DRAMA : 1400
Oleh: Nordin Hassan
Sinopsis
Dollah yang capik menyuarakan rasa tidak puas hati atas sikap masyarakat yang menolaknya disebabkan harta dan kecacatannya. Dia berazam untuk menjadi kaya dan mengubah pendirian orang kampung.
Dollah bertemu dukun dengan menggunakan azimat daripada mayat ibunya. Hasil pertolongan dukun Dollah mendapat harta karun dengan pertolongan jin. Dollah bertukar corak dengan memakai kaki palsu dan pakaian mahal serta mempunyai pembantu bernama Doli.
Pada peringkat awal peminangannya ditolak. Walaupun begitu dengan kekayaannya Dollah telah membina empayar yang luas dengan membeli tanah orang kampung. Dollah juga telah berkahwin dengan Intan Siti Rahimah yang beriman dan baik perangainya. Sikap Intan Siti Rahimah itu menyebabkan dia disayangi oleh orang surau dan orang kampung. Sebaliknya Dollah dibenci orang kampung kerana Dollah menindas orang kampung dan memelihara kuda yang banyak serta mengotorkan sungai dengan najis kuda yang menjadi sumber air penduduk kampung. Akibat pencemaran tersebut, penyakit merebak dan ramai penduduk kampung yang menggunakan air sungai yang tercemar itu mendapat zuriat yang cacat.
Dollah suka berburu, dia gembira dengan kehamilan isterinya dan meminta Intan Siti Rahimah makan makanan yang baik sahaja dan tidak mengambil makanan dari kampung tersebut.
Apabila anaknya lahir, anak itu cacat. Anak tersebut dibuang dan isterinya dihalau. Dollah telah bertemu dengan mayat ibunya yang meminta supaya dia bertaubat. Akhirnya semua hartanya hilang dan balik kepada keadaan asal.
Dollah bertemu semula dengan isterinya di kampung lain yang memperjuangkan Islam. Akhirnya Dollah hilang di laut dan Siti Rahimah mendoakan keselamatannya.
Aspek komsas dalam Drama 1400 Karya Nordin Hassan
ITEM | PERNYATAAN | CONTOH |
Pemikiran | Sikap manusia yang lupa asal usul sehingga cenderung melakukan kemungkaran dan menindas golongan lemah | Dollah seorang pemuda yang miskin dan capik. Dia dipandang hina oleh masyarakat kampung. Dollah berazam untuk menjadi kaya. Setelah hajatnya termakbul, sikap Dolah berubah. Dia sering menindas orang kampung. Dia tidak mempedulikan nasib orang kampung akibat pencemaran najis kuda peliharaannya. Dia juga tidak membenarkan isterinya bergaul dengan penduduk kampung. Dollah menjadi manusia yang lupa daratan. |
Persoalan | Persoalan sikap masyarakat terhadap golongan miskin dan cacat | Masyarakat kampung memandang hina kepada Dollah yang miskin dan capik |
Persoalan redha dengan ketentuan Illahi | Dollah tidak bersyukur dengan anugerah Illahi sehingga sanggup menggunakan dukun supaya nasib dirinya berubah | |
Persoalan mengamalkan kepercayaan karut | Dollah menggunakan mayat ibunya untuk mencapai matlamat. Hasil pertolongan jin, Dollah memperoleh harta karun menyebabkan hidupnya berubah selepas itu | |
Persoalan pencemaran sungai menjejaskan kualiti kehidupan masyarakat | Penduduk kampung terpaksa menanggung derita akibat pencemaran sungai yang menjadi punca air kepada mereka | |
Persoalan penindasan terhadap golongan yang lemah | Dollah tidak menghiraukan nasib penduduk kampung yang menderita akibat penyakit yang berpunca daripada najis kudanya | |
Persoalan ketaqwaan mampu menjadikan hidup lebih berkualiti | Intan Siti Rahimah seorang yang beriman dan baik perangainya. Dia sangat disayangi oleh penduduk kampung dan sering berkunjung ke surau di kampungnya. | |
Persoalan kekayaan bukan penentu kepada kesejahteraan hidup | Dollah dihina oleh masyarakat kampung kerana miskin menyebabkan dia berazam untuk menjadi kaya. Dengan kekayaan itu Dollah menindas penduduk kampung. Akibatnya Dollah kehilangan segala-galanya. | |
Nilai | Nasihat-menasihati | Soud sering menasihati Dollah supaya bersabar dengan cacian orang, ikhlas membantu dan tidak mencari rezeki yang haram |
Redha/ bersyukur | Dollah telah membuang anaknya yang dilahirkan cacat serta menghalau isterinya | |
Keinsafan | Dollah insaf atas kesalahannya dan kembali beriman dengan bantuan Siti Rahimah yang ditemui semula di kampung lain | |
Ketaqwaan/ keimanan | Siti Rahimah seorang yang beriman dan baik perangainya sehingga disenangi oleh penduduk kampung | |
Kasih sayang | Dollah menjaga isterinya yang hamil dengan baik sehingga melarang isterinya mengambil makanan daripada kampung itu | |
Cintai alam sekitar | Dollah mencemarkan alam sekitar dengan mengalirkan najis kuda peliharaannya ke dalam sungai yang menjadi punca air penduduk kampung sehingga mendatangkan penyakit | |
Pengajaran | Kita hendaklah menasihati antara satu sama lain supaya jiwa menjadi tetang | Soud menasihati Dollah supaya bersabar dengan cacian penduduk kampung, membantu orang dengan ikhlas dan tidak mencari rezeki yang haram |
Kita hendaklah bersyukur dengan anugerah yang telah diberikan Allah | Dollah meminta bantuan dukun dan jin untuk menjadi kaya kerana tidak tahan dengan cacian penduduk kampung yang menghinanya abikat miskin dan cacat | |
Kita hendaklah menjaga alam sekitar supaya tidak tercemar | Dollah tidak mempedulikan nasib orang kampung yang menderita pelbagai penyakit akibat sumber air sungai yang tercemar oleh najis kuda peliharaan Dollah | |
Kita hendaklah menjaga isteri dengan penuh kasih sayang supaya hubungan berkekalan | Dollah menjaga pemakanan yang baik ketika isterinya hamil dan memenuhi setiap permintaan isterinya | |
Jangan kita menghina orang yang lemah dan tidak berkemampuan | Penduduk kampung menghina Dollah yang miskin dan capik menyebabkan Dollah berazam untuk menjadi kaya | |
Jangan kita mengamalkan kepercayaan karut untuk mendapatkan hajat | Dollah menggunakan bomoh untuk mengubah hidupnya melalui azimat mayat ibunya dan jin untuk menjadi kaya |
Watak & perwatakan | Perwatakan dalaman | Huraian |
Dollah | Penyayang | Dollah melayan isterinya dengan penuh kasih sayang seperti menyediakan makanan yang diperlukan oleh isterinya ketika hamil |
Tidak dapat menerima kenyataan | Dollah membuang anaknya yang cacat kerana tidak dapat menerima kenyataan | |
Penindas orang lemah | Dollah tidak mempedulikan nasib penduduk kampung yang menderita pelbagai penyakit akibat najis kuda peliharaannya | |
Mudah berubah apabila sudah kaya | Dollah sudah tidak mengambil berat tentang solat setelah dia menjadi kaya | |
Intan Siti Rahimah | Patuh/ taat | Intan Siti Rahimah patuh kepada arahan suaminya semasa mengandung |
Baik hati | Intas Siti Rahimah menolong orang kampung dengan mengajar mengaji | |
Beriman | Intas Siti Rahmah sering ke surau dan dia Sangay disenangi oleh orang kampung kerana baik perangainya | |
Penyayang | Walaupun Intan Siti Rahmah dihalau oleh Dollah Namur dia tetap membantu Dollah supaya insaf dan kembali ke pangkal jalan |
Latar | Pernyataan | Huraian |
Latar masa | Lewat petang (sebelum maghrib) | Intan Siti Rahimah pergi ke tepi laut |
Minggu depan | Intan Siti Rahimah pergi mengajar anak-anak orang kampung di surau | |
Petang di surau | Dollah berbual-bual dengan Pak Long | |
Latar tempat | Kampung Kuala/ Kampung Kenanga | Tempat Dollah membeli tanah dan memelihara kuda-kuda |
Sungai Nenek | Airnya yang jernih telah tercemar dengan najis kuda sehingga digelar pula Sungai Kuda | |
Surau | Tempat Intan Siti Rahimah mengajar anak orang-orang kampung mengaji | |
Di rumah dukun | Dollah meminta bantuan untuk mendapatkan azimat supaya menjadi kaya | |
Latar masyarakat | Masyarakat yang dihina akibat miskin dan cacat | Dollah menjadi bahan cacian penduduk kampung kerana kemiskinan dan kecacatannya |
Masyarakat yang mengamalkan kepercayaan karut | Dollah berjumpa dengan dukun untuk mendapatkan azimat daripada mayat ibunya untuk menjadi kaya | |
Masyarakat yang beriman dan taat kepada perintah Allah | Intan Siti Rahimah seorang yang beriman dan sering ke surau untuk mengajar anak-anak orang kampung mengaji | |
Masyarakat yang sombong dengan harta kekayaan | Dollah melarang Intan Siti Rahimah mengajar naak-anak orang kampung mengaji dan bergaul dengan orang kampung yang susah | |
Masyarakat yang mencemarkan alam sekitar | Dollah tidak mempedulikan rintihan penduduk kampung yang kehilangan punca air bersih akibat pencemaran sungai oleh najis kuda peliharaannya |
No comments:
Post a Comment