radio itu. Hafiz membeli baju, seluar, kasut, jam tangan dan radio
Tempat letak kereta
Setelah selesai mereka pergi ke tempat letak kereta. Samsul meminta Hafiz menunggu di situ sementara dia pergi ke tempat lain. Hafiz menjadi takut apabila atendan tempat letak kereta datang dan mengeluarkan resit.
Rumah Hafiz
Hafiz sedang mengemas rumah. Semua alatan disusun dengan kemas dan teratur. Alias datang ke rumah Hafiz yang sibuk mengemas rumah. Alias mengambil radio yang baru dibeli oleh Hafiz dan melambung-lambungkan radio tersebut. Alias menjatuhkan radio itu menyebabkan Hafiz menjadi marah sehingga ingin membakar motor Alias.
Kawasan hadapan rumah nenek Hafiz
Sebahagian kawasan tanah di hadapan rumah nenek Hafiz sudah diterangkan. Belukar dan semak samun sudah ditebas dan tanahnya sudah digemburkan. Hafiz pernah menyatakan hasratnya kepada Adila untuk menanam sayur-sayuran. Galakan Adila merupakan dorongan utama kepadanya.
Di bangku kayu panjang bawah pokok jering
Di bawah bangku kayu panjang bawah pokok jering di hadapan rumah Hafiz, Alias datang meminta maaf kepada Hafiz atas perbuatannya sebelum ini. Alias mengaku bahawa dia ingin berubah.




LATAR MASYARAKAT

PERNYATAAN
HURAIAN
Masyarakat yang baik hati/ikhlas menolong
Adila ikhlas menolong mengubah perwatakan Hafiz. Pada Adila Hafiz menjadi mangsa alam dan manusia. Sebenarnya Hafiz memiliki kepandaian dan pengetahuan yang luas. Adila mampu mengubah Hafiz menjadi manusia yang sempurna semula
Masyarakat yang penyayang
Hafiz tidak dapat lagi menahan perasaannya. Ancaman penyakit yang disebut oleh Alias tidak dapat mengalahkan rindunya kepada Adila. Sudah 10 hari dia tidak ke rumah Sidang Saman dan selama itulah dia tidak melihat wajah Adila.
Masyarakat yang kejam dan tidak bertanggungjawab
Harun sering memukul, menyepak dan menendang Fatimah sehingga pengsan apabila Fatimah enggan menyerahkan wang dan seutas rantai. Harun banyak menghabiskan masanya dengan berjudi.

Harun menampar muka Hafiz apabila Hafiz merosakkan borang yang dibawanya. Harun mengejar Hafiz tetapi terjatuh ke dalam lumpur. Hafiz membantu Harun keluar daripada lumpur itu tetapi penumbuk Harun singgah di perut Hafiz. Harun menerpa dan menyepak rusuk Hafiz. Beberapa sepakan singgah di belakang badan Hafiz sehingga dia tidak sedarkan diri
Masyarakat yang suka membuli
Alias sering membuli Hafiz seperti menyuruh Hafiz turun ke dalam sungai dan membasahkan diri serta mengotorkan badannya.Jika Hafiz enggan, Alias akan memukul, menyepak dan menerajang Hafiz. Alias merupakan orang yang ditakuti oleh Hafiz di kampung itu
Masyarakat yang tidak berperikemanusiaan
Hafiz berdiri pada tiang kedai dan terduduk. Tiada seorangpun yang mempelawa dia makan. Pada saat inilah dia terkenangkan dirinya dan benar-benar rasa terbuang. Orang kampung melihatnya seperti musuh, tidak berhati perut dan tidak mempunyai perasaan belas

Alias enggan memberi upah kepada Hafiz sebaik sahaja Hafiz selesai membasuh motosikalnya. Oleh sebab Hafiz tidak berganjak, Alias meluru ke arah Hafiz tetapi tidak sempat menampar Hafiz kerana Mak Som melarang.
Masyarakat yang prihatin/ simpati
Adila memberitahu Same’ah bahawa Hafiz tidak harus dibiarkan sebegitu. Adila sering memberitahu Same’ah bahawa Hafiz menjadi mangsa alam dan manusia di sekelilingnya.

Mak Som mengajak Hafiz ke dapur setelah Alias enggan menyerahkan upah kepada Hafiz. Mak Som menyediakan sarapan kepada Hafiz sambil menyerahkan seringgit kepadanya. Mak Som sempat menasihati Hafiz supaya tidak menurut kehendak Alias.
Masyarakat yang tamak dan mementingkan harta
Harun masih mempersoalkan haknya yang ingin dituntut daripada arwah isterinya, Fatimah. Dia mahu berkuasa di atas tanah sawah dan tapak rumah yang telahpun dijual kepada Wak Senen. Dia cuba memujuk Sidang Saman supaya membantunya.
Masyarakat yang bijaksana
Sidang Saman menyedari akan muslihat yang ingin dilakukan oleh Harun. Sidang Saman membuat helah supaya Harun mendapatkan tandatangan Hafiz kerana Hafiz juga berkuasa ke atas tanah yang ingin dituntut oleh Harun.  Harun bersetuju tanpa menyedari bahawa Sidang Saman juga mempunyai muslihat tertentu.
Masyarakat bapa tiri yang kejam terhadap anak tiri
Harun menampar muka Hafiz apabila Hafiz merosakkan borang yang dibawanya. Harun mengejar Hafiz tetapi terjatuh ke dalam lumpur. Hafiz membantu Harun keluar daripada lumpur itu tetapi penumbuk Harun singgah di perut Hafiz. Harun menerpa dan menyepak rusuk Hafiz. Beberapa sepakan singgah di belakang badan Hafiz sehingga dia tidak sedarkan diri
Masyarakat penipu
Harun memberitahu penduduk kampung bahawa Hafiz bermain pelita sehingga api menyambar rumah menyebabkan Fatimah maut dalam kebakaran itu

Alias memberitahu penduduk kampung bahawa Hafiz membawa bom tangan sehingga ramai yang lari bertempiaran menyelamatkan diri.

Alias memberitahu penduduk kampung bahawa Hafiz mengamuk dan ingin mencederakannya jika dia tidak menyerahkan wang kepada Hafiz

Alias memberitahu Hafiz bahawa dia tidak jadi meminang Adila kerana Adila ada penyakit AIDS. Tunang Adila di Kuala Lumpur juga memutuskan pertunangannya kerana penyakit tersebut. Alias memberitahu Hafiz bahawa Adila meminta dia meminangnya tetapi oleh sebab dia mengetahui keadaan sebenar, dia meminta Tuk Ngah Imam membatalkan sahaja peminangan tersebut.
Masyarakat yang berdendam
Opah Arah begitu mendendami Hafiz dan memaki hamun Hafiz ketika peristiwa Alias merosakkan radio yang baru dibeli oleh Hafiz.  Opah Arah sangat membenci Hafiz
Masyarakat yang suka mengampu
Sahak dan Sani sudah dapat mengagak bahawa pinangan Alias akan ditolak, tetapi kerana kawan mereka terus mengampunya sekadar untuk menyenangkan hati Alias sahaja.
Masyarakat yang suka menolong/membantu
Adila berasa bangga apabila orang kampung bercaka-cakap tentang Hafiz. Hafiz pada mereka telah banyak berubah atas pertolongan mereka. Adila merasakan kerjanya akan menjadi lebih mudah selepas ini apabila orang kampung ingin membantu memulihkan Hafiz
Masyarakat yang jujur
Malam itu, ketika Hafiz memikirkan hal kehidupannya, Wak Senen datang ke rumahnya. Wak Senen memberitahu bahawa dia menduduki tanah hafiz sudah sepuluh tahun. Dia menyedari bahawa urusan jual beli tanah tersebut dengan Harun tidak sah. Wak Senen memberitahu bahawa sepanjang dia duduk di tanah itu, dia sudah mendapat semula modalnya melalui aktiviti bercucuk tanam. Wak Senen ingin menyerahkan tanah itu kepada Hafiz jika Hafiz inginkan semula sambil berpesan supaya tidak menjual tanah itu kerana itulah satu-satunya pusaka arwah ibunya.
Masyarakat yang suka membuat fitnah
Alias memberitahu Hafiz bahawa Adila terkena penyakit AIDS akibat perbuatan terkutuknya semasa berada di London. Oleh sebab orang Kuala Lumpur sudah tahu Adila mempunyai penyakit AIDS, maka dia membawa diri ke kampung itu.
Masyarakat yang tabah menghadapi cabaran hidup
Adila menangis apabila difitnah orang kampung. Dia menerima surat layang yang menulis kata-kata fitnah sehingga begitu mengecewakannya. Tulisan itu mengatakan bahawa dia menolak pinangan Alias kerana dirinya telah rosak. Hafiz dikatakan sebagai perosak kepada Adila dan akibatnya dia akan berkahwin dengan Hafiz nanti. Adila menganggap ujian itu amat besar kepadanya. Sebelum ini dia dapat menghadapi dugaan apabila putus tunang dengan Faizal.
Masyarakat yang mempercayai kepercayaan karut
Ibu Adila memesan supaya Adila berhati-hati ketika berada di kampung kerana masih ada orang yang mengamalkan ilmu hitam
Masyarakat yang baik hati
Adila bersedia mendermakan darahnya kepada Sahak. Dia menganggap darah yang disumbangkan untuk Sahak itu sekadar kebajikan dan dia tidak angkuh dengan sumbangannya itu.
Masyarakat yang sanggup melakukan apa-apa sahaja untuk mencapai hajat
Alias mengarahkan kawan-kawannya menculik Adila kerana Adila adalah haknya. Kawan-kawannya menyedari perkara jahat yang akan dilakukan oleh Alias. Dia juga menggunakan khidmat neneknya untuk mendapatkan ilmu pengasih supaya Adila tunduk kepadanya. Neneknya menurut kemahuan cucunya itu kerana dia juga mendendami Sidang Saman sekeluarga lantaran menolak pinangan Alias.

No comments:

Post a Comment

ASPEK KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

ASPEK KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ASPEK KOMSAS PERNYATAAN HURAIAN PEMIKIRAN Semangat cinta...