Saturday, 15 October 2011

NILAI NOVEL SUTERA DALAM LUKISAN


 
PERNYATAAN
HURAIAN
Kasih sayang
Adila tidak dapat menyembunyikan perasaannya terhadap Hafiz apabila Hafiz tidak datang berjumpa dengannya pada pagi itu. Sebenarnya Adila tidak mengetahui bahawa Hafiz sedang demam

Faizal sanggup menceraikan isterinya kerana masih menyayangi Adila dan cuba memujuk Adila berkali-kali supaya kembali kepadanya

Fatimah tidak mengendahkan nasihat keluarganya supaya tidak mengahwini Harun kerana sayang kepada Harun dan terpengaruh dengan janji-janji Harun untuk menyayangi anaknya.

Sudah 2 hari Hafiz tidak meneruskan kerjanya. Berita Alias meminang Adila banyak mengganggu jiwanya. Dia seolah-olah hilang semangat, tenaga dan harapan. Dia berbisik sendirian dan bertanyakan dirinya sebab semuanya menjadi tidak kena pada dirinya. Makan, minum dan tidur semuanya terganggu. Mungkin dia menaruh hati kepada Adila

Sebagai seorang insan, Hafiz merasakan dirinya seperti orang lain juga iaitu mahu perempuan mendekatinya. Pernah dia mendekati Same’ah dan hidupnya menjadi bahagia tetapi sejak Same’ah bertunang dia menjauhkan diri. Dia menjadi kecewa. Perasaan itu kembali semula setelah Alias meminang Adila.

Dua minggu berlalu, jiwa dan perasaan Hafiz tidak tenteram lagi. Walaupun semangatnya untuk meneruskan kebunnya terus tinggi, fikirannya tidak terlepas daripada memikirkan hal Adila

Dengan kudrat yang ada, Hafiz bangun menuju ke bilik untuk menyelamatkan ibunya tetapi tidak dapat menembusi asap yang tebal. Dia hanya sempat mendengar batukan ibunya beberapa kali

Hafiz menahan kesedihan apabila bercerita tentang peristiwa yang menimpa emaknya dan berkali-kali dia menafikan bahawa dia menjadi penyebab kepada kebakaran rumahnya

Hafiz berat hati meninggalkan Adila bersama dengan Alias. Dia mengintai di celah-celah pokok pisang. Dia bimbang jika Alias dapat mempengaruhi Adila dan Adila akan tertarik kepada Alias
Ketabahan
Hafiz tabah menghadapi kekejaman Alias terhadapnya. Alias sering mempermain-mainkannya dan jika Hafiz enggan menurut perintahnya, Alias akan memukul, menyepak dan menerajangnya tanpa belas kasihan.

Hafiz tabah menghadapi bapa tirinya yang bertindak kasar terhadapnya. Pernah Hafiz ditumbuk, disepak dan diterajang oleh bapa tirinya itu sehingga dia pengsan kerana perbuatannya memusnahkan borang yang dibawa untuk mendapatkan tandatanganya

Walaupun diperlakukan macam-macam oleh Alias, dia tidak pernah serik. Ramai yang menasihatinya supaya menjauhi Alias, tetapi semua itu tidak diendahkannya

Adila menangis apabila difitnah orang kampung. Dia menerima surat layang yang menulis kata-kata fitnah sehingga begitu mengecewakannya. Tulisan itu mengatakan bahawa dia menolak pinangan Alias kerana dirinya telah rosak. Hafiz dikatakan sebagai perosak kepada Adila dan akibatnya dia akan berkahwin dengan Hafiz nanti. Adila menganggap ujian itu amat besar kepadanya. Sebelum ini dia dapat menghadapi dugaan apabila putus tunang dengan Faizal.
Kejujuran/ keikhlasan
Adila ikhlas menolong mengubah perwatakan Hafiz. Pada Adila Hafiz menjadi mangsa alam dan manusia. Sebenarnya Hafiz memiliki kepandaian dan pengetahuan yang luas. Adila mampu mengubah Hafiz menjadi manusia yang sempurna semula

Sidang Saman memberitahu bahawa Sahak kekurangan darah dan Adila bersedia menderma darahnya kerana kebetulan dia juga mempunyai darah jenis AB. Adila menganggap darah yang disumbangkan untuk Sahak itu sekadar kebajikan dan dia tidak angkuh dengan sumbangannya itu.

Malam itu, ketika Hafiz memikirkan hal kehidupannya, Wak Senen datang ke rumahnya. Wak Senen memberitahu bahawa dia menduduki tanah hafiz sudah sepuluh tahun. Dia menyedari bahawa urusan jual beli tanah tersebut dengan Harun tidak sah. Wak Senen memberitahu bahawa sepanjang dia duduk di tanah itu, dia sudah mendapat semula modalnya melalui aktiviti bercucuk tanam. Wak Senen ingin menyerahkan tanah itu kepada Hafiz jika Hafiz inginkan semula sambil berpesan supaya tidak menjual tanah itu kerana itulah satu-satunya pusaka arwah ibunya.
Tanggungjawab
Mak Som mengajak Hafiz bersarapan di rumahnya setelah Hafiz selesai membasuh motosikal Alias. Mak Som menyerahkan seringgit kepada Hafiz apabila Alias enggan memberi upah kepada Hafiz. Mak Som menasihati Hafiz supaya tidak menurut arahan Alias.

Hafiz tinggal di rumah neneknya. Walaupun rumah tersebut kurang sempurna, tetapi dia membaiki sendiri rumah itu dan menjaganya dengan baik. Dia menyusun peralatan di dalam rumah itu dengan kemas.

Samsul membawa Hafiz ke bangsal tempat menyimpan barang-barang. Samsul meminta Hafiz memberishkan dirinya kerana dia tidak dapat menahan loya apabila melihat parut yang berair dan lendir yang berbau.

Samsul sempat berpesan kepada Hafiz supaya sentiasa mengikutnya semasa mereka berjalan-jalan di bandar kerana Hafiz tidak pernah pergi ke bandar sebelum ini
Keberanian
Sidang Saman mempersoalkan hak mana lagi yang ingin dituntut oleh Harun kerana tanak dusun masih nama arwah ayah Hafiz dan tapak rumah telah dijual oleh Harun. Sidang Saman meminta Harun berjumpa dengan kadi dan pegawai agama untuk mengemukakan haknya menyebabkan muka Harun merah padam

Hafiz dengan tegas dan berani meminta radio yang telah diambil oleh Alias. Hafiz amat menyayangi radio tersebut kerana ia baharu dibeli.

Hafiz sudah berani  untuk menegakkan haknya. Dia sudah tidak takut ketika berhadapan dengan Harun yang datang berjumpa dengannya di tebing sungai untuk mendapatkan tandatangannya.

Hafiz menumbuk perut Alias. Hafiz mencapai parang panjang. Sambil menghayun-hayun parang panjang itu, Hafiz meminta Alias menggantikan radio yang dirosakkannya itu. Hafiz ingin membakar motor Alias.

Teguh pendirian
Adila enggan menerima kembali Faizal apabila Faizal memujuknya supaya kembali kepadanya kerana serik dengan perbuatan Faizal yang mengkhianati cintanya. Mereka bersumpah untuk setia sebelum Adila menuntut di England. Apabila pulang, Faizal diberitahu telah beristeri. Adila membawa diri ke kampung.

Adila telah membuat keputusannya dan dia tidak akan menarik balik keputusannya walau apapun yang diperkatakan oleh Sidang Saman. Akhirnya Sidang Saman sekeluarga menerima pilihan Adila.
Prihatin/ simpati
Adila memberitahu Same’ah bahawa Hafiz tidak harus dibiarkan sebegitu. Adila sering memberitahu Same’ah bahawa Hafiz menjadi mangsa alam dan manusia di sekelilingnya.

Mak Som mengajak Hafiz ke dapur setelah Alias enggan menyerahkan upah kepada Hafiz. Mak Som menyediakan sarapan kepada Hafiz sambil menyerahkan seringgit kepadanya. Mak Som sempat menasihati Hafiz supaya tidak menurut kehendak Alias.

Adila memberitahu Same’ah bahawa Hafiz tidak boleh dibiarkan sebegitu. Adila memberitahu Hafiz menjadi mangsa alam dan manusia di sekelilingnya
Kebjaksanaan
Sidang Saman menyedari akan muslihat yang ingin dilakukan oleh Harun. Sidang Saman membuat helah supaya Harun mendapatkan tandatangan Hafiz kerana Hafiz juga berkuasa ke atas tanah yang ingin dituntut oleh Harun.  Harun bersetuju tanpa menyedari bahawa Sidang Saman juga mempunyai muslihat tertentu.

Hafiz menyedari kebaikan Harun tentunya mempunyai sebab. Dia meletakkan ibu jarinya pada pad dakwat hitam dan mengenakan kesan jarinya pada tempat yang diminta Harun dengan kuat sehingga menampakkan tumpahan dakwat yang tidak memberikan apa-apa makna.

Same’ah menceritakan kisah dia diganggu oleh Alias dan rakan-rakannya kepada Adila. Hafiz yang menyedari perbuatan Alias itu, mencapai sebutir bom lalu mengacah untuk melempar kepada Alias dan rakan-rakannya. Keadaan menjadi kelam-kabut dan semua lari lintang-pukang. Hafiz memasukkan bom itu ke dalam poket seluarnya dan berjalan keliling kampung. Setibanya di kedai Pak Sulong, Hafiz menyerahkan bom itu kepada Pak Sulong apabila Pak Sulong memujuknya. Benda yang dikatakan bom itu sebenarnya putik nanas. Same’ah berasa geli hati kerana Hafiz dapat membodohkan orang kampung.

Hafiz memberanikan dirinya berdekat dengan Alias. Hafiz mencabar Alias dengan memberitahu bahawa jika Adila berpenyakit, Alias perlu menghalau Adila keluar daripada kampung itu. Alias tidak menduga bahawa Hafiz bertindak balas demikian rupa.
Tolong-menolong/ bantu-membantu
Adila berasa bangga apabila orang kampung bercaka-cakap tentang Hafiz. Hafiz pada mereka telah banyak berubah atas pertolongan mereka. Adila merasakan kerjanya akan menjadi lebih mudah selepas ini apabila orang kampung ingin membantu memulihkan Hafiz
Baik hati
Adila bersedia mendermakan darahnya kepada Sahak. Dia menganggap darah yang disumbangkan untuk Sahak itu sekadar kebajikan dan dia tidak angkuh dengan sumbangannya itu.

Hafiz meminta Wak Senen menjaga tanahnya itu sementara dia tinggal di rumah neneknya. Hafiz menyedari bahawa tanah tempat dia tinggal itu bila-bila masa akan dituntut oleh orang lain.
Kepatuhan/ ketaatan
Hafiz sering mematuhi arahan Alias seperti terjun ke dalam sungai dengan membenam-benamkan dirinya di dalam air

Hafiz akan mandi, menggosok giri dan membersihkan badan seperti yang dianjurkan oleh Same’ah. Apa-apa suruhan Same’ah tidak pernah diingkarinya.
Kerajinan
Hafiz bersedia melakukan apa-apa pekerjaan asalkan perutnya terisi. Dia menunggu-nunggu orang yang ingin meminta pertolongannya di simpang jalan berhampiran jambatan. Buktinya Hafiz membawa beg sekolah Kasim dan Sulaiman dan sebagai upah dia diberi minuman dan kuih.

Sebahagian kawasan tanah di hadapan rumah nenek Hafiz sudah diterangkan. Belukar dan semak samun sudah ditebas dan tanahnya sudah digemburkan. Hafiz pernah menyatakan hasratnya kepada Adila untuk menanam sayur-sayuran. Galakan Adila merupakan dorongan utama kepadanya.
Berjimat-cermat
Setiap kali bertemu dengan Wak Senen, Hafiz diberikan duit. Duit-duit itu tidak pernah dibelanjakan sebaliknya dia menyimpan duit-duit tersebut di dalam kendi tembaga dan menyorok di bawah rumah
Keyakinan
Hafiz melihat jiwa dan perasaannya sudah kembali terbentuk setelah dia bersama-sama Adila. Dia melihat suatu kesempurnaan. Hafiz menjadi lebih yakin untuk berhadapan dengan kebenaran. Adila telah memberi satu pengharapan kepadanya supaya berubah.

Hafiz melangkah tenang ke pentas dan menyampaikan sebuah lagu Bahtera Merdeka. Hafiz mengumandangkan suaranya dengan iringan muzik yang sempurna sehinggalah ke akhirnya. Orang ramai yang pada mulanya bersorak menjadi diam. Mereka tidak menduga Hafiz boleh menyanyi.

Adila begitu yakin bahawa Hafiz berada di pihak yang benar apabila penduduk kampung bercakap tentang peristiwa perbalahan antara Hafiz dengan Alias. Adila yakin dengan panduan dan didikan yang diberikannya akan menyebabkan Hafiz akan kembali sebagai manusia biasa yang memiliki kesempurnaan

Fatimah tidak mempedulikan nasihat keluarganya supaya tidak mengahwini Harun tetapi dia tetap meneruskan hajatnya kerana terpengaruh dengan kebaikan Harun
Mengenang jasa
Hafiz memberitahu bahawa Adila banyak membantunya dengan mengajar pelbagai perkara. Dia mengenang jasa baik yang telah ditaburkan oleh Adila. Hafiz tidak tahu cara hendak membalas budi baik Adila.
Kesabaran
Hafiz memberitahu Samsul bahawa selama ini dia banyak bersabar dengan dugaan yang ditanggungnya. Samsul merasakan Hafiz telah benar-benar berubah.

Fatimah sabar menjalani kehidupan bersama Harun walaupun dia diperlakukan secara kasar seperti disepak, diterajang, dipukul oleh Harun
Berterus-terang
Hafiz memberitahu bahawa dia tidak pernah menyentuh Adila sepanjang dia berkenalan dengan Adila. Hafiz juga memberitahu bahawa dia suka kepada Adila kerana Adila baik dan mengajarnya macam-macam. Dia tidak tahu bagaimana hendak membalas jasa Adila.

Adila mula menceritakan rahsia sehingga dia datang ke kampung dan tinggal bersama keluarga Same’ah. Sebenarnya dia ingin menenangkan fikiran akibat dipermainkan oleh Faizal yang tidak setia dalam perhubungan mereka. Faizal telah beristeri apabila Adila pulang ke tanah air.

Adial memberi jawapan kepada Mak Lamah bahawa dia belum bersedia berumah tangga lagi
Nasihat-menasihati
Mak Lamah mengingatkan Adila supaya berhati-hati apabila berkawan dengan Hafiz kerana Hafiz seorang lelaki. Mak Lamah bimbang sesuatu yang buruk berlaku kepada Adila.

Mak Lamah menasihati Adila supaya pulang ke kota kerana tidak mahu Alias melakukan perkara buruk kepada Adila
Keadilan
Senagai ketua yang adil, Sidang Saman meminta Alias membayar ganti rugi atas perbuatannya merosakkan radio yang baru dibeli oleh Hafiz.
Hormat-menghormati
Adila menghormati Hafiz dengan memanggilnya menggunakan nama sebenar Hafiz. Hafiz begitu tersentuh kerana Adila orang pertama memanggilnya menggunakan nama betul
Menepati janji
Hafiz menuntut Alias menunaikan janjinya untuk menberi upah setelah Hafiz membasuh motosikalnya.

Faizal tidak menepati janjinya untuk berkahwin dengan Adila sebaliknya dia berkahwin dengan orang lain
Kerjasama
Hafiz dan Samsul bekerjasama menyiapkan pelamin perkahwinan Same’ah. Mereka juga bekerjasama membersihkan kawasan setelah majlis perkahwinan selesai.


No comments:

Post a Comment

ASPEK KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

ASPEK KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ASPEK KOMSAS PERNYATAAN HURAIAN PEMIKIRAN Semangat cinta...